Assalamualaikum....
Kerisi masak cuka.. ni la kegemaran aku sejak2 azali.. cewahhh.. sebenarnya ni masakan paling simple, tapi marvelous.. senang di sediakan... kalau malas2 kat umah tu, goreng2 ikan, lepas tu wat kuah masak cuka ni.. mmg meletop makan ngan nasi panas2 and pecah cili api tu.. tapi aku on diet.. kan.. tak leh makan nasi.. aku makan lauk je.. lepas tu amik ayam tu sejat kuah dia.. tu pun makan ketul yg kecil je.. drumstick potong 2.. ok lah tu kan..
>2 ekor ikan kerisi siap di goreng
> Bawang besar 1 biji di potong bulat
> 5 tangkai cili api di potong 2
> 3 Sudu besar cuka
> 1 cawan air
> cube ikan bilis
>>>>Tumis bawang besar sikit drpd sebiji tadi
>>>>Masukkan cili api
>>>>Masukkan cuka
>>>>dah menidih tu masukkan air
>>>>pecahkan cube ikan bilis
>>>>biar menidih dan tuangkan kuah ni atas ikan yg dah
di goreng garing.. siap!
Menu simple dan mudah.. :D
Kari ayam ni asben yang request.. asben tengah tak sihat badan.. dah 2 hari keje asyik balik je.. masuk keje kul 10 dah ade kat umah.. sbb tak sihat kan dia ngidam la plak.. dia nak makan kari ayam, malam2 request nak kari ayam so kena la guna susu sejat.. buat pun simple sangat.. kerisik ke apa ke tak de, jadi sangat2 lah terhad barang2nye.. buat la, dia dah terasa nak makan kan..
> 5 ketul ayam (siap bersih)
> Sebatang kulit kayu manis
> 2 sudu serbuk kari ayam
> 2 Sudu serbuk cili
> Bawang untuk menumis
> Sedikit susu sejat (dlm 1/2 cawan)
> Air (1 cawan)
> Garam dan cube ayam
>>>>Tumis bawang hingga wangi dan masuk kulit kayu manis...
>>>>Masukkan serbuk cili kemudian di ikuti dengan serbuk kari
>>>>biar dalam keadaan api yg perlahan
>>>>masukkan sedikit air dari 1 cawan tadi
>>>>Biar naik minyak and masukkan ayam
>>>>Tutup tudung periuk utk ayam cepat empuk
>>>> kacau sebati dan boleh masukkan air
>>>>bila ayam betul2 empuk masukkan susu sejat,
garam, dan cube ayam.. biar menidih... siap!
Sila la mencuba.. kari ayam simple...