Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, November 29, 2010

Kena tag dari IZAH DAUD

Izah Daud


Assalamualaikum..

Kena tag lagi. kali ni kena tag dari IzaHDauD .. wahhhh dulu2 pernah nampak
kawan2 lain kena tag.. terasa seronok gak sesi soal jawab tu..
sebab macam2 jawapan yang terkeluarkan... kekeke.. kali ni aku lak
yang kena tag.. hihihi.. okey okey... maknanya rakan2 ade yang sudah
mula mengenali aku.. sebab aku bukan nya lama kat dunia blogging ni..
baru je.. kira sangat2 lah baru.. :) thanks tak terhingga kepada izah yang
ingatkan akak mu ini.. hehehe.. :)





1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
i-  Karipap apollo - sejenis karipap tapi intinya kacang panjang, cili api,
and isi ikan yg di gaul dan di layukan atas api.. and buat cam karipap..
ii-  Hati ikan yu - mak/abah masak , masak lada yang sedap dan tak berbau..
iii-  Ayam goreng Crispy - Ayam yg di goreng sendiri ala2 KFC, ramuan asli..
    


2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
i-  Air Tembikai
ii-  Air Sirap


3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.

Malay, Western, Chinese




4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".

Masak nasi beriani, sebab kebetulan dah buat pertama kali dulu.. and
dapat sambutan.. lepas tu cuba wat lagi.. mmg menjadi feveret dan
still ade permintaan lagi.. :) hihihihi




5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?

hmmmm... jarang2 aku makan yang mahal.. sebab kalau kena bayar sendiri..
kalau orang len bayarkan ade la.. kahkahkahkah.. kalau mahal sangat pun..
kiranya pernah order pizza la kot.. sekali oder rm100 gak..


6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?

Yang ni payah.. sebab aku tak brapa rajin makan kat luar.. tapi kalau kat
tempat keje.. bos pernah bawa aku gi makan kat Bumbu Bali, Bandar Puteri..
setahun ade la sekali.. makanan dia bali style and sedapppp sangat.. sebab
banyak yang bakar2.. :) hihihi..




7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.

suka makan ke? kalau makan aku suka ayam, burung wak-wak (dulu je ade
sbb abah aku suka gi memburu, skrg tak pernah makan lagi) and suka
lembu la.. sebab daging nya leh wat macam2 yg aku suka..




8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.

Kahkahkahkah.. yang ni tak brapa nak ingat.. sbb dulu aku gi dating selalu
singgah makan kat Sri Larut, atas Larut Taiping tu, ade restoran tak ingat
nama pun.. (entah2 tak amik port.. sbb malu nk langut2 tengok atas) kakaka


9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?

Mee Kari and Laksa.. sebab ni la makanan feveret dia..




10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?

spaggeti ke.. macaroni bake ke.. kakakaka.. kuih karipap pun tak per..
paling koman goreng nugget pun orait je.. :P

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.

Sambal belacan.. sebab ade behind story about this..
dulu2 aku baru umur 6 tahun, di sebabkan aku tertido petang,
kakak aku nak kejutkan aku dari tido, dia masukkan belacan
dalam mulut aku.. aku terjaga sebab terkunyah belacan.. and
di sebabkan fobia... sampai sekarang aku tak pernah wat apa2 berkaitan
ngan belacan... lagi2 kalau nak tanam pokok belacan.. owwhh tidakkkk..

12. Menu raya paling disukai.

Bihun sup, ketupat and rendang.


13. Jajan/Cikedis favourite?

Satay ikan, Sotong penyet bergula and
keropok twisties keju.


14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?

i-  Masak Lada Hati Ikan Yu..
ii -  Masak cuka ikan duri
15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?

Sambal hijau ikan merah (sendiri masak - sebab guna cili api)


16.Korang kalau jumpe orang yang tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?

mmmmm... izah nak makan ape? tak tau lagi nak blanja makan ape.. tapi kalau
kat umah aku masak mee goreng mamak.. hehehe.. :P klu kat luar bawa
makan mcD ke.. KfC ke.. okey tak?

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.

Kalau sudi nak join in the fun, silalah ye.....




Butter Kek Belang + Kenduri Raya Haji ke2

Assalamualaikum....


Hari ni aku nak tempek gambar kek butter belang2 coklat aku ni..
kek ni kiranya aku wat tuk raya haji lepas gak.. kiranya aku wat
1 malam terus 4 biji kek aku wat.. saja la kan.. dah raya haji kan..
biasanya memang la tak brapa nampak kuih2 or biskut raya.. jadi aku
wat kek untuk selingan la.. di makan bila perlu.. tak suka tak pa.. kan..

kek ni resepi butter kek biasa... cuma aku bahagi kan kepada 2 bahagian
tuk warnanya.. and aku selang seli letak dalam bekas pembakar tu.. and
jadi la camni.. :)






Ha.. ni gambar raya ke2.. suasana kenduri kat kampung... memang hari
ni agak bz skali.. aku cuma sempat snap gambar di awal2 persiapan ni je..
lepas tu aku dah lupa... tak hengat nak amik gambar nasi tomato yg aku masak
sendiri tu... and tak hengat nak amik gambar kari daging resepi warisan keluarga
and tak hengat nak amik gambar pencicah pun... :( so sad kan.. tapi nak wat
camne.. dah bz tak hengat... dengan nak melapah daging lagi dari lembu korban..
manakan nak masak dan macam2 kerja lagi la.. sebab kitorang wat semua sendiri
secara gotong royong bersama ahli keluarga..






Gambar ni kiranya yang terawal datang
group2 jiran2 terdekat..




Antara hidangan terawal.. tidak termasuk nasi tomato,
kari daging dan pencecah.. 


ok... tadi tengah2 wat karangan... ade supplier datang lak..
bangun attend dia.. and nak sambung wat karangan balik dah lupa...
jadi aku kiranya masukkan yang main je la.. bunga2 tak dak...
bos aku pun bz hari ni.. sebab dia nak handover keje2 kat aku..
sepeninggalan dia selama 2 minggu.. sebab dia dah nak berlepas gi
Sudan minggu ni.. jadi semua keje2 di lepaskan pada aku ..


Okey lah semua.. sampai di sini dulu.. Sekian
TATA