Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, July 24, 2019

Resepi Serunding Halia.

Assalamualaikum...
Selamat hari rabu uOlss.. 
ok... semalam mama ada cakap pasal serunding halia yg mama teringin sangat nak makan tu... so.. hari ni mama nak sharekan resepinya.. cara2 yg sangat mudah dan sedap.. 

Tak perlu nak celoteh banyak sangat entry kali ni.. so terus ke resepinya di bawah ini ye.. 
 
 
↓↓↓↓↓



Resepinya:-

Halia (mama pakai dalam 500g)
Bawang putih (mama pakai 7-8 labu besar)
Ikan bilis belah ( 1 genggam)
Sedikit Garam Gunung


Cara2nya:-

Halia - Kupas dan potong sebesar ibu jari (utk di blendkan) 
mama pakai grinder kering. so tak perlu tambah air utk blendkan halia. 
lepas dah blendkan, tapis airnya ringan2 je.. sbb kita taknak terlalu basah bila di goreng. 
Gorengkan dlm minyak panas, mcm nak goreng kan.. kiranya minyak banyak lah.. goreng dan sentiasa kacau supaya masak rata, warna sekata dan tak hangit.. angkat, tapis, ketepikan dalam bekas.
        

Bawang putih - Kupas kulit dan slicekan nipis2..  mama guna pengupas kulit timun untuk slicekan bawang putih supaya nipis.. kerja men slicekan  bawang putih ni bagi mama agak rumit, sbb ketajaman bawang putih tu akan menyebabkan jari2 kita sakit. lepas slicekan bawang putih yg banyak, jari akan jadi mcm terhakis nipis, sakit lebih dari pijar kena cili. so kalau nak buat kuantiti banyak tu sila lah pakai sarung tangan yer..  Goreng bawang putih ke dalam minyak goreng halia tadi, selalu di depan kuali untuk jaga bawang putih supaya tidak hangus dan jaga warnanya supaya sekata bila dah garing boleh angkat tapiskan dan satukan ke dlm bekas halia tadi.


Ikan Bilis Belah - Ikan bilis ni senang je.. samaada beli yg dah siap belah atau ada yg isi perutnya.. balik rumah baru di belahkan dan buang isi perutnya.. ikan bilis seeloknya pilih yg ringan dan cantik sikit supaya senang nak goreng garing dan lebih sedap di makan.. Goreng hingga garing dan satukan dalam bekas halia dan bawang putih tadi.


Setelah ketiga-tiga bahan dah siap goreng, boleh lah di campurkan sedikit garam gunung. mama hanya gunakan sedikit garam gunung supaya boleh perasakan je serunding mama tadi.. kacau rata semua bahan, dan siap.. simpan dalam bekas kedap udara dan boleh di makan bila2 masa.. :) ok.. 

 


Mama suka makan bersama nasi putih panas2 dan boleh makan mcm tu je.. sedap.. :) 

Selamat mencuba ye.. :)