Assalamualaikum...
Nak citer pasal semalam, balik keje kul 5 (bulan posa sahaja), baru masuk highway susur ke Puchong Perdana tu tetiba JEM TERUKKK!!!! nape ni.. ? tertanya-tanya lah aku kan.. aku ni kalau pasal exciden ka.. memang gelabah sikit.. bukan gelabah bab aku nak gi tolong.. tapi gelabah tak boleh bawa kete.. penah dulu.. exciden kat selekoh tractor malaysia kat puchong tu, budak motor dah dok atas divider tepi tu org dok heret.. aku menggiggil2 kaki nak tekan pedal minyak sampai ke rumah menggiggil tu.. and ada dulu nak balik kg.. dekat h.way.. dalam dok laju-laju mr mama bawa kete tu, tetiba satu tempat tu jem.. rupanya exciden teruk.. mr mama kata.. tapi aku siap2 turunkan sit kete tu landing.. aku tak nak tengok.. hmmm tu kalau ada pemandu lain, kalau takde..?
Ok.. kesah jem tu balik... jem ke lima 5 link tu.. heran wo.. mesti exciden teruk kan dalam hati aku.. mula la fikir.. kesian mak pak dia kat kg tunggu nak balik raya. lepas tu sempat fikir.. kesian anak bini dia tunggu nak bukak posa.. huhhh.. jenuh dalam dok fikir tup tup sampai turn aku kat jem yg teruk tu.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! sekali yang membuatkan jem itu adalah... teng teng teng... LEMBU koooooooooooo!!!!!!! hahahah tapi takot gak.. lembu tu lebih tinggi dari kete aku.. sib baik dia tak sodok kete aku ngan tanduk dia.. takot arghhh.. dah lepas pada jem tu, aku fikir, kalau aku tau lembu aku tangkap gambar masuk sini kan.. tapi mana nak sempat capai segala2 kan.. biar je la.. hanya pengalaman itu yg aku nak citerkan.. :D wahahahaha.. patut lah on that time ada 3 bijik motor polis bawa ikut songsang jalan... hmmmm..
Ok dah.. settle citer tu.. skrg nak kongsi pasal buat lamb chop..
Aku beli lamb ni kat Tesco, yang dah siap slice kan.. 4 pcs dalam Rm14.00 camtu lah.. terliur aku tengok lamb tu terpangpang kat peti sejuk.. terus sambar 1 pek.. tapi aku sangat lah jarang beli lamb.. mungkin nak sangat makan baru aku beli.. dalam 1 tahun sekali je kot.. and petua beli lamb ni, kalau lamb ialah kambing muda and kalau mutton tu kambing tua.. hmmmm (kata kawan aku) so aku amik lamb... sebab aku tak nak bau dia sangat.. aku bukan pandai masak sangat pun.. kang bau tak pasal2 aku bagi sejuk beku berkurun2 pulak.. kan.. :)
Ini lamb yang aku sebut.. aku panggang tapi aku dah perapkan 30 minit dengan rempah ratus sikit dan sos bbq.
Resepi Lamb Chop Mudah
Bahan2nya:-
2 ketul lamb slice di bersihkan dan di perap bersama selama 30 minit.
1 sudu makan sos bbq
1 sudu makan cili serbuk
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam kasar
Cara2nya:-
Perap selama 30 minit, dan boleh la di bakar di dlm oven atau pemanggang ajaib kira-kira 20 - 30 minit, dah siap boleh la di hidang bersama kentang goreng atau pun potongan roti yang di potong memanjang dan di bakar 5 minit di dlm oven. boleh di cicah bersama sos bbq atau pun sos lada hitam. (paling mudah)