Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, September 18, 2014

Petua merawat demam deggi



Image credit from Google


Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi

1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan daunnya sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.. wakaka!
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main.

ulang minum selepas dua jam


Petua of the day..

P/s: credit from google. 

Bunga Kenanga yang harum..

Assalamualaikum....


Pagi nan hening... sampai je di parking depan ofis... nampak rimbunan bunga kenanga yang mekar di ranting pokok... selesai parking kereta terus aku keluar untuk mendapaikan bunga-bunga kenanga yang mekar.. di capai ranting yang terjuntai ke bawah hampir dengan bumbung kereta.. akhirnya dapat lah aku mengutip sedikit walaupun nampak geram nak kutip lagi.. sebab banyak sangat di ranting yang masih mekar dan bewarna kuning..




Dua tapak tangan aku dapatkan bunga kenanga ni.. sebahagiannya aku letak di dalam kereta.. di dalam laci di dalam ofis dan di atas meja.. 


Gambaran dari bawah rimbunan bunga kenanga yang masih mekar di ranting.. tak tercapai dek tangan montel ku.. 



Memang jarang dapat park kereta di bawah pokok ni.. sebab parking kereta di sini sapa cepat dia dapat.. so kalau datang awal sikit.. dapat lah parking kereta di tempat teduh sedikit.. :) lagi pun sekolah masih dalam musim cuti.. sebab tu lah parking kat sini kurang penuh.. ada sekolah private di sebelah office aku ni, paham je la kalau hari-hari sekolah kan cikgu-cikgu datang awal.. jadi dah tentu parking kereta yang strategik dapat kat cikgu-cikgu tersebut kan..


Ehsan Google..


Gambar bunga kenanga yang aku amik dari google.. memang cantik sangat siapa yang snapkan gambar ni.. 

Wednesday, September 17, 2014

Petua Hilangkan Cirit Birit



Picture ehsan Google


KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

Petua of the day :) 

P/S: ehsan dari google. :) 

Cuti Hari Malaysia - Mandi Pool


Assalamualaikum...


Nak shared gambar CUTI HARI MALAYSIA semalam.. 

Pagi2 Haikal dah masuk bilik.. tanya aku dan mr mama.. "Hari ni mama dan abah tak nak bawa Haikal gi mana2 ke?" alahaiii kesiannya soalan dia kan.. ok... oleh kerna hari cuti.. nak fresh kan minda dan gembirakan anak2.. Mr mama kata.. "mandi pool"... apa lagi.. melompat lah Haikal seronok sangat dia.. terus mandi dan nak get ready utk mandi pool... 

Mama pula minta Haikal pergi ke kedai beli Roti Gardenia dan juga minyak masak.. sebab ingatkan nak gi cari barang dapor.. tapi mungkin sebab cari barang dapur ni sesuatu aktiviti yang tak best buat anak2.. so terpaksa la mama tundakan aktiviti mama lepas bawa anak2 ke satu tempat yg mengembirakan mereka..

Tempat di tuju tidak lah jauh... hanya dalam pemanduan selama 15 minit.. kami dah sampai ke Precint 9, mandi pool kat sana je.. Mula dulu pernah aku bawa Fiyya dan yang lain ke Pusat Akuatik Shah Alam.. tapi waktu tu fiyya takut dengan air.. tak berani langsung dia main air.. tapi tidak kali ni.. nampak fiyya lebih gembira dan sampai tak nak balik lah...

Jom layan gambar dulu... 



























Bekal nasi goreng telor jantan dan roti gulung sandwich utk bekalan mandi manda di situ..


Keseronokan tak dapat di gambar lagi.. anak2 yang sangat happy bermandi manda sampai hampir 3 jam.. balik je mata pakat merah belaka.. and kepala pening.. Haikal dan Hakimi dah demam malam tadi.. alhamdullillah.. pagi ni dah ok.. fiyya lak takde apa2.. 

Ok lah semua.. nanti kita sambung lagi... :) 


Monday, September 15, 2014

Nasi lemak Omega di hari minggu...

Assalamualaikum...


Tengok tajuk kan.. hahaha.. omega la sangat... 
Memang ada cerita di sebalik tajuk ni... moh ler nak citer..

Hari sabtu mama gi Tesco Bkt Puchong tu je.. sbb dekat ngan rumah.. pagi sabtu hujan di Puchong.. seronoknya hari-hari cuti hujan pulak tu kan.. :) sambil mentelaahkan masa dengan penuh berkhemah.. lepas dah sarapan sikit apa yang patut.. (sebenarnya melantak nasi semalam.. panaskan lauk pauk sket.. almaklumlah hujan kan kelaparan dah kategori ular sawa kuar sarang) dan mama pun cakap dengan mr mama.. nak gi tesco.. actually tak cakap pun.. hantar wechat kat mr mama.. walhal serumah pun kan.. :P then mr mama balas balik wechat, okeh.. jom.. apa lagi.. the points is nak cari barang dapor.. sesambil tu cari lauk-lauk sikit lah...

Bila dah pergi Tesco ka.. Giant ka.. Aeon Big ka... kalau bawa Haikal sekali pergi.. jawabnya macam ni.. kalau bab-bab nak amik barang-barang lain memang Haikal takde hal.. tapi kalau nak beli TELOR AYAM... memang sedikit runsing dengan budak ni..  Kalau kata TELO AYAM tu ada promotion RM7.99 sepapan (30 bijik) tapi mau tengok grade juga... kalau grade B or C memang Haikal tak bagi amik.. di suruhnya aku letak balik.. walaupun tengah bajet ciput ke.. Haikal tak nak.. dia sendiri akan pilih telo.. Dari size XL ke L atau A atau A+ pun.. then kena ikut cakap dia bab telo ni.. Last week dia beli L size yang sepapan ada 12 bijik tu.. ok lah.. amik je.. kali ni dia beli Omega pulak.. sebab Abang Hakimi pernah beli Omega telo ni waktu aku suruh dia ke kedai suatu hari dulu.. and Haikal kata telo Omega lebih sedap berbanding telo lain.. then mama ikut je.. biasa beli je sekali pergi pasar ni.. 10 bijik.. kalau 2 - 3 hari pulak pergi lagi pasar.. akan beli lagi 10 bijik telo... makanya telo Omega je yg menjadi pujaan hati Haikal buat masa ni.. :) ikut je la.. tu la pasal nama nasi lemak ni pun jadi Omega.. sebab telor Omega yang di gunakan tu.. :P hehehehe... 


Nasi lemak OMEGA.. :) hmmmm kelas ko... apa yang kelas? sebab mr mama yang deco kan nasi tu.. dia suruh amik gambar.. hmmm memang faham benor mr mama ngan wife dia ni.. kan..

Mama masak nasi lemak ni semalam... ahad kan rasa nak golek2 lama sikit.. menu kegemaran anak2 menjadi keutamaan kat mama.. semalam mama ada mood sket masuk dapo kesah2 kat sana.. cuma stock ikan bilis je mama lupa beli.. kalau kat Tesco memang x boleh beli ikan bilis.. sebab tak cantik langsung.. kalau gi pasaraya Hero atau Pasar Malam.. boleh gak beli.. Ikan Bilis Pulau Pangkor menjadi pujaan hati.. :) 

Makanya semalam menu dari lunch sampai dinner ialah NASI LEMAK OMEGA lah.. :) anak2 makan sampai lebam.. :) hehehehe













































Ok... buat masa ni hanya ini saja dapat di karangkan.. :) esok CUTI HARI MALAYSIA.. SELAMAT BERCUTI untuk semua rakyat MALAYSIA dan selamat menyambut HARI MALAYSIA ye.. :) daaa

Wassalamu..

Friday, September 12, 2014

Mak exciden..


Assalamualaikum...

Nak kongsi cerita sikit...
Hari selasa lepas... macam biasa lepas balik keje.. aku memang tak nak pegang telephone lagi.. sebab tau tau je kan.. waktu2 balik keje ni waktu kemuncak bizi... bizi double boiller.. biasa aku akan layan group balik lepas waktu anak2 dah cool down.. waktu dah siap masak dan lepas dinner lah..  group wassup Ismail & Aisyah Family masuk bertubi2.. tapi memandang aku tengah terbongkang atas katil sambil melepaskan penat lelah.. termasuk sedang breasfeed fiyya.. tak terpegang hp waktu tu di tangan.. hanya kedengaran notification masuk bertubi2.. sedang dalam kepenatan.. gagah juga amik telephone dan baca apa citernye.. 

Ye la.. kalau group wassup family ni macam2 citer kan.. kakak marah anaknya.. adik-adik sebok dengan programnya.. bila aku on saja screen.. buka wassup mesej.. masya ALLAH.. mak/farez exciden.. kata adik aku.. tak terkata apa waktu tu.. aku terus call mak aku.. tapi masuk voice mail.. dail lagi number lain.. call abah aku.. berjawab.. alhamdullillah.. itu suara mak.. 

Tanya mak.. mak ok ke.. mak selamata? ada luka? ada sakit? adik camne? 
Mak cakap alhamdullillah.. mak dan adik takde luka2... hanya terkejut dengan hentaman kuat dari belakang.. sampai pecah sportrim kete dan pecah tayar.. kejadian berlaku betul2 depan jalan menyusur ke halaman rumah.. memang terkejut beruk aku.. dalam keadaan terkejut sempat imaginasi aku melepas ke bank.. ade ke duit dalam akaun bank ni..? nak balik kampung nak isi minyak kete plus kurang2 nak rm200.. hmmm sampai macam tu skali.. 

Bila mak cakap dia tak apa2.. sedikit lega.. syukur alhamdullillah.. hanya allah yang mengetahui apa yang berlaku.. semoga kita pun berhati2 di jalan raya.. kejadian buruk yang menimpa pada bila masa tak kira di mana.. beringat lah.. 





Kereta di penjuru depan tu yang kedudukannya sedikit senget tu.. tu lah yang menghentam kuat kete yang di pandu oleh adik aku.. tayar kete yang menghentam tu tercabut kata adik.. dia bawa dalam keadaan laju.. di perhati sendiri oleh abah aku yang memandu lori di bahagian belakang kereta yang di pandu adik.. selepas kereta tu potong lori abah.. tanpa rasa takut dia potong lagi kereta yang lain walaupun keadaan jalan di penuhi kereta.. bila dah terjadinya insiden ini.. baru lah tahu yang pemandu tersebut bergegas nak masuk keje jam 7pm.. dan waktu kejadian ialah 6.50pm.. tapi dalam pemanduan selama 10 minit.. takkan sampai tempat yg di tuju kalau jarak nya lebih 50km lagi.. sebab yg pemandunya keje di hospital.. shift start 7pm.. tu kan.. kalau dah lambat tu lambat lah.. nak buat camne nak cepat.. bila dah cepat nyawa orang lain yang dalam bahaya.. 

Pepatah dan menyebut.. BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.. ko sengaja nak mengubahnya konon boleh mengubah nasib.. sampai ke nasib nyawa lain yg dalam bahaya.. nasib baik mak dan adik takde apa2.. abah sempat mencekik pemandu kereta tu di sebabkan marah.. kalau katakan lah patah kaki or tangan adik atau mak.. abah kata dia akan patah kan kaki or tangan pemandu tu serta merta... 
Betapa marahnya abah waktu tu sebab cara pemanduan pemandu tu di perhatikan olehnya sejak atas lori lagi... 


OK semua.. semoga ketemu kembali.. terima kasih...


P/S: masih dalam situasi menyesuaikan diri tersentap sebab blog dah tak kena block.. hehehehe harap maklum.. 

Thursday, September 11, 2014

Akhirnya dah tak block.



Assalamualaikum...


Selamat pagi semua... 

Masih adakah yang akan singgah ke blog sepi ku ini? 

Masih adakah rakan2 yang sudi menjadi sahabat mayaku?

Hmmmm... lama sunggu rasa tak apdet cerita ceriti kat sini...

Pernah try nak apdet blog by handphone sebelum ni.. tapi tak upaya sebab handphone tak secanggih yang ku miliki tu nak mengikut segala kata2 tuannya..

Hari ni.. dekat facebook.. try click satu laman blogspot.. tetiba loading and it's back.. no more block.. arghhhhhhh macam nak menjerit.. seronok tak terkata..

Apa lagi.. terus type nama blog sendiri dan keyin password.. alhamdullillah.. semua masih berjalan dengan baik.. :) lepas ni boleh la kita teruskan berblog ye kawan2...



Gambar fiyya yang baru2 ni aku ambil... sekarang umur fiyya dah 1 tahun 8 bulan.. :) lagi 2 hari mama pulak nak sambut besday.. :) hehehehe



Yang ni gambar fiyya minggu lepas waktu jalan2 cari ikan... waktu ni fiyya sakit mata.. nampak kan sebelah mata fiyya dah cemey... :) 


Ok kawan2.. selamat ketemu kembali.. :) 


Wednesday, June 04, 2014

Fiyya is back...

Assalamualaikum..

Rindunya nak berblog.. bizi sekarang jangan kata lah.. memang tak sempat nak mencuri masa... ini pun ada auditor kat opis.. sebab boss memasing bizi dengan auditor.. jadi mama ada masa sikit nak melepaskan rindu ngan kawan2 blogger sakalian alam.. :) 

Maaf juga sebab mama bukan nak mencari publisiti murahan.. sekadar nak berkongsi perihal nak dara yang dulu baby, sekarang dah makin membesar.. fiyya now is already 1 yrs 5 months.. 
Alhamdullillah.. dah boleh berjalan since 1 tahun 3 bulan yang lalu.. memang agak lewat dari abang dan kakak nya.. tapi alhamdullillah.. allah tahu apa yg di aturkannya.. :)

sedikit gambar fiyya untuk tatapan yang merinduinya..



Day 1: masuk wad, tanggal 1 May 2014, admit coz White Blood Cell tinggi.. kena amik antibiotics. and the end... alhamdullillah.. fiyya makin sihat dan cergas..



Day 3: Fiyya dah tak larat nak duduk dalam wad... 



Day 3: Fiyya dah tido... mama tido ngan fiyya dalam baby courts ni.. hmmm... bengkok badan mama cam udang...



Last saturday.. fiyya hantar Abang Kimi naik train ETS ke Ipoh.. then mama bawa fiyya jalan2 ke JALAN TAR sampai fiyya penat tertido walaupun sambil makan..



Fiyya dan abang haikal.. di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah.. nak balik kampung ada kenduri...



Tabiat Fiyya.. suka dok dalam tudung saji mama.. walaupun main atau makan...



Fiyya di majlis kenduri doa selamat utk cousinnya.. di Taiping.. 



Fiyya dah tunjukkan simptom2 nak tido..




Fiyya dah pandai makan anggur celop coklat.. :) hehehehehe..



ok... hopefully terubat rindu untuk yang mana rindu kan fiyya.. :) nanti kita jumpa lagi.. insyaALLAH.. 

Monday, April 28, 2014

ENGLISH COTTON...











ENGLISH COTTON

SANGAT LEMBUT...

SANGAT SELESA...

TAK PERLU BERSUSAH PAYAH NAK IRON PUN.. 

HARGA SEPASANG: RM80.00 

KOS POS: RM6.00 @ SABAH/SARAWAK RM12.00

BERMINAT.. BOLEH SMS@WASSUP 

016-5015451

TERIMA KASIH.. :) 

SULAM TANGAN BUKIT TINGGI...

Assalamualaikum...


NO.1




NO.2




NO.3




NO. 4


SULAM TANGAN BUKIT TINGGI

SATIN VELVET HIGH QUALITY..

LEMBUT DAN SELESA...

RE-STOCK..

(1 - 2 MINGGU DARI SEKARANG)

UNTUK BOOKING / TEMPAHAN 

PM / WASSUP / CALL

016-5015451

TQ