Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, October 18, 2012

DIGI hantar cheque & dinner malam tadi..






Assalamualaikum...


Selamat hari khamis.. sudah khamis kan.. esok dah jumaat.. last keje... tu je aku kira.. nak cuti tak henti2.. hari sabtu rasanya nak gi umah adik kot... sebab Mr Mama cakap nak tolong adik pasangkan lantai belakang rumah dia.. tak larat nak cabut rumput dah.. x per la kan.. sian adik.. dok sorang2 lagi pun.. nak mintak tolong sape lagi.. abang dia lah... 


Semalam balik keje terus singgah kedai, beli sardin tin je... ingat nak buat sandwich.. aku mmg suka makan sandwich skrg ni.. sebungkus roti gardenia bonanza tu, sehari je dah settle... lagi2 kalau ada sardin.. so ini lah sardin yang aku masakkan smlm... jeng jeng jeng.. haikal wat makan ngan nasi, dia makan dengan ikan bilis goreng.. katanya sedap sangat.. sampai bekal nasi dia pagi ni pun dia mintak kuah sardin ngan ikan bilis semalam.. katanya.. hehehehe.. turutkan je la... dah budak2 nak makan.. hikhikhik






'




'




'




'




'

dapat cheque, dari Standard Chartered Bank... instructed by Digi Telecomunication S/B.. tapi yang aku betul2 tak pasti... kenapa digi hantar cheque kat aku.. setahun sebenarnya aku pakai Broadband Digi, bulan 8 lepas aku terminatekan.. sbb malas dah.. tak laju... lembab cam siput, tapi boleh la takat2 nak berFB ke.. nak main game Y8 haikal ke... saja aku terminate lagi satu sebab anak2 nak amik UPSR dan sorang nak amik PMR.. kalau aku tinggalkan kat rumah broadband tu, kang ade je diorang dok depan laptop sampai tak leh wat apa... so baik terminate.. bukannye tak leh nak pasang balik kan... bagi anak2 cukup waktu untuk mentelaah pelajaran sebelum periksa.. itu lagi afdal.. tul tak? 





ni dia.. cheque tu.. dia bagi duit kan aku.. tak banyak pun.. cheque tulis nama aku.. so bank dalam akaun aku lah.. 






Tak de cakap apa description payment for what.. ? soooooo?
Bersyukur je la.. ada la tu yg dia bayarkan.. mungkin ada kiraan diorang yang kita tak pasti.. malas nak call digi..


Ok lah.. hari ni breakfast roti bakar sardin.. Nyum Nyum... jalan ke iOi jem giler pagi ni... 10km for 55 minit... lama kan... adoiiii.. ada lagi pemandu yang suka potong Q.. sakit hati tul ngan diorang... mencikkkk... harap2 ade camera AES kat trafic light utk mengesan pemandu tak berkhemah tu... kannn.. penat2 kita tunggu turn nak hijau.. sampai 2 - 3 kali.. depa suka hati pancung depan...


SEKIAN... TATA


GIVEAWAY 2 IN 1 (05.10.2012 ~ 04.11.2012)







Jika saya dipilih sebagai pemenang katagori pertama, saya memilih Jus Kurma Plus Kismis Al~Thoyyiba sebagai hadiah kerana saya sangat-sangat suka fungsinya.. di samping dapat menyihat dan mencerdaskan minda, ia juga bagus untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.. insyaALLAH saya ingin mempraktikkan meminum Jus tersebut atas usaha-usaha membentuk kecerdasan otak bayi dan dapat menyihatkan bayi di dalam kandungan lagi.. 




RAKAN-RAKAN semua di  jemput untuk memeriahkan lagi GIVEAWAY yang di anjurkan ini... Sila Klik di SINI untuk penyertaan.. 
Syarat2 pun mudah dan tak banyak.. seperti di bawah ni.. jom la.. 




1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak).

2) Anda haruslah follower kedua-dua blog SIMPLY MOI & E-MAYAONLINESHOP   [Jika belum lagi menjadi follower kedua-dua blog, anda harus berbuat demikian sekarang]


3) Anda kena letak Banner di atas dalam blog anda & linkkan banner tersebut ke blog SIMPLY MOI ini.. Ingat ye! Blog SIMPLY MOI ini bukanlink ke online biz blog (e-mayaonlineshop) tu:) Dalam entry anda tersebut, anda harus mengajak readers dan followers anda untuk menyertai Giveaway ini dengan copy paste saja syarat-syarat di sini:)

4) Selepas itu, dalam entry penyertaan anda tersebut, anda kena lengkapkan penyataan ini:- JIKA SAYA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG KATEGORI PERTAMA, SAYA MEMILIH _____(Sebutkan pilihan nama produk)______ KERANA _____(Sebutkan 1 khasiat produk yang dipilih - satu sahaja ye..penat nak baca kat blog saya pasal khasiat, google jek senang..heheh)___ 


Sebagai contoh :-

Jika saya dipilih sebagai pemenang kategori pertama, saya memilih Jus kurma Plus Kismis kerana adunan kesemua bahan seperti kurma, kismis, badam dan madu adalah nutrisi terhebat untuk meningkatkan pengeluaran susu badan saya. Perfect for my baby:)


5) Jika anda mempunyai akaun FACEBOOK, anda perlu LIKE fanpage E-MAYAONLINESHOP (saya check ye satu persatu sapa LIKE & linkkan ke akaun blogger di sini ...heheh) sapa yang tadek akaun facebook tu, mungkin akan dipertimbangkan untuk dipilih sebagai pemenang tapi tiada jaminan, insya Allah..:)

6) Syarat terakhir : Letakkan link penyertaan anda di ruangan komen di bawah beserta dengan pengesahan Nama Profile di FB