Assalamualaikum...
Nak shared gambar CUTI HARI MALAYSIA semalam..
Pagi2 Haikal dah masuk bilik.. tanya aku dan mr mama.. "Hari ni mama dan abah tak nak bawa Haikal gi mana2 ke?" alahaiii kesiannya soalan dia kan.. ok... oleh kerna hari cuti.. nak fresh kan minda dan gembirakan anak2.. Mr mama kata.. "mandi pool"... apa lagi.. melompat lah Haikal seronok sangat dia.. terus mandi dan nak get ready utk mandi pool...
Mama pula minta Haikal pergi ke kedai beli Roti Gardenia dan juga minyak masak.. sebab ingatkan nak gi cari barang dapor.. tapi mungkin sebab cari barang dapur ni sesuatu aktiviti yang tak best buat anak2.. so terpaksa la mama tundakan aktiviti mama lepas bawa anak2 ke satu tempat yg mengembirakan mereka..
Tempat di tuju tidak lah jauh... hanya dalam pemanduan selama 15 minit.. kami dah sampai ke Precint 9, mandi pool kat sana je.. Mula dulu pernah aku bawa Fiyya dan yang lain ke Pusat Akuatik Shah Alam.. tapi waktu tu fiyya takut dengan air.. tak berani langsung dia main air.. tapi tidak kali ni.. nampak fiyya lebih gembira dan sampai tak nak balik lah...
Jom layan gambar dulu...
Bekal nasi goreng telor jantan dan roti gulung sandwich utk bekalan mandi manda di situ..
Keseronokan tak dapat di gambar lagi.. anak2 yang sangat happy bermandi manda sampai hampir 3 jam.. balik je mata pakat merah belaka.. and kepala pening.. Haikal dan Hakimi dah demam malam tadi.. alhamdullillah.. pagi ni dah ok.. fiyya lak takde apa2..
Ok lah semua.. nanti kita sambung lagi... :)