Assalamualaikum...
Selamat Hari Sabtu...
Selamat bercuti pada semua.. seronok hari ni dok umah.. dah siap mengemas, mop lantai dan serba sket buat keje.. bereeehhh..!!
Kek Butter Marble ni last week lagi dah buat.. cuma tak berkesempatan nak tempek lagi.. ni baru ada time.. so nak kongsi ngan kawan2.. sbb cara pembuatan yang sangat mudah.. almaklumlah.. skrg ni nak buat kek nak mudah belaka.. tapi sedap.. :)
tul kan.. :)
Resepi BUTTER MARBLE CAKE mudah
Bahan2nya:-
4 biji telo size B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1/2 butter (dari sebuku tu)
1/2 cawan gula pasir (blend halus)
1 sk Baking Powder
1 sk Esen Vanilla
1/2 cawan serbuk koko (di ayak)
Coklat Chip Putih
Cara2nya:-
>>> Butter + Gula di pukul sampai kembang.
>>> Masukkan telur ayam 1 persatu sambil pukul lagi.
>>> Masukkan esen vanilla, dan pukul lagi.
>>> Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama serbuk baking powder sedikit demi sedikit.
>>> Bahagi 2 bahagian, 1 bahagian (Plain), 1 lagi di masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
>>> Masukkan ke dalam dulang setompok demi setompok.
>>> Taburkan Coklat Chip Putih.
>>> Bakar dalam Oven 175 C, selama 30 minit.
Siap!
Ok.. SELAMAT MENCUBA..
Hari ni cuaca best sangat..
mendung tapi tak hujan la lagi setakat kul 1.30 pm ni.. insyaALLAH.. petang2 kot baru hujan.. menu minum petang dah siap.. makan tengah hari pun dah... alhamdullillah.. :)
OK..
SELAMAT BERISTIREHAT..