Assalamualaikum...
Dah hari tu citer pasal teh halia mr mama kan.. so kali ni tempek plak gambar teh halia mama.. walaupun teh ni packaging lebih canggih yang lebih berunsurkan commercial.. namun khasiatnya sama.. teh halia.. cuma yang mr mama 0 without creamer.. yang ni ber'Creamer.. :) rasanya lebih smooth dan sedap lah of coz.. teh ni mem beli baru baru ni je.. katanya sesekali minum teh halia memang elok untuk buang angin.. so apa lagi.. aku pun amik dan bancuh 1.. siap promote packaging tepi cawan tu lagi.. hmmm ko hado? hahahaha.. lagak lebih je kan.. hokey.. moh...
Yang tetiba aku nak minum teh halia ni bukannya sebab apa.. kat opis lak tu kan.. kang kalau TERRRRbuang angin kuat2 tak pasal2 malu kan.. mana tau sekali angin sepoi2 dalam perut tu nak kuar.. bukan nak boleh tahan2 lagi kan.. erkkk..
Hari tu kali pertama aku makan kacang buncis selepas lahirkan fiyya sejak 9 bulan ni... aku ni memang kurang sket ketahanan untuk makanan yang berangin seperti kekacang.. nangka muda (buat masak lemak tu), ataupun pucuk paku mahupun pucuk ubi kayu.. semua benda2 ni aku takut sangat nak makan walaupun waktu aku tak mengandung dan selepas melahirkan...
Bila aku dah makan... habis sengal2 sendi aku ni.. sometimes tangan aku tak boleh angkat dek kerana rasa sengal.. sampai tak boleh buat apa2 lah kata ko.. pernah dulu aku makan nangka muda masak lemak letak ikan bilis.. ye la.. dah tau tak leh makan.. tapi aku teringin sangat nak makan waktu aku ngidam nak datang period je pun.. so buat lah sepeket nangka muda tu.. few hours lepas makan tu habis lah.. dah sengal sendi sendir tangan mahu pun rasa macam seram2 sejuk nak demam tu.. ok..
Kejadian ini berlaku lagi.. tempoh hari aku masak daging goreng kunyit + kacang buncis untuk bekal tengah hari.. sekali kul 1pm tu aku telan bekal aku.. belum sempat kul 2pm aku dah sengal sendi.. terus la mengeluh2 sakit cam org tua bongkok tu.. angin tangkap sampai ke belakang badan dan terus ke pinggang.. adoiiiiii sakitnya macam nak datang period hari pertama tu.. then teringatkan teh halia yg mem beli tu terus aku ke pantry bancuh secawan.. alhamdullillah lepas minum beransur ansur sihat dan angin semua hilang.. dalam kul 4pm aku dah kembali ke sedia kala.. itu lah khasiat halia kan.. :)
Ini lah cawan aku bancuh 1 pek teh halia suam..
Mem beli cap tu.. sedap rasanya.. memang elok la.. aku rekemenkan untuk sape sape yang nak standby kalau2 angin sepoi2 bahasa tu meracau dalam badan yer.. simpan je dalam laci ofis tu buat stok.. kalau perlu minum baru buat.. aku ni pun bukannya feveret sangat nak minum air halia ataupun nak telan halia.. ok..
tu je hari ni.. kongsi sedikit info ini untuk rakan2.. :)
K.bai..