Assalamualaikum....
Dah tutup story about Taiping..
Kita bukak buku baru yer... Story nye berkelah di pantai Telok Senangin, Pantai ni terletak di kawasan Pantai Remis (nama tempat di negeri Perak), Telok Senangin ialah pantainya, salah satu pantai yang boleh di jadikan tempat berkelah juga untuk warga2 negara mahupun luar negara.. tempatnya sangat tenang.. banyak chalet dari yang bajet2 sampai yang over bajet.. ye ke? over bajet kiranya mahal sket lah ye..
Pantai Telok Senangin terletak lebih kurang 10km dari kampung aku (rumah mak/abah), sebelum sampai ke Pantai Telok Senangin, ada Pantai Segari, iaitu tempat pembiakan penyu, tapi kitorang tak singgah sana (tempat penyu tu) sebab pantainya agak dalam dan tak sesuai utk anak2 mandi..
And aku yang create this agenda, saja2 cakap je waktu tu, lepas sarapan ni kita gi mandi pantai nak? terus yang lain setuju, kakak, adik x 2 mak/abah dan yang paling meriah kanak2 rebina ramai.. hehehe.. ::) mmg suka lah diorang bila dengar pasal nak mandi laut kan.. so lepas makan pagi (nama je makan pagi, tapi dah makan nasi pun.. biasa lah kampung kan) that time is about 10 o'clock.. semua dah masuk kete ready to gooooo!!!
Jom layan kasi sejuk mata memandang dulu..
Nun jauh di tengah.. terdapat pulau batu ni..
Ni lak nama Pulau Pandan Jauh ke tengah..
Kawasan ni best.. bersih and banyak pokok.. boleh bentang tikar dan merehatkan badan di kawasan redup..
Haikal with cousin (kak cik and adam)
Ini lah yang di katakan KANAK-KANAK REBINA.. suka bukan main diorang..
(Sesi suai kenal pasir ni)
Ni kalau tak salah pasir2 bulat ni di buat oleh ketam.. bila air pasang, ketam2 masuk dlm lubang pasir.. tak caye cer korek lubang tu, sure ada ketam punya.. sbb one of the budak dekat situ korek, mmg ada ketam tau..
Ha.. kita kasi zoom lubang ketam ni.. nampak je kecik.. tapi buleh tahan gak.. ketam besar2 tapak tangan budak tu..
Mia, anak adik aku.. :) baru 4 yrs old.. suruh senyum.. camni dia senyum depan camera.. :)
Yang lain tengah teruja tengok abang 2 org tu naik motor cross kan.. kinah and kak cik maintain posink.. :)
and what u guys actually have to know.. sakinah ni takot air laut sejak kecil lagi.. even time tak reti bahasa dulu (1 yrs sampai skrg tau... ) kalau umur setahun lebih dulu dengar ombak tu pun dia nangis, abis di panjat2nye aku.. lagi2 nak sentuh dan dekat dgn air laut.. tak nak dia.. so jangan harap ler dia nak mandi.. selalu bawa gi main laut pun dia tak main.. kalau skrg ni takde la di panjat2 nye aku.. kalau tidak abis patah riuk aku di kerjakan kinah... hehehehe bertuah sungguh ler..