Assalamualaikum...
Hari ni dah hari jumaat kan.. cepat je... mentang2 aku nak balik kampung
lagi esok pagi.. hehehehe.. almaklumlah.. cuti 4 hari kan.. lagi pun uncle aku
kawin.. jadi mesti la kena balik kg.. hehe.. :)
Malam ni nak siap bekal2 and nak siap semua kain2 baju utk bawa balik...
esok senang sket.. bangun pagi2.. leh relaks sket.. lepas tu berangkat balik
tak kelang-kabut sangat.. kan..
'
'
'
Ni karipap aku buat .. sebenarnya inti ni bukan inti ubi..
Bahan utk intinya:-
segenggam kacang panjang di hiris kecil2 (1/2 inci)
1 labu bawang besar di hiris nipis
10 tangkai cili api di hiris nipis
5-7 ekor ikan temenung di rebus (dan ambil isinya)
Cara2nya:-
setelah siap semua bahan2 di hiris, gaul bersama dengan isi ikan..
masukkan serbuk perasa dan garam, panaskan atas api perlahan hingga
layu dan kering airnya, siap untuk di buat inti.. Guna doh untuk kulit
karipap dan bentukkan sesuka hati.. siap boleh la di goreng hingga
kuning keemasan dan sedia utk di makan.. :)
GAMBAR TERBARU
GAMBAR KARIPAP NI CREDIT DARI FP sebab nak tunjuk inti
tu.. inti kacang panjang + isi ikan..
sebenarnya.. ni sejenis kuih karipap yang menjadi warisi kitorang..
dari aku kecil dulu, sampai aku pandai wat sendiri.. karipap ni memang
menjadi pilihan keluarga.. kitorang mmg prefer inti kacang and isi
ikan ni.. kerana sedap + pedas... memang seronok bila gigit tu..
tergigit hirisan cili api... fuhhh.. cuba korang try.. mesti korang dapat
feel kepedasan nya bila tergigit cili api tu.. hehehe..
Karipap ni kitorang namakan Karipap Apollo... sebab dah makan
and pedas dia cam melayang2 kat angkasa.. wakakakak.. :))
Okey la.. hari ni kena siapkan banyak keje2 yang masih tertunggak..
esok cuti.. and rabu baru nak masuk keje... jadi sebelum apa2 on rabu
nanti.. aku siapkan mana yang patut dulu.. next week keje untuk next week
saja.. kan.. :) :) :)
Sekian..
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
untuk semua orang Islam
seluruh dunia... :) semoga azam yang kita niatkan tahun ni tercapai..
dan berazam untuk lebih baik untuk tahun hadapan.. amin.. :)