Assalamualaikum..
Selamat berada di tahun baru 2012 untuk semua.. :)
Ok lah, aktiviti kat umah hari ni tak banyak, selain merehatkan minda, merehatkan badan, membesarkan lagi badan ada la.. :)
Petang tadi kuar gi shah alam.. nampak gayanya tak de planning, tapi saja la menonong ke seksyen 2 shah alam, menuju ke food court kat blkg KFC drive true kat situ, kata kawan aku kat situ ada mee goreng sotong power yang sedap.. mmmmm bila dah nampak gambar mee goreng tu lagi la berkobar2 nak try.. rupanya kedai tu terletak betul2 di sebalah drive true KFC seksyen 2... tak payah la nak masuk sampai dalam2 food court tu nak cari, kalau ada sesapa yg teringin, just go and try, sure korang suka.. sape yg suka pedas2 ni.. mmg kena ngan tekak lah.. :) sebelah gerai ni, ada gerai ABC, tadi aku pekena Peanut ABC.. sedap hihi.. ok lah.. ini saja taklimat untuk hari ni... semoga ketemu lagi di hari dan waktu yang lain.. :)