Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, January 10, 2014

Imbasan kenangan...

Assalamualaikum...

Selamat hari jumaat semua... 

Kalau di ikutkan schedule aku hari ni penuh sangat... pagi2 nak sambung buat tender lepas tu by today jugak jugak nak kena arrange transport untuk hantar parcel lebih dari 30 kotak ke JB.. arrange tu takde hal.. tapi yang ada halnya iaitu NAK SAMPAI SANA ESOK JUGAK! mmmmmm macam mana nak arrange last2 minit ni kan.. sbb sok sabtu.. bukan semua curier akan jalan on saturday.. kan.. 

ok.. tak mau citer pasal keje.. sat gi aku sambung wat keje lepas apdet blog ni.. 
Sarapan pagi 2 ketul kuih dan air nescafe susu.. alhamdullillah.. hari ni lunch pulak aku dah tapau dari rumah.. pepagi tadi masak nasi goreng telo utk kinah bawa bekal ke skolah.. tinggal sket untuk haikal and kimi atas meja.. sbb deme skolah petang.. lepas tu nasi putih lak aku cuma masak sambal telo pecah je.. secara terus terang.. minggu ni kering dah barang dapor.. minyak masak habis.. telo habis.. stok ikan habis.. daging + ayam pun habis.. kalau tak nak beli hari ni stok pun macam rush pulak.. sbb balik keje kang kot2 letih ke.. apa ka.. baik beli esok pagi kan.. boleh kuar ngan anak2.. :) hmmm tul tak? 

Moh ler kita tengok gambar lama... 


Gambar haikal dan hakimi.. waktu ni haikal 2 tahun 1/2 .. hamiki lak dah 9 tahun.. bukan main pelok mesra adiknya... skrg ni tak boleh dah.. bukan main garang lagi dua2 ni.. tapi ada masa ok boleh main sama..


Gambar atas ni haikal.. masa umur dia 2 tahun 1/2 gak.. masih berpampers lagi.. hmmm waktu ni baru2 pindah rumah tu.. 



Dulu waktu haikal kecil... dia memang suka dengan soft toy je.. so teddy dia ni haikal namakan nya baby.. :) skrg baby dah masuk dalam beg atas almari.. belum cari lagi nak basuhkan untuk fiyya pulak.. beli 'baby' ni waktu haikal umur 5 bulan.. haikal pegang 'baby' sampai tak nak lepas.. so mama terus bayarkan rm15 untuk 'baby' ni..


Haikal main kat taman depan rumah.. 

Saja mengimbau gambar lama.. dah lama tak belek.. tergelak2 gak  tengok gambar lama.. semua kenangan manis.. membesarkan anak depan mata.. memang tak rasa tup tup dah besar.. sehari demi hari.. sekali haikal skrg dah masuk darjah 1.. cepat masa berlalu.. :)


:) ok lah.. selamat bekerja semua.. sambil apdet ni pun sambil wat keje.. sekali 1 jam baru siap.. hihihi