Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, October 10, 2013

Fiyya demanding...

Assalamualaikum.... 

Pagi ni macam biasa, sebelum masuk keje time fiyya masih tidur nyenyak, aku gigih apdet blog.. sebabnya kat opis takde chance nak apdet kat hp.. dah lama sangat tak apdet kan.. rindu ngan bloggers rapat semua.. :) hari ni berbaki gambar2 bersama keluarga di hari Konvokesyen adik bongsu kat Putrajaya.. :)

Selepas habis je konvo, siap bergambar bagai.. kitorang terus nak makan.. isi perut kosong tu dulu.. aku singgah kat Percint 9 , Putrajaya.. bawa mak.abah dan yang lain gi makan dulu.. sebabnya selepas tu mak.abah dan adik nak terus balik ke Taiping.. tak bermalam dah di KL... tak jumpa lagi la lepas ni.. entah bila.. yang pasti Raya AidilAdha nanti pun aku tak balik ke kampung.. beraya bersama anak beranak dan Mr Mama je kat KL ni.. :) schedule belum pasti macam mana.. 

Lepas dan habis makan kitorang bertolak balik ke Puchong dulu.. sebab kak ngah naik kete aku skali ke Putrajaya.. dia parking ketenye kat rumah aku.. so balik amik kete dia and mak.abah pun nak bertolak balik terus ke Taiping melalui jalan biasa.. (bukan highway).. Kuala Selangor - Sabak Bernam - Telok Intan - Pantai Remis.. :) jalan ni aku panggil jalan kampung.. sebabnya suasana yang mendamaikan berada di sepanjang perjalanan tu suasana kampung belaka.. :) tu yang best.. kalau Hakimi, mmg dia suka perjalanan balik ke kampung ikut jalan ni.. sama dengan mr mama.. sebabnya mendamaikan.. kan.. :) 

Ok lah.. jom tengok gambar yang aku amik kat food court Percint 9 tu.. :) 


Safiyya.. masih bersabar bila aku tinggalkan dia di kerusi ni.. :) walaupun sedikit gusar dalam hati sebab aku masih tak duduk2 kat sebelah dia.. sebenarnya fiyya sangat lah tidak mahu dekat orang lain.. melainkan aku, mr mama. abang2nya dan kakak sakinah dan hanya BS je.. lain2 semua fiyya tolak.. nangis terus tu.. tapi bila nampak fiyya dengan wan, sib baik boleh la layan sikit.. tak lah terus teriak kuat2 tu... tapi ada masa je.. kalau tak kena time tu melalak gak di buatnya.. 


Paling muka ke lain.. sebab wan dok panggil fiyya... :) 



Time ni wan nak sembang2 ngan Fiyya.. langsung nangis kuat.. hahahaha


Tengok muka fiyya.. kan kan.. nangis sudah.. 


Mama nak ubatkan fiyya tu.. mama kasi fiyya timun.. jadi lah fiyya.. timun pun boleh la kan.. :) 


Sedang menjamu selera.. :) memasing dengan makanan yang di pesan.. :) puas hati sebab dapat menjamu selera mak.abah dan yang lain sebelum berpisah.. :) 


Abah dah siap makan time ni.. tengah bersembang.. tu mangkuk depan abah tu aku nye mee rebus.. :) boleh tahan sedap mee rebus tu kat sini.. lenkali leh order lagi.. mak.abah pun rasa.. katanya kuahnya sedap.. cuma yang kurang cucur dalam mee rebus tu.. :) tak per lah.. yang penting sedap kan.. :) 

Ok lah.. gambar tuan tanah kedaung tak sempat amik.. sape nak amik? 

k bai...