Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, September 03, 2013

fiyya dah 8 bulan....

assalamualaikum....

Bersiaran dari corong hp kecik ni... masyaallah, first time kena apdet blog kat sini... semuanya angakara bos dah block segala aktiviti sampingan aku... gara-gara aku mc minggu lepas, demam + sakit urat tu... mem kata sebab aku dia TERpaksa cancel segala appoitment dia... sakit hati aku, sbb aku sakit bukan di buat-buat.. malah ada certh mc dari klinik kerajaan... sungguh tidak di sangka.. dalam diam nampak sudah taringnya... kan...

sms yg mem bagi menunjukkan yg aku tidak berguna di sini... hanya allah tahu betapa aku menjalankan tugas aku dengan saksama... sampai waktu makan sendiri pun aku tak pernah berkira. ... walau pun masih sakit hati di sini, aku terpaksa cekal sampai aku menemui jalannya.... aku bekerja kerana anak-anak dan keluarga.. bukan untuk menjadi balaci pada makhluk itu... kan



moh tengok gambar safiyya.. sekarang ni fiyya dah genap 8 bulan... berat badan 8kg, tinggi sekarang dah 64cm... hmmmm fiyya dah boleh duduk... tapi tak boleh merangkak lagi pun... sekarang fiyya tengah belajar berdiri... 




fiyya dah minum susu botol.. sekarang mama dah tukar susu fiyya lagi, sbb susu anmum tu fiyya tak suka... sekarang fiyya pandai minum susu lactogen... hopefully fiyya leh sesuai dengan susu tersebut... kan....

ok lah... agak janggal sebab susah benor nak apdet blog menerusi corong hp ni... insyaallah, lelama sok boleh biasa... kan...