Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, January 16, 2014

Pon pon pon... sape nak beli susu?

Assalamualaikum...

Kesah ni berlaku pada hari ahad lepas.. ofismate aku call bagi tau ada baby fair kat PWTC.. tapi aku mulanya tak nak hairan sangat.. sebab aku suka gi baby fair yang dekat2 je.. PWTC tu bagi aku cam jauh je.. nak gi sana pun kena merentas bandar Kuala Lumpur tu.. jadi untuk aku yang kureng mahir jalan kat KL tu, so tak nak la aku beriyap-iya nak pasang hajat macam2 kan.. sbb belum tau boleh pergi PWTC ke tidok... pepagi ahad tu fiyya dah bangun seawal 7am kalau lebih sikit je.. macam biasa rutin fiyya bangun pagi exercise dulu (turun naik katil... tengok tingkap bagai) ok.. dah kuar semua isi dalam perut, baru lah time nak mandi kan fiyya kan.. 

so orang pertama mandi pagi semestilah fiyya.. sambil2 aku dok massage fiyya.. sambil2 dok tanya mr mama... *nak tak kita gi PWTC? tanya aku, *uishhh.. PWTC nak wat per? kata mr mama.. * hehehehe.. jawab aku chun (ofismate) kata ada baby fair.. kita gi tengok2 ada apa yg best.. tak penah lagi aku sampai PWTC tu.. selalu dok lalu je pun.. jawab aku.. * haa.. dah tu mandi2 lah.. jom .. terus cakap mr mama.. hahahahah berbunga2 aku time mr mama kat OK tu.. aku tanya haikal dia nak follow ke tidak.. haikal jawab taknak.. so bila haikal tak nak follow.. jawabnya sakinah and kimi pun tak leh la follow.. ber3 lah weOls gi PWTC pagi tu.. awal sangat.. kitorang sempat bekfes roti canai kat restoran barakah di Jln Ipoh.. alhamdullillah.. seawal pagi tak jem pun jalan.. best.. 

Sampai Baby Fair tu belum lagi bermula.. jadi weOls tunggu kat luar je.. bila dah time.. masuk ler weOls ke dalam dewan pameran tu.. perghhhh.. orang jangan kata lah.. berduyun2 lah... and kitorang tuju ke susu.. sbb nak tengok ada apa yang murah2 kan.. baju2 ni baru je aku beli kat fiyya baru2 ni.. so taknak tengok baju2 dah.. 

Kitorang beli susu mamil 3 ni.. untuk safiyya.. haikal pula mamil 4.. susu haikal tu tak beli.. free gift untuk 80 org terpilih secara rawak... claim free gift kat kaunter tengok2 isi dalam tu ada susu mamil stage 4.. sesuai untuk haikal lah.. seronok haikal dapat susu sekotak tu.. fiyya lak weOls beli 1 cartoon terus.. jadi tak payah la nak mencari susunya dah lepas ni.. kan.. susu fiyya ni untuk age 1-3 years.. 


Susu fiyya and haikal.. :) 








Ni dah balik umah.. tengok fiyya sebok nak tengok kotak yang berisi susu dia... suker ler tu kan.. hihihihi..



Suka sampai duduk atas kotak.. lepas tu tak leh turun nangis... hmm sabor jer ler...



Time ni lah fiyya nak turun.. tapi kaki cam tak jejak lantai.. takot lah tu.. nangis ler lepas tu. tengok rupa fiyya.. nampak dia dah nerves lah tu kan.. hihi..

OK.. susu fiyya ni masih ada 11 kotak.. kot2 ada dok mencari susu ni.. aku leh tolak kan korang yg nak dengan harga yang berpatutan dan sangat berbaloi.. tapi kos penghantaran sila tanggung sendiri yer..  (harga runcit susu ni sekotak 900g tu ialah RM72.90) harga aku ? must be more less than that... :)