Assalamualaikum...
Macam yang aku cakap... semalam sangat lah bizi.. aku balik pun lewat sikit dari biasa.. 6.15pm.. ye lah.. lewat 15 minit pun kan.. itu pun nak kecoh.. sebenarnya aku selalu punch card sharp punya bila time out tu.. macam2 aku kena wat kalau lepas waktu keje.. pertama smlm aku kena pick-up mr mama dari tempat keje dia.. lepas tu amik fiyya.. lepas tu amik hakimi kat skolah dia... tapi dah agak lambat.. mr mama call sakinah untuk tolong amikkan fiyya kat rumah BS.. sbb dah dekat kul 7 pun..
Ok.. nak citer aktiviti on sunday... al-kisah aku beli telo banyak kan.. so macam2 la aku nak wat.. karamel telor la.. kek karamel lah.. and oleh kerana tak larat nak buat yang susah2.. makanya aku cuma buat butter cake.. tapi oleh kerana nak kan ianya nampak cantek.. aku just tambah kan kaler2 je..
Resepinya macam biasa aku buat dulu.. tapi kalau ada yang masih nak tahu.. aku akan citerkan di bawah gambar.. :) ok ..
Butter 230gm...
Gula 1 cawan aku blend halus..
Telo ayam gred A 4 biji..
Susu tepung bancuh dengan air suam 1/2 cawan..
Esen vanilla + serbuk penaik 1 sudu
Tepung 2 cawan di ayak .. supaya ringan..
Mula2 putarkan butter dan gula sampai kembang.. lepas tu tambahkan telor ayam 1 persatu.. kemudian tambahkan esen vanilla.. pukul rata... tambahkan tepung yang di ayak bersama serbuk penaik.. dan pukul sebati... setelah itu masukkan susu yang di bancuh ke dalam adunan tepung.. kacau sebati..
Bahagikan kepada 4 bahagian warna.. :) ikut suka warna apa yang anda suka..
masukkan ke dalam dulang yang dah di griskan dengan butter.. :)
bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah..
cucuk di bahagian tengah dengan lidi utk mengetahui kek sudah totally masak..
Siap untuk di makan.. okeh...