Hari ni apdet pasal Hari Penyampaian Hadiah tadika haikal, yang di buat pada sabtu malam 19/11/2011 lepas.. alhamdullillah, haikal mendapat tempat pertama untuk 4 years, dan malam tersebut berlangsungnya acara menyampai kan hadiah dan juga sijil2 kepada pelajar..
detik2 nak menghantar haikal ke sekolah tadika mula2 dulu mmg amat lah susah, dan agak payah nak lupa kan dari ingatan.. mula2 awal tahun, setiap hari terpaksa berdukong haikal dan bagi kepada sir (guru lelaki) yang mengajar haikal, mama pergi keje dengan perasaan sedey kerana terpaksa memaksa haikal bersekolah walaupun haikal baru umur 4 tahun.. sebenarnya mama nak haikal cepat pandai,,,, mama nak latih haikal dari awal mengenal alam persekolahan.. hari2 selama 6 bulan mama datang keje lewat, sebab haikal tak nak di tinggalkan.. setelah habis cuti penggal bulan 6, baru haikal nak turun kereta sendiri, baru haikal nak masuk pintu pagar sekolah sendiri tanpa di temani mama.. alhamdullillah.. kuasa allah.. haikal dah mula ada minat nak pegi sekolah.. masa peperiksaan pertengahan tahun, haikal dapat no.2 dalam kelas.. dan haikal menangis sebab tak nak angka 2 yang dikatakan tu.. haikal merengek2 nak no.1 gak.. camne nak wat.. tak kan suka2 nak bagi haikal no.1 sedangkan haikal no.2... kan kan..
Akhirnya peperiksaan akhir pada minggu ke2 terakhir tamatnya sesi persekolahan tahun 2011, akhirnya haikal mendapat no.1.. tercapai juga hasrat haikal nak dapat no.1.. hepi sangat haikal bila dapat no.1.. macam la paham sangat kan apa yg ada pada angka 1 tu kan.. hmmmm ni la baru namanya kecil2 cili api kan.. eheheh..
Gambar haikal di ambil
masa tengah bermain di playground kat tadika... Haikal bergambar kenangan (4 years) 2011 sebelum upacara bermula.. :)
Gambar haikal dan kawan2 4 years sedang membuat persembahan lagu fasyen show sebelum upacara penyampaian hadiah...
Haikal dan sahabatnya Afiq, bergambar kenangan sblm majlis perpisahan pada malam tersebut.. :)
see u next year afiq..
Haikal menerima hadiah tempat pertama dari pengetua tadika... untuk 4 years..
Haikal No.1 (tengah), anis No. 2 (kiri) dan Batrisya No.3 (kanan) sedang bergambar dengan hadiah masing2..