Assalamualaikum...
Dah citer bab makan smlm.. so hari ni nak apdet pasal pokok buah belimbing buluh pulak... Hari sabtu lepas gi umah kakak kat Puncak Alam tu, kat sana memang buah belimbing ni menjadi2.. selalu je ada.. berbuah lebat.. pokoknye tak besar mana pun.. tapi buah boleh tahan lebat.. kalau dah tak tau nak masak apa tu boleh buat sambal belimbing, masak dengan ikan bilis.. sampai kering tu.. jadi ala2 serunding tu.. sedap bila makan ngan roti.. tapi untuk aku yang tak selalu dapat buah belimbing ni, so kitorang suka letak dalam masakan berkuah.. kari pun letak gak.. hari tu masak kicap mr mama pun dia letak gak buah belimbing buluh ni.. sedap.. masam2 tu..
sebakul dapat... hasil tuaian kakak dan hakimi petang sabtu.. boleh la tapau bawa balik puchong sikit.. kan.. :)
Hakimi always excited kalau di suruh panjat memanjat ni.. tak puas dok memanjat tangga nak naik atas rumah.. panjat pokok pun dia suka.. :) tengok dia.. suka kan.. kan kan..
geram tengok.. montok2 belimbing ni.. ishhhhh.. kalau dulu kecik2.. memang makan gitu je buah belimbing ni tau.. tapi skrg dah kureng makan asam.. :)
Pokok nye tak lah besar.. tapi buah lebat wooo.. berbaloi2 sepokok ni pun tak abis makan sorang..
Ni pokok lengkuas... serumpun ni.. nanti dok dlm pantang boleh la amik daun2 pokok lengkuas ni, buat air rebusan untuk mandi.. betul tak? dah tu kena la cari daun inai, daun serai, rebus kasi wangi, hurmmmmm..
Ok.. citer pasal pokok je hari ni.. boleh kan? biasanya macam2 citer kuar.. hari ni tajuk pun BUAH BELIMBING BULUH.. so citer dan tengok gambar buah belimbing buluh.. ok kan.. >>sila angguk kepala anda<<
Bekfes pagi ni makan kuih 5 biji.. banyak tak?
~ 2 kuih gulung sardin
~ 1 kuih kembung kacang merah
~ 2 popiah goreng
~ air nescafe susu ais..
Korang plak?
Sekian dulu..