Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, June 28, 2013

Ketam masak cili bertelur...



Assalamualaikum...

Hari ni aku nak apdet.. apa jadi dengan ketam tu... hahaha..

Dah banyak kali tengok rancangan masak-masak kat tv... diorang tunjuk wat masak ketam bercili, lepas tu pecah telor kacau bagi sebati dengan ketam.. dan bersalut.. perghhhh.. punya la terliur... 

Kalau kat umah tu, nak beli ketam.. selalu nye mr mama cakap tak payah.. sebab musababnya?

Mr mama tak suka makan ketam..

Anak2 susah nak makan ketam sbb kulit keras nak kopek2..

Menyusahkan dia when anak mintak bantuan tolong kopekkan ketam amik isinya utk diorang.. hahaha..

:P so.. sangattt lah jarang weOls makan ketam kat rumah.. kalau aku nak atau teringin pun, when balik kampung.. aku suka makan ketam, mak/abah/adik/kakak.. semua suka makan ketam.. kat kampung weOls gi beli ketam kat orang yang mmg keje cari ketam.. murah je.. ketam nipah tu rm10 je sekilo.. murah kan kan kan!! beli 20 ekor.. masak ler apa yg suka.. lepas tu sampai kembang jari-jari2 dok ngopek isi ketam.. hahaha..

Nak jimat masa, aku buat masak sambal ketam bertelur ni.. senang je.. macam buat sambal tumis biasa.. cuma when ketam dah masak, akhir skali pecahkan telur dlm kuah tu.. kacau biar telur tu masak dan rata.. gaul skali semua biar ianya bersalut dengan ketam..

Lagi pun senang sket bila nak makan nasi... makan kuah ketam bertelur tu pun dah puas.. dah habis makan nasi, baru kopek isi ketam tu makan.. hmmm kan..



Ketam masak cili bertelur.. 



Sambal yang berkrim di sukai ramai.. lemak2 telo yang meresap masuk ke isi ketam.. sedappp sangattt!




Ketam Masak Cili Bertelur.

5 Ekor ketam (di cuci dan di belah 2)
1 Ulas bawang besar (cincang halus)
3 Ulas bawang putih ( cincang halus)
5 sudu besar Cili giling
1/2 cawan air asam
Garam dan gula untuk perasa
1 biji telur ayam (di pukul)

Cara2nya:-

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bila dah layu bawang besar tu, masukkan bawang putih, kacau rata..

Masukkan cili giling, api biar sederhana... bila dah pecah minyak, masuk air asam dan ketam.. tunggu sampai  ketam masak, tutup dengan penutup kuali supaya ketam cepat masak..

Bila dah menidih masukkan garam, gula, gaul rata... agak2 rasa secukupnya, dan ketam pun masak, pecah telur dalam kuah sambal, kacau rata telur dan gaul ke semua bahagian ketam biar bersalut..

Siap untuk di hidang.. tutup api dan boleh di hidang.. :) 






41 comments:

  1. saya tak makan ketam tapi mr hubby dan anak2 suka so saya tukang masak je la..ketam cili ni favourite diorang ni..saya pun terliur tengok ni huhu

    ReplyDelete
  2. Wahhh
    Pandainya akak!
    Sedapnya!!!

    ReplyDelete
  3. sy x mkn ketam...klau blik kg...mak sorang dgn ada sorang lgi adik je yg mkn ketam...arwah abah pun x mkn ketam....tp dia blikn la gak utk orng yg mknnya...hubby plak makan...tp suka mkn gitu je...x nak dgn nasi...mengganggu katanya....

    ReplyDelete
  4. sodappnya ketam Kak.. kami jarang makan ketam (kekadang pandi alergik)..hehe..

    ReplyDelete
  5. dah lama betul tak mkn ketam ni kak. kat umah ni mmg tak pernah beli n masak ketam pun. so... anak2 mmg tak reti makan.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..jarang sangat masak ketam ni

    ReplyDelete
  7. Sy jrg mkn ketam psl allergic..tp ansk dara tu suka sgt ketam...

    Nmpk best laa ketam yg akak msk ni..:)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya lah haiiiiiiiiiiiiiiii...Terliur saya!
    Nak gi beli ketam la esok....nak minta wife saya buatkan...try resepi awak ni..;)

    ReplyDelete
  9. Sedapnya..ada masa blh cuba dgn telur masin..cara sama cm kt atas..cuma telur gantikan dgn kuning telur masin yg dah diblend or tumbuk..sedappp

    ReplyDelete
  10. Sama pulak.. kita masak ketam..hehhe.. sedapnyer nampak!!!! meleleh air liur dah ni.. :P

    ReplyDelete
  11. arrghhhhh kenapa letak gambar ni !

    ReplyDelete
  12. ada resepi ni.amik kat paper.
    tp tak pernah buat pon kak :)

    nmpak mcm menarik.harus dicuba juga nnti
    in shaa ALLAh :)

    ReplyDelete
  13. Simple je ye resipinya. Nnt nk cuba ;) tq

    ReplyDelete
  14. amboi ketam kak nani menggoda semangat ku..sedap kan masak gini..zila walaupun lepas makan mulut gaya anjelina jolie mesti nak jamah sikit..rugi wooo x makan

    ReplyDelete
  15. owh gambarnya tu mengancam...nnti beli ketam, singgah sini amek resepi...hehehe

    ReplyDelete
  16. resepi ketam yg ni mmg kegemaran.. sedapp dimakan.. isi ketam pun jadi lemak... baru ni masak kat rumah mertua.. dia pun suka...

    ReplyDelete
  17. resepi ketam yg ni mmg kegemaran.. sedapp dimakan.. isi ketam pun jadi lemak... baru ni masak kat rumah mertua.. dia pun suka...

    ReplyDelete
  18. Bestnyela tengok ketam goreng bercili ni. Selalu makan kat kedai ja. Xpernah masak lagi. Hihi..

    ReplyDelete
  19. Sedapnya.. Faveret saya guna telur masin.. Terliur tengok gambar.. Hehe..

    ReplyDelete
  20. wahhhh bestnya.. sy jarang buat yg bercili mcm ni, selalu buat ketam masak lemak cili api je. blh la buat ikut resipi sis arini..nyum3..

    ReplyDelete
  21. Biasanya sy buat ketam goreng tepung je. Kali ni nak cuba resepi ini. Tq

    ReplyDelete
  22. Memang nak masak ketam sambal rini..
    Nyum nyum nye....

    jemput lawat juga
    www.haniqhanisalihah.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. nk cuba utk mlm ni...tq fr sharing

    ReplyDelete
  24. Saya baru nak cuba buat hari ni..sebelum ni wat masak lemak je,.

    ReplyDelete
  25. webgirls In terms of preventing candidiasis, patients usually have their job remove for these people. This is because candida albicans can easily come to be constant and ongoing. With that in mind, in this article, we will existing a wide range of the best confirmed candida remedy and elimination suggestions close to.

    ReplyDelete
  26. https://gamebegin.xyz You may process by yourself. A pitching device lets you establish the speed of the soccer ball. By reloading numerous baseballs in the machine, you can exercise reaching without the need for a pitcher. This electrical equipment is perfect for those who want to process baseball by yourself. Pitching equipment can be found on your neighborhood wearing goods store.

    ReplyDelete
  27. https://gameboot.xyz You can see them on publications as well as on Television set, individuals who appear like their hands and thighs will explode as his or her muscle groups are so big! There is no need to have for you to take the body for that level if you don't want to, as being the easy tactics on this page will assist you to construct muscles inside a healthy way.

    ReplyDelete
  28. https://gamezoom.xyz Getting a exercise routine lover can considerably improve your muscles-developing outcomes. Your lover can be quite a important method to obtain motivation for sticking to your workout session, and pushing you to definitely optimize your attempts when you workout. Developing a reputable spouse to sort out with can also help keep you safe simply because you will always use a spotter.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)