Assalamualaikum..
Petang 2 hari lepas.. sambil kira hari apa iaitu hari selasa lepas.. balik keje teringat terus Hakimi request pizza.. lama tak buat pizza katanya.. ooooooo tidakkk.. mama kalau nak buat pizza doh.. kena uli kat ofis.. balik umah baru leh dinner pizza tau dik... kalau setakat mama balik umah baru nak uli.. makanya uOls akan dinner kul 11 malam lah.. isyyy.. kesian tul kan.. tak sanggup nak biarkan anak2 kelaparan.. makanya mama yang gorgeous and clever a.k.a pemalas ni.. singgah je kedai bakery BWY (Bake With Yen) yang berada depan ofis aku.. kedai bakery BWY tu biasanya tutup kul 6pm.. jadi hari tu sunyi plus tak banyak keje lah.. terus aku mintak kuar awal 10 minit sebab OTW balik tu nak singgah kedai BWY tersebut..
Aku beli based pizza and cheese.. cheese kat situ murah gak.. and based pizza for 5 pcs is RM4.50, kira berbaloi kot.. sbb tak payah nak nunggu menguli, tak payah beli tepung roti, serbuk penaik, pelembut roti and etc untuk membuah doh kan.. lagi menjimatkan masa.. and only 1 thing, pizza based only have 1 size.. lebih kurang cam regular size pizza tu.. ok kot kan.. bagi aku sangatlah membantu aku dari menjimatkan masa.. balik umah buka plastic tu and terus boh topping je.. anak2 leh makan lepas solat maghrib and sebelum kuar gi ngaji Quran.. kan..
Ini pizza based after sapukan sos tomato.. aku just guna kobinasi sos tomato and sos cili je.. sebab namanya pun buat express rakyat kan..
Atas bantuan mr mama.. sosej di slicekan, crab stick meet, tuna (aku guna tuna brand TC boy), bawang, daun ketumbar and cheese last skali..
1st trip, dapat 3 regular pizza.. sekali masuk dlm oven.. sementara 2 lagi menunggu turn..
Saja nak tayang lagi before masuk oven... :) hahahahah
Ni gambar selepas.. dah kuar dari oven.. and ini hasilnya.. :) Nusantara pizza.. :) kombinasi kemelayuannya.. nampak tak?
Ok gak based pizza ni.. lembut di dalam rangup di luar.. hah hah hah.. ada yang keliur tak ? nak buat tak? Jadinya weOls dinner 5 pcs of regular pizza nusantara that night.. lebih mengenyangkan selepas minum.. rasa kembang SEMANGKOK pizza nusantara menari nari dalam perut..