Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, December 05, 2011

Berkelah ke Hutan Lipur Kanching...

 Assalamualaikum... 
Alkisahnya di hari ahad.. sepatutnya aku and husband nak bawa anak2 berkelah hari sabtu, tapi oleh kerana hari sabtu aku kuar jenjalan ngan asben gi cari banyak barang2 untuk kakak aku kat kampung, so tak jadi lah berkelah hari sabtu.. anak2 semua tinggal kat rumah, sape pun tak nak ikut, aku ngan asben pun planning nak bawa diorang gi berkelah hari ahad, (smlm).. so bangun pepagi, aku masak bekalan, nasi lemak and sandwich utk berkelah kan.. kata picnic, mesti lah bawa bekal, :) ke sini lah kitorang semalam.. Hutan Lipur Kanching kat rawang tu.. :) 


 Penunggu ni, baik punya duduk.. banyak  gak monyet kat sana.. tapi alhamdullillah, tak kacau kita.. :)




 Nak port baik, kena lalu denai, naik atas sket, so gagah ler kan diri dok menapak naik ke atas bukit.. :) 




 Ni lah hasilnya, dapat berposink cantek berlatar belakang air terjun yang sangat tinggi.. cantek tempat ni, tapi takot plak nak biar anak2 mandi kat sini.. kitorang pilih tempat yang cetek je.. :) 




 ni haikal kata dia nak shortcut.. so lalu kot celah2 hutan kecil.. ehehe jaga2 dik, kang ade pacat mama tak tau ye.. mama pun takot pacat gak ni.. eheh




 Bekalan yang di bawa, nasi lemak.. ikan kering.. power punya.. hmmmm 




 Ni la suasana di tempat air terjun yang port kitorang pilih, air tak berapa dalam, anak2 pun leh main senang.. selamat sikit kan.. :) 




Bila dah agak tengah hari sikit, ramai yang ada kat sini dah.. ade gak yang bermalam kat situ tau, buat khemah sendiri.. huhhh.. aku plak cuma pegi pagi, tengah hari kul 1 dah balik.. ehehe.. takot hujan sama.. kang cuaca kat KL tak menentu, ada baik, ada tak baik.. bertindak sblm terlewat.. :) kan.. 

itu lah gambar perkelahan kami sekeluarga semalam.. anak2 bukan main seronok sangat dapat main air.. tambah2 haikal and kimi, jenuh panggil ajak balik.. alhamdullillah, cuaca mengizinkan pula tu semalam.. sekurang2nya ada juga aktiviti cuti sekolah anak2.. kan.. nak bawa yang jauh, mak.abah keje, payah plak nak gi yang jauh, so kita gi yang dekat2 je kan.. :)