Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Saturday, September 21, 2013

Spageti sosej je.. :)

Assalamualaikum..

Apdet di hari sabtu.. bukan senang aku nak apdet story hari sabtu kan..
Pagi ni kul 7 lebih sikit je Puteri Tembam dah bangun.. lepas tu macam biasa ler dia.. memerut and terus mandi pagi.. setiap hari aku mandikan dia around that time.. sejak baby lah.. so dah menjadi rutin harian puteri tembam untuk bangun awal, memerut dan mandi sekali gus sarapan biskut rendam dan juga susu suam.. lepas dah complete set dia dapat.. main kejap.. gomol2.. menjerit ngan abang dan kakak.. lepas tu now puteri tembam dah tido.. almost 10.30am hari ni dia tertumbang semula.. al-masih nyenyak tu sebelah aku.. apdet  ni pun senyap2 tak nak abang atau kakak datang bilik kaco.. nanti kejap je dia tido kan.. 

Tiada perancangan untuk keluar ke mana2 hari ni ... so dok rumah je lah.. pepagi tadi dah sarapan.. aku cuma masak sambal sardin tin.. sbb nak makan dengan roti bakar.. mr mama pulak panaskan sikit lagi kuah spageti yang masih tinggal baki semalam punya untuk di habiskan pagi ni.. dan ada sedikit kacang panggang yang dah di masak tumis bersama bawang dan beberapa batang sosej untuk di telan.. kiranya cukup energy serta kabohidrat untuk badan sampai kul 5pm nanti.. dan juga tiada peracangan untuk masak lunch hari ni.. so anak2.. sapa yang dah rasa lapar tu sila makan nasi bersama sambal sardin je.. :) okeh.. hari ni hari kemalasan dan hari terbongkang mama.. muahahahahaha




Spageti yang aku masak awal pagi semalam.. untuk bekal sakinah (2 pek) (1 kawannya + 1 dia nye), 1 pek untuk mr mama makan pagi and 1 pek (dlm gambar) mama punya.. snap tu pun di tempat keje.. dalam bekas depan pc mama.. :) bertemankan air kopi O panas.. (gambar air kopi tak enterprem.. sbb tak nak cari publisiti) hehehe..



Spageti sosej yang sangat mudah aku sediakan.. bersama hirisan fresh shitakei mushroom.. sedap.. alhamdullillah.. kenyang sampai tengah hari.. :) 

Ok.. nak citer apa lagi? 
jap gi lepas apdet blog.. nak kuar gi sidai baju di ampaian di balkoni rumah.. sebab skrg ni aku dah dengar mesin basuh tu memanggil2 kain dah habis di cuci.. so lenkali chat lagi.. :) 

:) k bai..