Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, October 11, 2013

Tak bawa bekal akibatnya...



Assalamualaikum..

semalam kuar dari opis hujan lebat, tapi schedule tak payah amik mr mama kat tempat keje dia, sebab mr mama gi PWTC ada exebition kat sana, lewatlah mr mama balik keje last nite, kira-kira kul 9.45pm baru aku amik mr mama kat tempat keje dia malam tadi.. al-kisah sekarang ni kete mr mama tersadai kat parking tu, blom ada bajet nak baikpulih kan kete dia, makanya kitorang kongsi transport ke tempat keje, jadi aku lalu tempat keje mr mama untuk sampai ke ofis aku, jadi boleh la dia tumpang ngan aku waktu nak ke tempat keje, cuma awal sikit lah aku kena kuar rumah dari biasa sbb mr mama masuk keje kul 8.30am dan aku lak masuk kul 9am, jadi kul 8am dah kuar dari rumah, drop mr mama depan tempat keje dia and aku terus ke ofis aku yg jaraknya dalam 5 km dari situ.. x per la kan, jimat kan minyak jugak dalam keadaan ekonomi dan kenaikan harga petrol be baru ni.

semalam amik fiyya, sebenarnya fiyya demam since pagi semalam, tapi dah bagi ubat kebah la dia, main semua ok kata BS, time balik keje tu memula ok, tapi bila dah kul 10 camtu fiyyq dah demam semula, pagi ni bangun tido pun still panas badan fiyya, aku dan mr mama bawa fiyya gi klinik pagi tadi, aku masuk keje lewat sikit sebab transport 1 kan.. demam fiyya tadi pagi 39.00 darjah, doktor kata kalau still demam lagi sampai esok kena bawa fiyya semula untuk cek darah pulak.. hopefully fiyya dah tak demam dah kan esok, aminnnnnnnnnnnn..

and hari ni mr mama cuti emergency untuk jagakan fiyya.. bukan aku suruh pun malah aku nak mr mama cuti hari ni jaga fiyya kat rumah, isnin ni lak aku cuti sebab bs cuti.. so pagi ni nak bawa fiyya gi klinik, x sempat masak apa2 untuk bekal.. tengah hari tadi bungkus mcvalue lunch dari mcD lah jawab nya..

ok la yer..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT BALIK KE KAMPUNG untuk yang pulang ke kampung tu, hati2 memandu yer.. 

k.bai