Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, March 06, 2014

Rendang Kerang Vs Rendang Ayam

Assalamualaikum...

Hari merendang tiba lagi... susah payah tau nak merendang ni.. bukan senang.. banyak bahan dan juga masa perlu di peruntukan untuk merendang.. lagi2 kalau nak merendang kerang.. nak rebus.. nak kopek kulit kerang dan nak masakkan pula kan.. silap2 isi kerang yang di kopek habis di makan sesambil tu kan.. hahaha habis tu nak wat guano.. kekekeke.. 

Aku cuma beli kerang 2kg.. sebab tak daya nak masak sampai 5kg.. opss tak daya nak kopek asalnya.. kalau 5kg makan masa bape jam aku nak kopek kan.. atas bantuan mr mama, berdua lah kitorang mengopek kerang.. and kerang-kerang yang berjaya di selamatkan dari di makan sebelum jadinya rendang.. kalau nampak kat kinah and haikal.. dia tuang sos dalam piring.. lepas tu ngadap depan penapis yg berisi kerang tu la jawabnya.. tu pun aku dah dengar.. mr mama bisikkan kat safiyya.. this saturday nak beli kerang banyak-banyak.. katanya nak cicah sos.. hehehehe.. tak tahan dolat ler tu.. safiyya pun pandai makan rendang kerang tau.. :)


Antara bahan2 yang di gunakan.. :)



Cili besar (gantian untuk cili kering sbb tak nak pedas langsung, almaklumlah.. safiyya sekarang suka makan apa yang kitorang makan.. kesian kat dia kalau pedas.. dah la perut baby kan.. muda lagi pun), bawang besar, lengkuas, serai, bawang putih, kunyit idup takde stok.. so aku pakai kunyit serbuk.. 



Semua bahan-bahan aku poton kecil dan blend je.. and kalau nak tahu ini lah kali terakhir aku guna blender aku.. dah nazak.. and last habis blender ni enjinnya dah nampak berapi.. so taknak guna dah.. sebab takut nanti trip habis barang2 lain pula yg rosak kan.. better aku ganti baru.. sebab blender tu pun dah uzur and lama sangat aku guna pun.. 


Bahan-bahan yang tadi selepas di kisar.. 



And selepas tu jadilah rendang kerang.. memang tak pedas.. berkuah sebabnya anak-anak aku sangat suka makan nasi dan berkuah.. sebab tu lah semua yang aku buat kena banyak kuahnya.. 


Zoom in sket.. ehem.. ade yang terliur tak?



Aku buat rendang ayam juga.. untuk sampingan je.. sbb kerang tu namanya je 2kg.. tapi belum tentu cukupkan.. sebab 2kg kerang skali kulit.. kalau dah kopek kurang 1/2 kg isi nya.. hmmm banyak mana la sangat kan.. then sebagai perisai.. mama malas masuk dapur banyak kali alasan sebetulnya.. wahahahahaha



Zoom in kasi tengok.. hmmm isi ayam yang tergolek-golek dalam mangkok.. berkuah tetap juga.. sebab nak panaskan banyak kali nanti.. so sampai kering la jawabnya.. 



Nah.. amik lagi.. tengok selagi ada gambar.. kan.. :)


Ok lah.. tengah mengapdet cerita pagi ni.. ba wau sin pun masuk.. so half way tadi karang.. and ini sambung sikit lagi.. lepas ni lewat sikit aku akan blog walking rumah kawan-kawan ya.. sebab dah nak start keje..