Assalamualaikum.
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi dan masih masuk rumah aku ni walaupun agak berminggu gak aku tak kemas.. pertama skali aku nak kaborkan... yang sememangnya agak susah aku nak berblog sekarang ni.. dek kerana kat opis dah kena block.. tak boleh masuk block atau pun ke pesbuk... dan setiap kali aku meninggalkan komen atau melawat kawan2 yang hanya mampu melalui handphone aku yang kurang canggih itu.. terhad jugak lah panjang kaki aku nak merayap ke satu blog ke blog yang lain.. dan juga sekarang ni dah boleh labelkan aku sebagai pekerja yang sangat berdisiplin.. kalau ada anugerah pekerja cemerlang kat ofis aku tu.. sah sah aku yang dapat.. sebab aku sorang je kerani cabok kat situ kan.. hahahahaha.. okey lah.. nama WW kan.. wordless wednesday.. so ni pun dah bebel banyak..
Nak di citer kan ni.. 7hb October (isnin) berlangsungnya Majlis Konvokesyen adik bongsu aku.. Muhammad Farez Wahidi.. penerima dip dalam jurusan pertanian .. alhamdullillah.. mak.abah datang dari kampung untuk menghadiri majlis tersebut yang berlansung di PICC iaitu Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya of coz.. :)
Moh kita tengok gambar.. jom..
Hadiah comel ini lah yang hanya mampu aku berikan pada adik bongsu aku ni.. sebagai tanda sokongan dan keceriaan nya di hari tersebut.. sama bulat cam dia kan.. :P
Mak, Abah, Farez, Sakinah, Hakimi dan Haikal yang turut hadir.. :) dan juga memberi sokongan pada paksu.. :)
Aku.. kanan.. fiyya dan kiri tu kakngah aku.. yang turut hadir.. :) hanya kami berdua adik beradik dok KL ni.. so kitorang lah yang wajib turun padang skali kan.. :)
Mak & Farez.. :) nampak dari air muka mak.. kegembiraan yang tidak dapat di gambarkan lagi..
Abah & Farez... abah juga yang turut mengalir air mata kegembiraan tatkala adik naik di pentas..
Mak & Abah.. :)
Kimi & Haikal... adik beradik yang macam kucing dan tikus ni, hmmm..
Akhir skali... mak.abah dan farez.. :)
Okey.. insyaALLAH.. aku akan semula aktif berblog lepas ni.. tapi hanya kat rumah je aku mampu apdet.. kalau kat opis nak merayap pakai phone je lah.. :)
k. bai..