Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, July 02, 2013

Simple Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Tadi lunch makan promotion pack rm4 KFC 40 tahun je.. alhamdullillah.. kenyang..

Harap2 perut boleh tahan sampai petang.. jap gi balik rumah baru makan nasi.. 

Bukan apa.. tadi pagi aku bawa bekal roti sandwich kapit... kenyang giler makan 3 set.. 

Lepas tu lunch time tak teringin nak makan.. tapi kalau tak makan nanti kul 3 or 4 sure lapar macam nak gila... baik aku makan sikit.. :) nak simpan anergy supaya lapar and tak gila.. kan.. :) 

Aku nak kongsi japanese cotton cheese kek ni.. very the simple recipe tau...

Aku ni kalau masak nak yang mudah belaka.. almaklumlah.. kena ikut mood anak kecik.. kang half way buat tak sempat siap, dia pulak dok merengek.. tak boleh tahan jugak kita kan.. and anak kecik ni pulak suka kena mengeram.. macam bird kelicap tu.. :P kena mengeram dulu baru leh tido.. kadang2 sekali ngan aku tido.. hahahah.. so simple but nice.. good for me, good for baby, and good for the rest.. 

Jom tengok resepinya.. walaupun ada 3 step.. tapi very easy step lah.. sakinah banyak membantu aku.. :) thanks kakak.. :) 



Abaikan warna dark brown at the bottom... :P 




Sangat sedap.. sangat besar punya size.. :) cukup makan 2 hari.. baru habis..




Hmmm.. apa tengok-tengok? mau makan saya? sila lah buat ye.. :) hehehehe

Simple Japanese Cotton Cheese Cake

Bahan2nya:-

(BAHAN A)
>  1 Bantal Cheese Tarturra (250g)
>  250ml Susu Segar (atau boleh bancuh susu tepung nespray anak 250ml) 
> 3 Sudu besar butter 

(BAHAN B)
6 Biji telur putih SAHAJA
3 Sudu besar gula pasir (blend hancur)

(BAHAN C)
6 Biji kuning telur

>> 1 cawan tepung gandum di ayak bersama 1 sudu teh baking powder.

Cara2nya:-

1- Bahan A: Panaskan atas api kecil, kacau perlahan2 sampai cheese sebati dan cair, akhir skali tambah butter ke dalam adunan kacau biar sebati dan ketepikan supaya sejuk.

2- Bahan B : putarkan putih telur bersama gula pasir (dah blend halus) sampai bertanduk.. ketepikan.

3- Bahan C:  Pukul kuning telur sampai sebati.

4- Step seterusnya.. satukan Bahan A dan Bahan C dengan spatula.. masukkan tepung sedikit demi sedikit.. kacau sebati..

5- Masukkan pula Bahan B kemudian sebatikan perlahan2.. tuang ke dalam loyang bersesuaian (gris dengan butter loyang tersebut sblm di tuang adunan)

6- Bakar dalam oven 170 - 180 C selama 45 minit dengan teknik Stim Bath.. 

Sekian.. :) 


Fiyya tak sihat, demam selsema..

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa... Fiyya demam semalam... amik dari rumah BS, terus fiyya pelok mr mama.. so tunggu jap aku kat bawah dalam 5 minit, aku sampai terus bawa mr mama, fiyya and haikal gi pasaraya dekat ngan umah.. nak gi jauh2 tak boleh.. (jauh pun tesco cuma 3km dari rumah).. :)

Beli ape je... mr mama nak beli beras, dan sikit barang2 dapor nak masak... malam tadi aku tak boleh tolong mr mama masak, sbb fiyya merengek.. fiyya tak sihat.. selsema plus ada sikit sikit demam.. kesian anak mama tu, hidung berair je.. balik umah mr mama sedut hidung comel fiyya dulu... lepas tu fiyya nenen sampai tertido.. bila dah fiyya tido, mr mama dah hampir siap masak.. apa menu mr mama masak? simple2 je mr mama cakap.. ayam masak kurma, sayor terung masak sambal dan ikan gelama masam goreng.. alhamdullillah.. kenyang semua orang dalam rumah.. 

Walaupun masak kurma mr mama masih banyak perlu di perbaiki, aku tetap bersyukur dapat makan makanan dari air tangan suami... walaupun masak kurma nya cair dan selaut (kuah banyak).. aku tetap berselera makan.. sampai naik macam ikan buntal dah sekarang ni badan.. :) syukur pada allah.. :) terima kasih allah.. 

Fiyya kan namanya tak sihat.. so tido dia agak terganggu, kejap jaga nak kena tepok2.. bantal pula di tinggikan sikit supaya dia boleh bernafas.. kesian mama tengok anak mama tu kalau dah tak sihat.. tapi fiyya mantain comel.. dan suka senyum.. 


Bak kata orang-orang lama... budak2 ni kalau demam je ade ler benda yang dia nak boleh buat.. so perkembangan terbaru fiyya.. makin rancak fiyya meniarap skrg ni.. and ada masa fiyya gunakan siku dia nak bangun duduk.. tapi masih dalam percubaan.. sebab belum 1 pun berjaya... 

When aku pandang fiyya nampak kesian pulak sbb tak berjaya nak duduk walaupun usaha dia utk gunakan siku tu bersungguh-sungguh.. tak per.. cuba lain ye.. jangan putus asa... 

Ok la.. mama buat kerja dulu.. nanti kita sambung citer lain pula..