Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana.....


Tadi jalan2 ternampak GA yang di anjurkan oleh tuan rumah SINI
tarikh akhir penyertaan tak salah ler 22hb Sept 2011..
Syarat2 kena tulis cogan kata..
(alahaiii.. selalu aku fail kalau sambungkan cogan kata ni huhuhu)

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana sekiranya saya mendapat hadiah ini, saya akan menghadiahkan kepada mak tersayang kerana jasa baik beliau dapat mendidik saya supaya dapat mengaji dan mempelajari al-quran dengan lebih mendalam, abah pula sebagai tok guru mendengar sebutan2, di samping rotan di tangan. Hanya ini yang  dapat membantu mak kerana mata mak dah kurang jelas bila mak nak baca al-quran. Kesian mak kerana membesarkan saya dan adik beradik lain sampai mata mak dah kelabu, saya nak yang terbaik untuk mak, supaya mak dapat menjalankan ibadah haji dengan lebih sempurna di tahun akan datang, insyaALLAH.. mak&abah yang semakin hari semakin meningkat umur, semakin hari semakin kurang jelas pandangan mata.. semakin hari semakin kurang daya tenaga.. walaupun begitu, mak tetap gigih membaca al-quran walaupun mata mak dah kurang jelas.. mak tetap duduk di sejadah menghabiskan sisa2 malam dengan menenangkan hati di atas sejadah.. mak&abah adalah kesayanganku..  Takkan aku lupa jasa serta tanggongjawab mak&abah mendidik aku tentang agama.. sekarang tanggongjawab aku pula mendidik anak2 dengan penuh didikan agama.. moga allah memberi keberkatan untuk aku dan anak-anak.. jasa mak&abah tetap ku julang setinggi-tinggi.. inilah niat suci murni dari seorang yang bernama anak..