Assalamualaikum....
Ok.. seperti yg aku cakap pagi tadi... petang ni nak wat short documentari...
pertama skali aku amat2 bersyukur sebab rumah ku di pilih untuk di jadikan sarang burung... burung apa? burung kelicap, burung apa? burung kelicap.. burung apa? burung kelicap.. (sila ulang sampai mcm dlm iklan dulu tu kan.. ingat tak? burung apa?) hehehe
Kedua pula... burung kelicap ni datang wat survey dulu.. mula2 datang sekor... lepas tu datang berdua ekor lak... hmmmm nape burung dua ekor ni dok bertenggek kat wayar lampu lip lap tu... aku sendiri tertanya2...
Kejadian ni berlaku pada hari cuti lalu.. iaitu sabtu.. dan lebih kerap lagi berlaku hari ahad... and kemudiannya hari ahad aku dah nampak something kat wire lampu tu.. cam terjurai rumput kering.. tapi aku ingat biasa.. biar la kan... nanti kalau aku sampah ke, abis aku clearkan apa yg kat atas tu.. sawang2 ke.. (kalau rajin) ahakkk ahakkk..
terfikir juga... agaknya burung2 ni ingat wire lampu liplap tu buah kot.. sbb wane wani kan.. nampak mcm buah masak sedap... hmmmm.. agaknye je...
Hari isnin... burung2 ni datang seawal2 pagi.. kul 7 camtu dah terbang sini sana buat bende ni.. so still under construction okeh.. belum siap sepenuhnya...
lagi2 aku agak.. papa and mama kelicap ni agaknya nak beranak kot.. sbb tu gigih wat sarang.. nanti we Ols tunggu apa yg jadi.. moh layan pics ni..
Gigih aku amik tangga panjat sbb nak snap sarang burung ni pagi tadi sebelum datang keje tau.. hahahahahahahahaha... sila la ketawa..
Tengah panjat tangga sambil snap ni.. hmmm agaknya org depan nampak tak? hua hua hua...
Kasi zoom in sket.. mmg dah melengkung ni.. nanti leh bertelur kat sana kan.. utk baby kelicap..
mudah2an aku nampak process tu..
Aku flash kan supaya lebih terang... mmg terjurai2 sarangnya.. nampak mmg tak kemas.. tapi biasalah.. under construction mmg gitu... betul2 hardworking papa and mama kelicap ni..
Nah.. ni aku amik dari bawah... tinggi kan.. nampak terjurai2 tu.. sakinah geram sbb terjurai.. dia kata macam nak gunting je kasi cantik sket.. hahahaha.. kelakar aku dengar statement tu.. dengan spontannya juga aku larang... jangaaannnn.. nanti mama dan papa kelicap marah.. merajuk dia tak nak bertelur kat situ.. terus cari tempat lain.. habis la.. aku nak tengok juga process ada telo burung, dan ada baby burung tu..
Ni aku kasi zoom.. sorry gambar pecah sbb tak amik ni waktu jauh.. sebab ada burung tu.. nampak tak badan dia kuning.. burung kelicap tu... waktu ni dah kul 8am.. lebih 10 kali mama and papa kelicap pergi balik terbang untuk siapkan sarang diorang.. hmmm pandai diorang kan...
Hari ni balik keje nak tengok apa jadi... hopefully dah siap sarang tu..
bak kata mr mama.. good contractor too... sbb cepat je nampak process wat sarang ni..