Assalamualaikum..
Selamat hari khamis semua.. sini pepagi dah hujan.. tapi cuma hujan rintik-rintik je.. sejuk je... sampai kul 8.25am tadi, anak dara montel lom bangun tido.. isy isy isy... 2 kali mama gi kejut tak bangun, sekali lak mr mama kejut.. pun tak bangun.. so tak mandikan dia pagi tadi.. terus angkat waktu lena tu ke rumah BS.. sib baik aku tak selalu buat perangai tu.. "tak bagi mandi anak" sebelum ngantor.. seingat dan dalam kiraan aku.. cuma ini kali ke2 dalam 5 bulan fiyya di rumah BS.. aku tak bagi mandi atas keadaan darurat tu.. seboleh2nya aku mmg nak mandikan wangi2, urut2 baby.. main2 baby.. bagi breakfast dedek baby sampai kenyang.. baru gi antor supaya aku sendiri tak ralat bila di tempat keje.. hari ni aku terpaksa bersabar sampai 9 jam untuk balik jumpa fiyya nanti.. :)
Semalam balik keje, terus terkejor amik fiyya kat rumah BS.. skrg ni tak de harapan nak melencong tempat lain (beli lauk atau etc), kena terus gi rumah BS amik fiyya lepas tu baru boleh buat apa yg kita nak buat.. sebabnya? 9 jam aku kat tempat keje.. 9 jam juga fiyya tak minum susu.. alasan? tak nak susu lain melainkan susu badan.. hmmm sampai camtu skali.. bukan aku tak penah ajar.. since fiyya baby aku dah ajar minum botol.. still tak nak gak.. bertukar2 susu formular sampai kali ni yang ke-6 punya susu.. smlm BS bagi tau dia test bagi susu budak yg dia ngasuh sorang tu.. umur budak tu 1 tahun lebih.. bila test kat fiyya terus fiyya minum.. lepas tu siap tak nak lepaskan.. so apa lagi.. aku sebagai mak kena amik tindakan juga.. dari biar fiyya tak minum susu 9 jam... lebih baik aku ikhtiar untuk kebaikan fiyya, aku dan juga BS supaya BS tak naik hantu bila fiyya ngamok sebab tak tahan kan... kita ni fikir yang baik2 lah.. nak keje.. tanggungjawab untuk membantu suami.. mohon moga allah memberi kesabaran dan memberi keberkatannya.. aminnnn
Susu apa yang aku beli kali ke-6? Anmum step 2.. langkah ke-2 untuk anak yang berusia 6 bulan and above, hopefully it's working to fiyya.. siap dengan botol baru lagi.. versi dedek mama.. hahahahaha.. takde modal nak beli botol susu yang sampai rm55 - 75 sebijik tu tengah2 bulan ni.. so bagi test botol susu versi dedek murah dulu.. bentuk + size puting dah hampir2 tapi tak serupa lah.. muahahahaha..
Susu Anmum tu just only 200g, beli untuk test buat permulaan ni.. dah abis susu murah aku kasi fiyya tak nak minum.. ni dah masuk ke level test susu mahal lak.. kat rack susu smlm aku nampak S-26.. boleh tak kawan2 yang pernah guna S-26 ni bagi tau pendapat kat aku.. macam mana test or penerimaan anak?
Kena berusaha sbb BOTOL SUSU (aku lah tu) ni dah tak boleh produce banyak susu dalam 1 hari.. cukup cukup untuk malam iaitu 12jam lah kiranya.. sampai ke subuh dah takde pun..
hmmm..