Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, March 22, 2013

Doakan Safiyya ye..


Assalamualaikum...

Macam yg aku cakap... hari ni aku citer pasal kes Safiyya semalam ye... 

Nama: Siti Halimatun Safiyya Bt Jassni
D.O.B: 02/01/2013
Berat Lahir: 2.2kg
Berat Sekarang: 4.48kg
Ukur lilit kepala: 37cm
Tinggi: 52cm

Waktu Safiyya lahir sampai umur Safiyya sebulan, joundis masih belum hilang, dari Klinik Kesihatan Puchong doktor situ refer Safiyya ke Hospital Serdang.. masalahnya takot apa2 organ dalaman fiyya kena effect pasal joundis yang agak lama tak hilang tu... samaada bersangkut atau tidak dengan otak, mata, telinga atau hati.. agak bahaya kes ni.. kalau sekiranya ianya tinggi besar kemungkinan ada terkena mana2 bahagian tu.. masyaALLAH... baru sebulan umur fiyya dah macam2... 

Semalam 21/3/2013 hari keluar result Safiyya... agak lama result dia nak kuar. Sebulan gak.. sebab appt dah make it 6 weeks.. jadi jatuh pada tarikh semalam.. pegi je Hospital Serdang mula2 Safiyya kena amik darah.. untuk FBC, atau lebih terperinci, Full Blood Check and result keluar after 1 hour.. walaupun pegi sblm appoitment kul 8am, tunggu nak amik FBC pun lama, tunggu nak result lagi.. lepas tu tunggu doktor panggil lagi... sampai kul 10.40am baru no giliran fiyya sampai... 

Dalam bilik, pertama skali aku tanya pasal result joundis fiyya... doktor senyum.. katanya mak ni betul2 nerves ye.. of coz la.. mmg nerves.. baby kecik2 ni mintak simpang la.. tak nak sebarang penyakit... and doktor bagi tau... result nya alhamdullillah.. NORMAL... jadi tak perlu di risaukan.. semua ok.. dari segi fizikal semua doktor cek.. kata OK.. dalaman pun OK.. alhamdullillah.. syukur..

Doktor : makk, ada tak sapa2 dalam keluarga ada masalah darah? 

Aku:  Kenapa doktor? 

Doktor: Sebabnya... sepatutnya baby lah, hemoglobin (HGB) dalam darahnya tu paling koman pun 13. tapi anak puan HB tu makin lama makin kurang.. dari 11 >> 9.5 >> 8 (smlm).. 

Aku : kenapa macam tu doktor..?

Doktor : Itu lah... bahaya juga sekiranya darahnya makin menurun... tahap bahaya dan perlu transfer darah. sekiranya darah fiyya turun ke 7. 

Aku:  ( Terkedu.. )

Doktor: Ok.. kita ambil sample (berak) anak puan, untuk di hantar ke HKL, sekiranya ada terkandung darah dalam berak tersebut.. ianya kena amik tindakan susulan seterusnya.. (sample berak tu belum amik sbb smlm setengah hari kat hospital fiyya tak membuang pun..) jadi aku hantar next week lah.. masa appoitment haikal pasal asthma dia... 


Appoitment untuk safiyya another 6 weeks, mudah2an result nanti tak de apa2 yang bahaya.. kesian anak sekecil ini kena transfer darah ke badan.. dari perkembangan safiyya doktor kata ada negative dan ada positive.. bab pembesaran safiyya meningkat, itu dah bagus, tapi keadaan fiyya pucat.. itu yg tak bagus.. semoga safiyya terlindung dari segala bahaya... 


Doakan safiyya ye kawan2.. 

Ini gambar yang aku amik kat spital semalam... 







Abang Haikal tengah makan nugget.. teman mama bawa safiyya.. dalam kete abang haikal pujuk2 adik sbb adik safiyya nangis.. good boy abang haikal.. pandai pujuk sampai adik tido.. 




Abang Haikal pelok adik sebelum adik kena cucuk amik darah.. sayang sangat abang haikal dekat adik, bila adik meraung  nangis dari dlm bilik.. abang haikal kata kesian baby.. dengan muka yang sedey.. 
:(




Dah lepas kena cucuk.. kesian kan.. tangan yg montok tu kena cucuk amik darah... :(






Mesti time ni fiyya tengah berfikir.. nape lama sangat kat hospital ni kan.. 



Abang haikal suruh mama amik gambar dia dengan safiyya lagi.. 



Sayang adik fiyya banyak banyak... sampai tertido fiyya tunggu kat hospital... dari kul 7.30am sampai kul 1.30pm.. baru habis.. lama sangat...