Assalamualaikum...
Lambat apdet hari ni... biasa masuk ofis awal2 dah apdet story mori...
hari ni separuh hari kat Hospital Serdang je... Subuh2 lagi dah gi Hospital Serdang... bawa Haikal gi appt Kat Peads Clinic.. macam biasa ler kan.. lumrah sejak haikal baby lagi.. sampai skrg hampir2 umur 6 tahun.. still tak abis2 lagi appt ngan Peads Clinic ni.. Haikal ni diagnos asthma.. sejak umur 1 tahun.. sampai skrg dah hampir 6 tahun.. umur sebenar haikal ialah 5 tahun 6 bulan.. (born in March 2007) ...
Boring gak nunggu kat spital lama2 kan.. mcm2 ler terjadi time nunggu turn tu... mama yang paling boring.. sib baik ada abah haikal.. ada kakak haikal skali... Hari ni doktor suruh haikal wat X-Ray.. sbb haikal dah hampir sebulan batuk lagi.. tak baik2... so bila wat X-Ray dapat la doktor tengok lungs haikal.. ok ke tak kan.. mmg ler bahaya kalau budak2 ni kerap wat X-Ray.. beribu2 sel dalam badan akan mati.. tapi memandangkan keadaan memaksa haikal untuk wat X-Ray... mama redha.. sbb untuk kebaikan haikal.. itu saja cara yang terbaik untuk tengok lungs haikal.. doktor bagi tau lungs haikal mmg nampak asma menyerang.. kembang.. plus sedikit tak sihat lah... ok.. tak per.. doktor buat la apa yang perlu.. janji haikal sihat.. nak kata budak asma ni totally sihat.. tak lah.. cuma mama tak nak haikal batuk2 panjang.. atau haikal demam... tu yg mama tak nak.. sbb bila haikal sakit... mama lagi sakit jiwa... kesian kan... budak kecik...
Time ni haikal dok diam2 kat kerusi tunggu turn.. haikal pun baik.. nak dok diam.. mau plak dok setempat.. walaupun kadang2 naik turun kerusi gak ler.. biasa la.. budak aktif kan.. nak suruh dok diam mcm mana.. kita la kena monitorkan..
Abah haikal.. sudi amik cuti semata2 nak temankan skali bawa haikal gi spital.. :) thanks abang.. :)
kalau abah haikal tak pegi.. bertambah boring kan.. lagi pun skrg i kan buyong.. tak boleh nak kawal sorang2... kena ajak gak abah haikal wat tukang drive... eheheheh
Tak sempat bekfes... tapau je wafle dari kantin.. makan la apa yang ada wat alas perut tu kan.. kesian nye abah haikal.. hihihihi
Ni kakak haikal.. Sakinah... lepas bawa haikal gi spital serdang.. kena bawa sakinah gi spital putrajaya plak.. sbb sakinah dapat surat dari sekolah untuk cek tahap kesihatan.. ini kerana kawan yang sama Sakinah.. baru meninggal dunia.. minggu lepas.. diagnos tibi.. Al-fatihah buat arwah.....
So yang berdekatan ngan arwah atau sekelas dengan arwah.. dapat surat dari hospital untuk cek berkenaan tibi ni.. dah kebetulan bawa anak gi spital.. bawa dua2 skali.. senang citer.. alhamdullillah.. lepas cek X-Ray sakinah,, doktor bagi tau lungs sakinah pun ok.. nampak sihat.. tapi doktor ada menjelaskan tentang penyakit Tibi ni.. simptom2 nya.. dan mcm mana berlakunya.. jadi kena la monitor sakinah plak lepas ni.. cuma doktor bagi tau.. benda ni tak berlaku dalam masa singkat.. makan masa lama untuk berlaku juga... wallahualam... kita ni dengar je la.. semoga allah memberi yang terbaik untuk kita.. aminnnn...
Ok lah.. citer2 bab spital je hari ni.. insyaALLAH.. sambung lagi esok2 ye.. :)
bye.. TATA