Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, November 06, 2013

WW: Sambutan Awal Muharram..

Assalamualaikum...

Setelah seminggu gak lah tak berapdet blog ni.. akhirnya dapat juga hari ni aku buat karangan sikit... selama 4 hari aku pula yang demam di kala mr mama baru baik dari demamnya.. dan sekarang ni demam dah beralih arah lagi ke Hakimi anak no.2.. Moga hakimi cepat sembuh yer.. sian adik demam.. 

Waktu safiyya demam minggu lepas.. and aku baru Terperasan.. tanggal 2hb Nov genap safiyya umur 10 bulan.. 2 batang gigi dan menampakkan diri... syukur alhamdullillah.. demam demam yang fiyya alami rupanya pasal nak pecah gusi.. kesian fiyya.. skrg fiyya dah makin rakus nak menggigit.. nyaris2 mama di gigit.. bila terkena gigitan safiyya yang ala2 anak tikus baru nak belajar menggunakan gigi.. alahaii.. walaupun begitu TERRRmenjerit juga mama di buat safiyya.. hehehehe

Ok lah... gambar gigi safiyya masih belum dapat snap.. sebab safiyya tak kasi asyik nak jelirkan lidah je bila mama tanya mana gigi comel? heheh.. sabar je ler..

Moh.. semalam sambutan Ma'al Hijrah di kawasan kejiranan aku.. kacau bubur asyura.. alhamdullillah.. dapat sebekas.. nak rasa asyura ni bukan senang.. nak kena tunggu setahun sekali je.. ni pun yg tahun lepas punya cadangan tak kesampaian.. alhamdullillah.. dapat gak rasa tahun ni walaupun waktu tahun lepas tak jadi kacau bubur sebab pegnen fiyya.. :) 




Ni lak biskut nestom.. mama wat sendiri utk safiyya.. sebab safiyya suka makan biskut.. so mama masukkan nestom safiyya dalam biskut ni khas untuk safiyya... harap2 nutrisi yang ada dalam biskut ni sesuai utk safiyya.. hopefully.. 


Setelah di bakar.. dapat 2 bekas ni je.. saja je buat test tengok sama ada anak dara kecik tu suka tak makan biskut mama buat.. 


Test kasi sebijik.. safiyya gigit sampai ke cebisan terakhir.. tapi entah la kepingan berikutnya nanti.. 


Ok lah.. :) itu je kot hari ni.. lenkali kita sambung yer... 

Oppss.. skrg ni hp aku dah rosak.. entah ler tetiba waktu aku surv internet hari tu tetiba dia on and off je tak semena mena.. sampai ke hari ni asyik on and off gak.. sampai la aku kena tukar pakai hp sementara yang NO WIFI service.. and.. kesimpulan nya.. NO BW kat office sampai la aku ada masa bila balik umah nanti yer... :) 

Wednesday, October 30, 2013

WW: Fiyya demam lagi..

Assalamualaikum..

Di ketika mr mama masih belum sembuh dari demam, safiyya pula telah terjangkit dengan demam mr mama tu.. hari ni hari ke2 safiyya demam.. tadi gi klinik bawa safiyya cek doctor.. temperature 38°c... kesian safiyya sampai bengkak mata dan mukanya.. merah ketika mengharungi saat demam.. kalau allah memberi pilihan pada kita.. aku nak aku yg demam daripada anak kecil ini.. nak makan ubat.. nak tido pun susah.. kesian sungguh lah.. allah maha mengetahui.. 

walaupun tadi masuk keje a bit lewat sebab sepagi di klinik.. aku harap aku kuat untuk harungi semua ini sebagai tulang belakang keluarga di kala mr mama pun yg masih recovery kan dirinya.. semuanya sedikit rush serta waktu tido yang tak mencukupi.. mkga aku kuat dan tak tumbang.. aminnnnn









Tuesday, October 29, 2013

Donat dan Gula sangkut paut?

assalamualaikum..


serius aku baru tau gula dah naik harga.. memanglah aku dengar belanjawan yg dibentangkan last friday tu.. cuma aku tak dengar subsidi tu di tarik serta merta. hmmmmm makanya dengan reaction yang lah terkujattttt depan rack gula kat pasar raya.. haishhhh.. buleh jadi peniaga tu dah menaikkan harga gula sewenang-wenangnya.. walaupun aku dah sedia maklum dan dengar belanjawan tersebut.

namun begitu gula tetap aku beli 2kg sebab gula ni macam petrol lah.. dah naik ke tidak ke tetap menjadi item wajib dalam list kan.. x kan bancuh teh or kopi x letak gula? sama juga dengan petrol.. x kan bawa kete tak isi petrolnya.. unless u are using bahan api lain untuk tujuan pergerakan itu.. kan.. naik macam mana pun tetap kegunaan dan pengguna lah yg kena bijak membelanjakan nya ke jalan yg betul.. setuju?

moh kita ke seterusnya.. 

Donat dan gula? apa pula sangkut pautnya.. of coz lah bila mendonat mesti luarannya di taburi.dan di selaputi gula.. kalau tak bergula dah kena guna alternative lain yg boleh di combine kan dengan donat seperti salah satunya coklat cair.. susu cair? (blom try)

Hari ahad lepas seawal 10am dah aku rendamkan yis dalam semangkok air suam.. sejam kemudian aku dah siap menguli doh donat ni dan di biarkan bertutup dengan kain yg lembab selama lebih kurang 3 jam.. soalannya pukul bape aku gorengkan donat? muahahhahahhaha saja banyak bebel hari ni.. 

Dalam lingkungan kul 3pm aku atas bantuan kinah membentukkan donat dan menggorengkan donat ni.. and terhasillah donat ball dan donat ring.. 





Monday, October 28, 2013

Si Peria dan Buah Sulong

Assalamualaikum..

salam di pagi isnin. semoga hari isnin permulaan hari membawa keberkatan kepada kita. Apdet pakai hp.. so segala tulisan dan karangan hari ni mungkin sedikit kurang sebab aku cuba apdet ni sebab ada keje banyak atas meja ni.. bos kuar kejap gi meeting.. so terus capai hp kat bawah drawer tu untuk apdet citer si anak sulong peria ni.. excited? of coz la.. sebab benih yg di semai for the first time membuahkan hasil.. gilerrrrr sonok.


semalam hujan dan angin yg agak kuat.. banyak bunga2 jantan si peria berguguran di lantai, buah peria sulong dah menunjukkan diri.. size baru dalam lingkungan 3cm.. besar ukur lilitnya pula baru dalam 1.5cm je.. kecikkkkkkkkk sangat.. tapi sangat comel.. teruja terus snap gambar walaupun x bape nak cerah waktu tu.. 


nampak tak sizenye yg comel itu..
daunnya lebar dan tak lama lagi lebih besar buahnya dari daun tu.. insyaallah..

Hari ni mr mama cuti sakit.. he had fever with body pain for 2 days.. kesian dia cuti untuk rehatkan badan tapi tak sihat pula.. tadi aku hantar mr mama gi klinik dulu dan aku terus ke tempat keje.. kata mr mama dia balik sendiri.. sib baik kat area klinik dan rumah ada bas lalu.. baru kejap tadi aku call mr mama masih kat klinik dan perlu jalani ujian darah.. harap2 cuma demam biasa x cukup rehat.. kesian dia sampai x lalu makan dan x lena tidonya.. moga mr mama cepat sembuh dan di beri kesihatan berpanjangan. aminnnnnnnnnnnnnnnnn.

k.bai





Friday, October 25, 2013

Kepak Ayam madu..

Assalamualaikum...

Salam pagi jumaat yang indah.. :) hari ni nak cakap banyak tapi modal takde.. malam semalam aku boleh citer kat sini.. yang fiyya sangat lah meragam.. tak nak tido asyik nak nyot nyot je tak henti2 sampai kul 3 pagi.. bila aku tarik pelan2.. fiyya nangis.. bila aku kasi balik dia nyot nyot.. dia ok.. so takkan nak nyot nyot whole night kan.. buleh pengsan aku kat tempat keje kalau asyik camtu.. aku kalau time fiyya nyot nyot je sure aku terjaga and akan tido sampai habis fiyya nyot  nyot tu.. sebab aku tak sampai hati nak biar kan fiyya sorang2 sampai aku pastikan dia tido nyenyak.. 

Lepas pada tu aku dah tak tahan dolat.. terpaksa aku mintak dilepaskan juga... akhirnya fiyya meraung tengah2 pagi buta tu.. sebab tak dapat nak nyot nyot.. sempat gak aku bebelkan kat mr mama.. nak kasi puting je kat fiyya sebab fiyya ni jenis nak sumbat je mulutnya dengan tutttttt aku kalau nampak aku je.. hmmmm memang aku tak boleh  buat apa pun kalau fiyya nampak aku... even aku tengah mandi pun kena bukak pintu sebab fiyya dok depan pintu bilik air tengok aku mandi.. hmmm sampai camtu skali tau.. kadang2 bukan aku rasa rimas.. cuma aku fikir kalau aku kat tempat keje buleh pulak fiyya dok dendiam kan.. tak lah meraung atau pun cari aku je.. cuma dia tak boleh nampak batang idung aku ni je depan dia.. terus la sua tangan nak datang tak dan dan dah tu.. 

Selepas urut minyak angin kat perut dan belakang fiyya.. sampai ke tapak kaki fiyya.. lepas tu fiyya muntah.. kira 3 kali aku tukar baju aku.. (bukan fiyya) sebab fiyya muntah sembur terus atas baju aku.. lepas tu aku pelok je fiyya tak bagi dah dia tutttt aku tu dia nak gayut.. sbb mungkin terlalu banyak dia minum sampai masuk angin kembong.. entah ler juga.. dalam kiraan aku fiyya sangattttlahhhh jarang jarang sekali menangis kuat tengah malam.. kecuali kalau dia tak sihat.. ok lah.. lepas tu tido la weOls anak beranak start kul 4am tu sampai subuh.. fiyya bangun tido kul 7.30am.. sempat lah mandikan dia sebelum ke rumah BS.. dah la bau muntah bagai kan.. takkan nak angkat gitu je... bangun paginya fiyya ceria cam takde apa2 pun.. berseri2 mata bulat dia dok mengagah aku.. 



Kepak Ayam madu.. aku wat ketika kakngah datang umah hari sabtu lepas.. ini untuk dinner weOls.. aku gaulkan madu, kicap pekat, garam dan jintan manis.. perap selama 30 minit dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 25 minit.. :) 



Ok lah.. hari ni dah jumaat.. sok lusa dah cuti.. selamat bercuti pada yang bercuti yer.. :) aku nak bergolek ngan fiyya dan anak2 sekalian kat rumah je.. takde planning nak ke mana2 mahu pun nak buat apa2.. kecuali dok umah bergolek dan golek jadi peguin golek.. hahahahaha

Ok. bai.. 

Thursday, October 24, 2013

Teh Halia Mama..

Assalamualaikum...

Dah hari tu citer pasal teh halia mr mama kan.. so kali ni tempek plak gambar teh halia mama.. walaupun teh ni packaging lebih canggih yang lebih berunsurkan commercial.. namun khasiatnya sama.. teh halia.. cuma yang mr mama 0 without creamer.. yang ni ber'Creamer.. :) rasanya lebih smooth dan sedap lah of coz.. teh ni mem beli baru baru ni je.. katanya sesekali minum teh halia memang elok untuk buang angin.. so apa lagi.. aku pun amik dan bancuh 1.. siap promote packaging tepi cawan tu lagi.. hmmm ko hado? hahahaha.. lagak lebih je kan.. hokey.. moh...

Yang tetiba aku nak minum teh halia ni bukannya sebab apa.. kat opis lak tu kan.. kang kalau TERRRRbuang angin kuat2 tak pasal2 malu kan.. mana tau sekali angin sepoi2 dalam perut tu nak kuar.. bukan nak boleh tahan2 lagi kan.. erkkk.. 

Hari tu kali pertama aku makan kacang buncis selepas lahirkan fiyya sejak 9 bulan ni... aku ni memang kurang sket ketahanan untuk makanan yang berangin seperti kekacang.. nangka muda (buat masak lemak tu), ataupun pucuk paku mahupun pucuk ubi kayu.. semua benda2 ni aku takut sangat nak makan walaupun waktu aku tak mengandung dan selepas melahirkan... 

Bila aku dah makan... habis sengal2 sendi aku ni.. sometimes tangan aku tak boleh angkat dek kerana rasa sengal.. sampai tak boleh buat apa2 lah kata ko.. pernah dulu aku makan nangka muda masak lemak letak ikan bilis.. ye la.. dah tau tak leh makan.. tapi aku teringin sangat nak makan waktu aku ngidam nak datang period je pun.. so buat lah sepeket nangka muda tu.. few hours lepas makan tu habis lah.. dah sengal sendi sendir tangan mahu pun rasa macam seram2 sejuk nak demam tu.. ok.. 

Kejadian ini berlaku lagi.. tempoh hari aku masak daging goreng kunyit + kacang buncis untuk bekal tengah hari.. sekali kul 1pm tu aku telan bekal aku..  belum sempat kul 2pm aku dah sengal sendi.. terus la mengeluh2 sakit cam org tua bongkok tu.. angin tangkap sampai ke belakang badan dan terus ke pinggang.. adoiiiiii sakitnya macam nak datang period hari pertama tu.. then teringatkan teh halia yg mem beli tu terus aku ke pantry bancuh secawan.. alhamdullillah lepas minum beransur ansur sihat dan angin semua hilang.. dalam kul 4pm aku dah kembali ke sedia kala.. itu lah khasiat halia kan.. :) 



Ini lah cawan aku bancuh 1 pek teh halia suam.. 


Mem beli cap tu.. sedap rasanya.. memang elok la.. aku rekemenkan untuk sape sape yang nak standby kalau2 angin sepoi2 bahasa tu meracau dalam badan yer.. simpan je dalam laci ofis tu buat stok.. kalau perlu minum baru buat.. aku ni pun bukannya feveret sangat nak minum air halia ataupun nak telan halia.. ok..

tu je hari ni.. kongsi sedikit info ini untuk rakan2.. :)

K.bai.. 

Wednesday, October 23, 2013

WW: Fiyya dan roda..

Assalamualaikum...

Biasanya gugurl kan kita nak bagi main soft toy kan.. tapi fiyya tak nak soft toy.. yang fiyya nak ialah toys macam kete tu.. lori ke.. sebab ada roda.. tak kesah la rupanya camne.. janji ada roda.. fiyya suka belek belek roda tu.. 

Aku perasan waktu fiyya dalam kete.. kalau berhenti je kete, fiyya sebok nak tengok tepi tingkap.. maksudnya boleh tengok kereta sebelah pun nak berhenti kan.. especially kat trafix light.. walaupun time tu fiyya tengah nenen.. terus stop nenen tu and dia berdiri kat tepi tingkap tengok kat luar.. lagi2 kalau kat sebelah tu lori atau bas.. lagi besar roda tu lagi seronok fiyya tengok.. 

And aku perasan gak.. kalau hari hujan.. ketika dalam kete.. fiyya akan tengok kat tepi tingkap and bercakap bahasanya lah.. sebab fiyya suka tengok titisan air hujan di tepi tingkap tu.. seronok tengok anak dah kembangkan minda.. maknanya lagi banyak perbuatan dan sikap dia.. lagi berkembang lah minda nya.. kan.. :) setuju? 

Ok.. ni aku saja amik gambar.. waktu ni kat dalam bilik lah.. sambil dok chit chat ngan mr mama hal ehwal kat tempat keje.. sambil lah dok layan fiyya.. fiyya lak memang asyik sangat kalau bagi dia sebijik toys yang beroda.. tu kepala ketapi yg mr mama belikan waktu tu dia layan haikal beli pistol manik utk haikal.. so fiyya pun dapat 1.. :) hmmm x tau ler nape anak dara nan sorang ni suka benor ngan roda.. nak jadi mekanik ka? engineer ka? atau nak bukak kilang tayar? kedai tayar? owhhh... wallahualam.. :) 


muka fiyya yang sangat asyik main.. tetiba bila aku panggil dia.. haa.. amik.. bulat biji mata tu kan.. :) 




Ok.. second time dah bo layan mama la.. main je kepala ketapi tu.. sabor je ngan dia kan.. :) skrg ni bukan senang nak amik gambarnya.. kebanyakkan gambar yg aku nak snap tu banyak yg goyang belaka.. so gambar jadi kabur.. sbb fiyya dah tak nak pay attention bila aku nak snap tu.. :) 

Ok.. moh ler kita wat keje.. :) 

k.bai

Tuesday, October 22, 2013

TEH HALIA MR MAMA



assalamualaikum..

Tempek air teh halia mr mama je hari ni.. kisahnya seharian mr mama komplen sakit pinggang, ye la.. mr mama bukan keje ofis.. dok depan pc cam aku, keje dia teruk lah semalam.. banyak barang nak turun dari kontena dah tu besar2 pula.. memang letih sangat muka mr mama when aku amik dia semalam.. kesian suami kesayangan tu.. aku drive terus sampai rumah.. x sampai hati nak soh dia drive kan waktu tu.. 

Balik rumah aku cmm biasa rutin botol susu kan... menempek je dulu ngan fiyya depan tv.. cuaca lewat petang semalam macam nak hujan tapi mendung tak bererti hujan.. awan mendung di bawa angin lalu.. nak sidai kain pun was was sebab taknak nanti tengah malam kena bangun untuk angkat kain tu pulak.. biasa la org ke el ni.. keje siang malam baru ada time nak take care umah and basuh dan sidai kain bagai.. kan.. 

Sudah mandi semua, mr mama wat teh halia.. caranya dia slice kan halia di rebus dalam periuk dan di masukkan uncang teh di masak atas api sampai air tu menidih lama sket supaya keluar semua khasiat halia tu ke dalam air rebusan.. campurkan gula secukup rasa dan siap.. boleh minum suam suam tu.. pagi tadi pun sebelum kuar ke tempat keje mr maka khatam lagi minum air teh halia tersebut.. semoga keluar semua angin angin sepoi bahasa yang berlegar di dalam badan mr mama tu kan.. kesian aku tengok sebab dia dok komplen sakit urat je..

ok lah.. apdet pakai hp je.. kat ofis dah skrg ni.. cuaca baik sangat pagi ni.. bos pun dah masuk tu.. sebok nor aku nampak dia dlm bilik.. kang turn aku lak yg jadi sebok.. so cau dulu yer.

k.bai


Monday, October 21, 2013

Nasi lemak sambal petai ....

Assalamualaikum..

Selamat pagi isnin semua..
Hari ni bermula la kita di meja, kerusi tempat duduk dalam ofis.. dan bermulanya hari yang agak stress and bizi of coz.. macam biasa aku kat sini lah.. pada yang tak keje tu.. aku faham sangat.. keje uOls tak habis2 kat rumah tu kan.. aku pun penah jadi suri rumah.. kadang2 nak telan org je rasa.. sbb tension.. aktiviti yang sama.. dan environment yang sama jugak.. aku mmg tabik spring kat suri rumah sebenarnya.. :)

Ok.. weekend? aku sangatlah bizi.. ada tetamu.. kakngah aku dari shah alam datang.. tapi bermalam kat umah lah.. jadinya all the time membizikan diri kat dapur.. bila kakngah datang.. haikal and kimi sangat hepi.. sebab deme leh main game la.. ps2 la.. apa2 yang anak kakngah bawa nak share main ngan diorang.. so anak2 tak kuar rumah weekend pun.. menyorok dalam umah je.. sebab suka main game kat tv tu.. ok lah.. hari pelepasan la untuk diorang kan.. and hari ahad tengah hari kul 12noon kakngah ngan anak2 dah berangkat balik.. so tinggal lah weOls ber6 kat umah.. :) dan bermula lah kembali rutin harian anak2 dan waktu main diorang.. :)

Ahad pagi.. iaitu pagi semalam lah.. seawal 7.30am aku dah masuk dapur.. fiyya pun dah bangun time tu.. so ada tetamu mama tak mandikan fiyya dulu lah.. mama nak masuk dapur buat keje sket.. breakfast buat tetamu kan.. jerang air atas dapur.. bancuh tepung nak buat cucur dan masak nasi lemak.. kinah pun aku kerah juga untuk ke dapur skali.. nak kopek petai dan potong cili kering nak rebus dulu sebelum blender.. :) sib baik kakak pun ringan tulang walaupun ada kala cam pahat dan penukul.. hmm..




Sambal tumis ikan bilis petai.. untuk di makan bersama nasi lemak.. :)



Nasi lemak pujaan hati anak-anak.. memang menjadi kegemaran anak2 makan ulang2 kalau buat nasi lemak ni.. kalau setakat beli sorang sebungkus tu tak cukup buat diroang.. so kalau buat sendiri deme leh ler makan puas2 dan ulang sampai licin periuk.. kan.. so lepas ni lama pulak la mama nak revise menu ni kan.. :)

Ok lah.. dah banyak celoteh ni.. macam biasa lah kan.. kita sambung wat keje dulu.. weekend yang best dan puas..

jumpa lagi.. k bai.. 

Friday, October 18, 2013

2 Purnama Si Peria dan Si Telang..

Assalamualaikum...

Hari menghijaukan alam semulajadi... sejemput je pun.. tak banyak mana.. tu pun nak kecoh kan.. harap2 jangan ada yang muntah hijau tengok entry aku kali ni.. muahahahaha... 

Kesah si peria and si telang lagi... selepas tempoh hampir 2 purnama ni.. macam ni la rupa si peria dan si telang.. masih di peringkat keanak-anakan.. belum lagi cukup umur untuk mengeluarkan hasil.. berbunga dan gugur lepas tu berbunga lagi dan gugur.. mungkin saat ini adalah peringkat main2 macam anak kecil kot.. kan.. entah ler.. aku kurang mahir bab bercucuk tanam ni.. kena tanya yang lebih mahir dan berpengaruh kuat menanam tanaman dan sayuran gitu kan.. setakat main semai campak2 dalam tong ais tu je la aku buleh.. ni pun harapkan org lain siramkan.. nak harap diri sendiri? selalu lupa je.. sbb jarang2 skali aku ke balkoni tu.. yang sidai kain mr mama.. kimi atau kinah.. kalau aku yang jejak kaki ke balkoni tu mungkin aku pun ambil tahu jugak kan.. ehhh... ok ok.. faham.. nak seribu daya.. tak nak seribu daleh.. muahahaha.. 

ok.. dah.. nak citer sket tentang hari semalam... alkesahnya... semalam start dari lunch sampai ke balik umah kul 8 sampai ke nak tido kul 9 sampai la dah tertido kul 10.. bayangkan.. cuba korang kira.. mau 8 jam lebih aku menahan mata aku yang sangat2 mengantuk giler nak mampos tau.. tak tau la pasai apa yang mengantuk tahap gaban lawan dinasour tu.. aku pun heran bukan main bin ajaib binti impossible sangat tau.. mengantuk yang  bukan di buat2 dan tak boleh di tahan2 lagi.. terrrrrsangat lah mengantuk giler tu.. dalam pada dok berhadapan dengan bos pun aku rasa cam nak pejam mata.. time drive nak balik keje tu jangan cakap ler.. terpaksa aku on aircond kete tu sampai high skali.. buleh la tahan bukak mata ni.. sampai ke tempat keje mr mama lepas drive 15 minit tu.. terus tukar tempat aku dah tak tahan.. balik umah lepas amik fiyya kat rumah BS sempat gi rumah pak sedara aku kat belakang umah.. beraya la kata orang kan.. pun mengantuk jugak selepas minum secawan air oren.. balik umah waktu maghrib tu lepas dah mandi bagai.. pun masih ngantok.. sampai dah telan nasi sepinggan pun.. al-masih mengantuk giler.. agak2 korang la penyakit ke mengantuk ni? aku ni kalau takde nak tengok anak kecil tu, aku dah tido dah.. tapi aku kena main2 dulu and dengar hal ehwal anak2 dulu sebelum tido.. kena la tunggu jugak sampai kul 10 malam.. lepas anak2 balik mengaji quran kan.. dinner and sampai la diorang free dan buat keje sendiri.. baru leh angkat kaki masuk bilik.. hmmmm.. tu la citer aku semalam.. penyakit mengantuk ... 


si telang yang masih bantut walaupun seusia dengan si peria.. yang menjalar tinggi .. 



Si peria yang sangat galak menjalar.. merata2 dah dia gi.. walaupun hanya sepohon.. tu pun dah agak rimbun bagi aku.. (excited la kan.. ) 


tengok tu.. bunga si peria yang makin banyak.. dan makin menjalar2 di atas grill tu.. kan.. :) 


Ok lah.. esok cuti.. nasib baik keje cuma 3 hari.. syok gak kalau keje 3 hari.. cuti 4 hari.. muahahahahhh (wat company sendiri ler kan.. :P ) ok ok.. faham.. !


k.. bai..