Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, September 26, 2013

Setelah 2 Hari... :)



Assalamualaikum....

Setelah 2 hari.. (seperti tajuk di atas).... 
Ba wau sin (b.o.s) takde.. gi ganu.. ingatkan seronok lah bila bos takde kan.. rupanya tidak.. bermimpi itu lebih indah... sebab musababnya.. kerana bukannya apa.. bila ba wau sin tak de ofis.. dia akan lebih kerap untuk call ofis tanya itu and ini.. kadang2 uOls akan rasa seperti ba wau sin ada di sebelah sahaja.. walaupun UOls tahu yang dia sebenarnya di luar kawasan liputan.. hmmmm.. 

Semalam aku datang keje.. bukan main ceria.. siap bawa roti canai 2 keping lagi.. nak melantak.. tapiiiii kul 9am je terpacak jam tu.. terus berdering2 telefon ofis.. ba wau sin yang call.. tanya itu lah.. ini lah.. kelang kabut di buatnya semalam.. segala wasiat2 untuk dia dah aku buat sebelum dia berangkat ke ganu tu.. tapi nak gak call tanya aku.. mana surat tu? mana benda ni? mana benda tu? walhal aku bagi kat tangan dia segala2 benda tu.. and who's to blame? 

Macam lah aku dok sebelah dia kan.. kalau dok sebelah dia boleh la aku tolong cari kan... ye tak? hmmmm wo pu ce tau... *bahasa mandarin*... ngo em ci ooo * bahasa kantonis*.. 
hmmmm bila jawann wo pu ce tau.. dia boleh kata.. i don want the answer.. give me a postive answer.. then??????????? what u want me to answer u...? adoiiiii >> ni cakap dalam hati lah.. << tak berani aku nak jawab depan dia camtu kan.. walaupun on the phone... hahahaha.. 


Ok.. hari ni hari ke 2 dia di ganu.. macam2 hal.. hari ni masuk ofis je dah bizi.. apdet ni pun dah sampai 2 jam tak settle2 lagi tau.. 

Jom lah tengok gambar fiyya.. agak susah juga nak amik gambar anak dara ni skrg.. kalau suruh dia pandang camera nak je dia datang capai.. gambar goyang ler.. gambar blur lah.. mcm2 juga nak dapatkan gambar anak dara ni.. :) 



Di living hall.. tengah2 main ni.. boleh pulak dia merengek nak ajak masuk bilik.. Safiyya kalau tido je dia tak nak tido merata tempat lain.. contohnya di living hall.. sambil2 mama nak tengok tv pun dia tak kasi chance.. dia nak tido dalam bilik jugak.. di mana tempat pertama yang dia masuk dulu.. (selepas balik dari hospital bersalin dulu, terus fiyya di bawa masuk ke bilik utk tido dan berehat.. ) hanya situ lah dia boleh lena tau.. 

And tempat lain dia boleh tido ialah di dalam kereta.. senang je dok dalam kete tu kadang2 sambil pegang biskut jari pun dia lelap.. gamaknya sejuk kot kan.. hihihiih



Tengok.. mama memang takde keje.. mama bunjutkan sapu tangan abang haikal di 4 bahagian bucu tu.. and mama letak atas kepala fiyya.. sebabnya mama teringatkan dulu waktu mama kecil2.. nak gi kenduri or mana2 keraian bersama arwah tok.. oleh kerana payung tak cukup redup untuk menutup kepala kanak2 yang kecil dan suka berlari sana sini.. arwah tok akan bunjutkan sapu tangan nya di 4 bahagian bucu tu.. dah di serkupkan ke kepala aku.. jadi lah cover untuk menghalang kepala cucunya ni dari terkena pancaran matahari panas tu.. betapa sayangnya 

Fiyya dah tak suka ada barang apa atas kepala dia.. tangan je pantas nak tarik je.. geram tengok.. tapi bila dia dah asyik dengan benda lain... mungkin dia sendiri lupa yang mama dah letak benda atas pale dia.. hehehe.. :) asyik tul kan.. apa yg di perhatikan fiyya? mr mama tengah sembang tu.. 



Ini lah ragam fiyya kalau dah atas katil.. nak tido je lah.. main2 kejap lepas tu nenen.. kejap dah lelap.. :) 

Ok lah.. nak lunch dah ni.. sok sambung citer ye.. 

Tuesday, September 24, 2013

Butter cake berkaler...

Assalamualaikum...

Macam yang aku cakap... semalam sangat lah bizi.. aku balik pun lewat sikit dari biasa.. 6.15pm.. ye lah.. lewat 15 minit pun kan.. itu pun nak kecoh.. sebenarnya aku selalu punch card sharp punya bila time out tu.. macam2 aku kena wat kalau lepas waktu keje.. pertama smlm aku kena pick-up mr mama dari  tempat keje dia.. lepas tu amik fiyya.. lepas tu amik hakimi kat skolah dia... tapi dah agak lambat.. mr mama call sakinah untuk tolong amikkan fiyya kat rumah BS.. sbb dah dekat kul 7 pun.. 

Ok.. nak citer aktiviti on sunday... al-kisah aku beli telo banyak kan.. so macam2 la aku nak wat.. karamel telor la.. kek karamel lah.. and oleh kerana tak larat nak buat yang susah2.. makanya aku cuma buat butter cake.. tapi oleh kerana nak kan ianya nampak cantek.. aku just tambah kan kaler2 je.. 

Resepinya macam biasa aku buat dulu.. tapi kalau ada yang masih nak tahu.. aku akan citerkan di bawah gambar.. :) ok ..


Butter 230gm... 
Gula 1 cawan aku blend halus..
Telo ayam gred A 4 biji..
Susu tepung bancuh dengan air suam 1/2 cawan..
Esen vanilla + serbuk penaik 1 sudu
Tepung 2 cawan di ayak .. supaya ringan..


Mula2 putarkan butter dan gula sampai kembang.. lepas tu tambahkan telor ayam 1 persatu.. kemudian tambahkan esen vanilla.. pukul rata... tambahkan tepung yang di ayak bersama serbuk penaik.. dan pukul sebati... setelah itu masukkan susu yang di bancuh ke dalam adunan tepung.. kacau sebati..



Bahagikan kepada 4 bahagian warna.. :) ikut suka warna apa yang anda suka..



masukkan ke dalam dulang yang dah di griskan dengan butter.. :) 
bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah.. 
cucuk di bahagian tengah dengan lidi utk mengetahui kek sudah totally masak..



Siap untuk di makan.. okeh... 




Monday, September 23, 2013

Peria berbunga sudah...


Assalamualaikum..

Happy monday blues semua..
Dah sarapan ke blom? 
Aku makan samosa je 2 bijik.. mr mama belikan pagi tadi waktu hantar sakinah gi skolah.. skrg ni aku ngan mr mama gi keje skali.. so 1 kete je gerak.. sbb kete mr mama rosak.. 
Sian mr mama kan.. 

Ok.. berbalik pada citer monday kita.. hari ni for sure lepas bos masuk aku akan bizi... sebab esok dateline submit 1 lagi tender.. huaarghhhh.. jangan nanti ada yang naik tanduk kerbau lah.. :) 



Pokok yang dah 4 minggu aku tanam... akhirnya pokok ni menunjukkan bunganya.. 
bunga berwarna kuning.. mungkin tak lama lagi kuar buah.. kan kan.. :) aminnnnn



shoot dari bawah, nampak atas grill balkoni je kan.. hmmm.. merayap sampai ke bumbung dah.. 



Ni la sepohon peria yang bergayutan tu... 


ok.. aku nak sembang banyak kat sini tak sempat lah pulak.. so citer pendek harini..
sok sambung lagi.. citer lain pulak.. 

k.bai.. 



Saturday, September 21, 2013

Spageti sosej je.. :)

Assalamualaikum..

Apdet di hari sabtu.. bukan senang aku nak apdet story hari sabtu kan..
Pagi ni kul 7 lebih sikit je Puteri Tembam dah bangun.. lepas tu macam biasa ler dia.. memerut and terus mandi pagi.. setiap hari aku mandikan dia around that time.. sejak baby lah.. so dah menjadi rutin harian puteri tembam untuk bangun awal, memerut dan mandi sekali gus sarapan biskut rendam dan juga susu suam.. lepas dah complete set dia dapat.. main kejap.. gomol2.. menjerit ngan abang dan kakak.. lepas tu now puteri tembam dah tido.. almost 10.30am hari ni dia tertumbang semula.. al-masih nyenyak tu sebelah aku.. apdet  ni pun senyap2 tak nak abang atau kakak datang bilik kaco.. nanti kejap je dia tido kan.. 

Tiada perancangan untuk keluar ke mana2 hari ni ... so dok rumah je lah.. pepagi tadi dah sarapan.. aku cuma masak sambal sardin tin.. sbb nak makan dengan roti bakar.. mr mama pulak panaskan sikit lagi kuah spageti yang masih tinggal baki semalam punya untuk di habiskan pagi ni.. dan ada sedikit kacang panggang yang dah di masak tumis bersama bawang dan beberapa batang sosej untuk di telan.. kiranya cukup energy serta kabohidrat untuk badan sampai kul 5pm nanti.. dan juga tiada peracangan untuk masak lunch hari ni.. so anak2.. sapa yang dah rasa lapar tu sila makan nasi bersama sambal sardin je.. :) okeh.. hari ni hari kemalasan dan hari terbongkang mama.. muahahahahaha




Spageti yang aku masak awal pagi semalam.. untuk bekal sakinah (2 pek) (1 kawannya + 1 dia nye), 1 pek untuk mr mama makan pagi and 1 pek (dlm gambar) mama punya.. snap tu pun di tempat keje.. dalam bekas depan pc mama.. :) bertemankan air kopi O panas.. (gambar air kopi tak enterprem.. sbb tak nak cari publisiti) hehehe..



Spageti sosej yang sangat mudah aku sediakan.. bersama hirisan fresh shitakei mushroom.. sedap.. alhamdullillah.. kenyang sampai tengah hari.. :) 

Ok.. nak citer apa lagi? 
jap gi lepas apdet blog.. nak kuar gi sidai baju di ampaian di balkoni rumah.. sebab skrg ni aku dah dengar mesin basuh tu memanggil2 kain dah habis di cuci.. so lenkali chat lagi.. :) 

:) k bai.. 





Friday, September 20, 2013

Dah berdiri sekarang ni..

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat semua.. 

Pagi ni dah bekfes ke? agak lama aku rasa aku tak tanya soalan ni.. kan kan.. 
Waktu aku pegnen fiyya... kebanyakan bekfes aku ialah (sape ingat?).. hahah.. ya betul.. roti canai lah yang aku akan makan.. kan kan... :) muahahhaa.. sampai badan skrg dah macam roti canai je.. bukan leper.. tapi bulat macam roti canai.. muahahahha.. (ayat sedor diri) .. 

Al-kisah malam tadi.. mr mama masak dinner.. so tak de la gambar menu dinner yang aku snap.. sebab aku kena jaga fiyya.. melekat je fiyya kat badan ni.. habis kuat bila fiyya dah tido aku makan plak.. lepas dah kenyang baru aku sambung masuk dapor kejap.. malam tadi terrrrajin sket.. aku buat spageti untuk bekfes pagi ni.. 

Sakinah nak bawa bekal pegi skolah pagi tadi.. so siap2 aku masakkan kuah spageti and rebus spageti tu.. senang ler esok bangun panaskan kuah and dah boleh bungkus bekal tu.. mr mama 1 pek.. kinah 2 pek.. (1 utk dia 1 utk kawannya) and aku 1 pek.. kimi pula akan makan pagi kat rumah.. so tak payah pek.. haikal? dia kadang2 benda pelik sket2 ni dia tak nak makan.. (spageti tu pelik utk haikal lah).. 

ok.. habis citer kisah malam tadi.. 
Esok cuti.. tak sabar nak dok umah golek2 and gomol puteri tembam.. :) 

jom layan gambar fiyya yang aku penah amik tak ingat hari apa.. sorry ye... 



Fiyya tengah berusaha nak berdiri sambil pegang gril tingkap nak skodeng kat luar tu.. dah pandai berdiri sebenarnya budak ni.. tapi berdiri still kena pegang la.. bukan berdiri tanpa sokongan ye.. 



Yang ni lak sebok fiyya nak kaco aku main game candy crush.. sebenornya aku giler gak main game ni.. sehari berkali2 aku main.. nyawa kan ada 5.. and every top-up life tu kan kena tunggu 1/2 jam for 1 life.. tu yang terpaksa bersabar.. sabor jer ler..



Dah penat kaco mamanya main.. dah tergolek dia.. terlena terus sbb letih... 

ok lah.. SELAMAT BERCUTI untuk semua yer... 

k . bai.. 

Thursday, September 19, 2013

Hanya Kau Yang Mampu... ^_^

Assalamualaikum...

Tajuk entry kali ni dah sebijik tajuk lagu kan.. sabor jer ler..
alaaa.. tajuk lagu Aizat.. lagu yang penah mencuri rata2 hati ramai yang mendengar kan.. :) perghhhh jiwang.. 

Malam kelmarinnya aku sangat lah malas.. balik rumah cuma masak dinner ayam goreng + taugeh masak kicap.. 

And malam tadi ada sikit upgrade lah.. menunya ikan bawal emas masak sambal kering + khailan goreng cendawan shitakei.. alhamdullillah.. kenyang juga suami dan anak2 kan.. al-kisah sekarang ni aku sangat lah takde idea nak masak.. and sebab tu juga lah aku dah makin jarang apdet pasal makanan kat sini.. hmmm dan nampak jarang2 skali dah aku apdet citer makan makan masak kat dapor sendiri lately ni kan.. apa punya mak lah.. kan.. pemalas betul... huhh.. (marah diri sendiri).. 


Khailan goreng cendawan shitakei + Ikan bawal emas masak sambal kering.. 



Punya lah ada masa amik gambar kan.. nah... *fiyya dok main diam2 kan.. * 


Shoot sayur khailan goreng cendawan shitakei.. :) hmmm kelessss ko kan.. (kunun cantek ler tu kan) 


Ni pulak bawal emas tu.. sekor beli kat Tesco hari tu.. rm4.99/pcs... 
murahkan.. so mr mama pilih jugak amik kot2 rajin nak buat sweet sour.. tapi..
mama tak rajin makanya jadi sambal kering je..  jadi ler kan..



Kalau musim dekat2 chinese new year, banyak lah ikan ni.. and kadang2 tu mahal tau.. sekilo boleh cecah rm13.90 tu.. mahal kan.. sebanya mahal tang nama tu.. BAWAL EMAS.. kan orang chinese ni selalunya suka yang ong ong belaka.. so segala warna dan nama yang  bersangkut dengan kekayaannya.. akan menjadi sesuatu yang penting untuk dioang lah..

ok lah.. tu je membebel takat ni.. lenkali sambung..

Bai.. 

Wednesday, September 18, 2013

WW: Baby Crystal

Assalamualaikum..

Rasa kejap je dah hari rabu kan.. lepas tu keje lagi 2 hari esok and lusa.. lepas tu dah cuti pulak.. huaarghhhh best best.. :)

Takde nak citer pasal apa... hari ni pun WW kan.. so less word day... 

Baby crystal ni aku beli se-pack 50 sen je.. beli 4 pek.. balik rumah aku rendam ngan air.. sebenarnya baby crystal ni adalah di larang kan.. sbb mendatangkan bahaya untuk budak kecil.. yang suka telan and benda ni boleh kembang kat dalam saluran dan boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan tersekat.. oleh itu adalah tidak di sarankan untuk anda memiliki benda ni ye.. amaran... 

Aku? sebab aku beli haikal and kimi tu jakun bin heran sangat dengan benda ni.. sbb diorang kata benda ni leh kecil.. and benda ni leh besor kalau bela... jadinya waktu bela baby crystal ni baby fiyya kecik lagi.. and skrg baby fiyya dah menerokai alam kan.. dah habis dah baby crytal ni aku buang.. :) alkisah sampai kering sebab kimi and haikal dah makin jemu letakkan air.. :) 



satu bekas baby crystal.. 1 bekas untuk kimi and 1 bekas lagi untuk haikal.. the different is warna je tak sama.. 



Cantek sangat gambar ni.. di tangan haikal.. nampak cam pegang guli je kan.. :) 



Di tapak tangan haikal..



Ada yang besar dan ada yang masih kecil.. maybe size tak sama sebab waktu beli tu pun ada satu pek besar and 1 pek agak kecil sendikit sizenya..:)


ok dah.. bai.. 

Tuesday, September 17, 2013

Kenduri Kahwin Sepupu..

Assalamualaikum..

Hari sabtu 14hb September.. sehari selepas hari jadi si gugurl tua.. cousin aku yang dok berhampiran ngan rumah aku kahwin.. sebenarnya hari nikah and kenduri di rumah pengantin perempuan tu dah lama.. kira2 sebelum puasa sudah.. bulan 6 sudah.. 

So kali ni kenduri terima menantu di pihak lelaki.. (sepupu aku), maknye makteh aku iaitu adik abah aku.. :)  rumah memang tak jauh dari rumah aku.. cuma dalam 1km lebih je untuk sampai ke rumah nya.. aku sampai ke rumah kenduri dalam kul 11am.. selapas semua persiapan, hadiah dan rombongan angkatan tentera aku lah.. (suami dan anak2).. lagi pun sangat lah tak sedap badan sebab aku demam selsema on that day.. makan nasi kenduri pun rasa tawar je.. dalam tawar2 tu pun habis 3 senduk nasi.. muahahaha.. sekarang ni pun al-masih demam + selsema lagi.. mudah2an allah mengampunkan segala dosa2 kecil aku.. aminnnn




Pasangan pengantin tiba di rumah ibubapa pengantin lelaki pada pukul 1.30pm.. cantek bak merpati 2 sejoli.. sama padan :) nama pengantin lelaki Shahzani, nama pengantin perempuan Raja Nur Ema.. :) moga hubungan rumahtangga anda berdua sentisa mendapat keberkatan allah s.w.t dan semoga bahagia sampai ke jannah.. :) aminnnn ya robbal alamin.. :) 



Time posink gambar sendiri.. :) sakinah.. gambar kiri tu sakinah tengah pujuk puteri tembam.. time ni si puteri tembam dah agak bosan.. so agak merengek juga.. nasib baik cuaca tak panas terik.. kalau tidak makin mengamuk lah dia.. 


Puteri tembam  atas meja makan.. and Puteri tembam dapat jajan sambil bertemankan mama di hadapan.. senyum je bila mama suruh smile.. :) 



Mama lak.. ngan hulubalang... hehehe.. haikal and kiri tu kimi.. memang kimi tak nak bergambar time ni.. :) 
tak sporting langsung kimi ni.. tengok haikal.. bergambar tapi tak ikhlas.. sbb masyam muka tak nak senyum pun. hehehehe


Hidangan di rumah kenduri.. nasi minyak, ayam berempah.. dalca ayam + daging masak hitam.. sedap.. :) 

Alhamdullillah.. majlis berjalan dengan lancar.. kitorang balik dari rumah kenduri dalam kul 5pm.. tak larat dah tunggu sampai lewat.. dah makin berlengas badan kan.. so balik dulu.. ingatkan nak sambung majlis potong kek lepas maghrib.. tapi tak kesampaian.. sbb aku dah tak sihat benor malam tu.. kepala berdenyut2 + selsema makin heavy di waktu malam.. so kansel gi potong kek.. :) 


Ok lah.. auto publish.. 

Friday, September 13, 2013

Besday Gurl buat bubur ayam puteri tembam....

Assalamualaikum.....


Tajuk paling best aku rasa... hahaha, sebab ala-ala macam citer Puteri Bangau, yang akan jadi burung bangau selepas hari siang, yang masak kat dapur seorang pemuda yang tinggal di dalam sebuah kampung.... hmmmm sungguh tiada kena mahu pun mengena kan.... hihihi


okeh, back to the title, hari ni ialah hari istimewa aku, di mana hari ni ialah hari ulangtahun kelahiran aku yang ke tiga puluh lebih dari setengah dah... (faham-faham jelah), hari yang ke tiga juga aku bangun sesubuhhh nyer sebab buat bubur ayam untuk puteri tembam, dah lama aku tak buat bubur nasi untuk puteri tembam sebenarnya, kecuali hari cuti di mana puteri tembam dengan aku lah.... kalau puteri tembam dengan bs, dia akan makan bubur yang bs buat.... tapi di sebabkan hari tu aku tanya bs, fiyya a.k.a puteri tembam bad mood day, how she cook bubur, sbb pada aku masak bubur ni kena dok selalu kacau, kalau tidak berkerak kat bawah kan.... then bs kata that day dia tak sempat masak sebab fiyya not in good mood kan, kena lah selalu berkepit je ngan fiyya, even bs n
ak makan pun kena berkepit skali ngan fiyya, kesiannyer aku dengar.... and sejak fiyya tau makan ni, bs volunteer nak buat sendiri bubur nasi tu, sbb bs and anak2 pun memang sangat suka makan bubur.... 


jadinya aku cuma buat bila puteri tembam dok ngan aku jer lah.... and 3 kali gak aku wat bubur ni, 3 kali gak licin, bs kata fiyya suka sangat... and kadang2 tu tak sempat gak aku nak buat semua benda awal2 kan... sebok juga wooo.. nak prepare makan lunch anak2 and termasuk aku dan mr mama... nak prepare breakfast utk kimi and haikal
dan aku jugak... memang rasa tak cukup time woooo... sib baik mr mama tolong mandikan fiyya and haikal... kalau tak lagi bertambah kelang kelibut aku
 lah jawabnya.. kan

eeeee.... payah benor nak menaip ni... ok lah... nak cau dulu... layan je lah peyuk nasi kosong tu ngan bekas bekal bubur fiyya... 
Peyuk nasi tu kan mr mama belikan special untuk fiyya, masak bubur fiyya dlm peyik ni lah eveeytime... org len takleh guna... kang tak pasal2 pedas ke apa bubur fiyya nanti kata mr mama... heheeeee... okkkk da...

selamat bercuti semua... 3 hari holiday kan... esok kenduri cousin aku kawin... tak jauh punrumah kenduri tu... dalam 1 taman gak.
 so esok sure bizikan... 





p
a

Thursday, September 12, 2013

JJCM: Island Steambot Subang

Assalamualaikum...

Smlm banyak keje.. sangat lah bizi.. sebab tender baru masuk.. nak kena submit on wednesday 18hb ni.. so tak sempat langsung nak apdet citer or gambar tak bercakap semalam.. Hari gagahkan diri lagi.. apdet cepat2.. sebenarnya gambar2 ni edit semua kat umah.. tempek kolaj ke apa ke.. semua kat umah.. nak karang tu je makan masa sket kan.. lagi pun karang dengan hp ni lain sket.. tak mahir sbb rasanya baru minggu ke2 kot aku apdet blog pakai phone.. pelan2 nanti okeh la tu kan.. 

Dalam dok apdet pakai hp ni.. terrrrrrrfikir gak kot2 nak beli ipad sebijik.. muahahahahahahaha.. :P toing toing toing.. :D 

Jom.. nak citer ni.. 

Hari tu bulan puasa sakinah cakap.. nak makan buka puasa steambot.. teringin sangat katanya.. so dah akhir2 puasa tu kan tak tau menu nak masak.. jadi aku pun call lah island steambot ni.. nak pegi kononnya lagi 2 hari lah time aku call tu.. tapiiii sekali dah call.. dia cakap full sampai raya.. hmmmm mimpilah nak bukak puasa makan steambot kan... so pospon lah sampai ke minggu lepas... jadi nya kali ni aku booking reservation ni awal 2 minggu.. :D jeng jeng jeng.. amikkkk... 

Then tiba lah hari yang di nanti.. kitorang book kul 5pm hari sabtu... awal2 tu tak ler lewat sangat nak balik umah.. sbb masa yg di beri 3 jam.. cukup lah tu kan makan 3 jam... hahaha.. tapi sabtu tu kitorang pegi hujan.. dah buat reservation kan.. so pergi jugak lah.. hmm..

Tempat ni servis mmg tip top.. bagos.. dia datang kat pintu kete bagi payung lagi.. masuk dalam di beri pilihan tempat duduk yang kita nak sendiri... so mr mama pilih bahagian tinggi sket.. mmg selesa sangat.. time tu pun kitorang customer ke.2 kot.. so blom ramai lagi.. almaklumlah.. awal kan... 



Ni antara menu yang di hidang .. aku terlupa amik bahagian ikan dan lauk2.. kelibat sakinah tengah amik makanan... :D suka betul sakinah, hakimi and haikal time ni.. sbb boleh amik pilihan apa yg diorang nak..



Hakimi lak.. senyum je manjang.. 



Sup / tomyam.. pilih mana 1 nak.. hmmm tengah masak lah tu.. grill tu yg best.. 



Haikal pulak interprem.. suka benor sampai hari ni dok ingat lagi.. dia ajak gi tempat main masak2 katanya.. :D hahahaha..




Ha.. nampak tu.. tuan tanah kedaung dah enterprem.. wakakakakakkakaka



Antara makanan yang dah siap masak.. yg di bakar dan di rebus tomyam.. nyam nyam.. sedapppp sungguh la.. boleh datang lagi mr mama kata.. sbb servis bagos.. tip top.. ada makanan tambahan seperti nasi lemak.. (feveret anak2), koew teow goreng, bubur chacha... lagi ape ek... lupa dah.. hehehe



Safiyya lak... hmmm.. makan nasi lemak penyet ni.. hihihi.. gambar kanan skali tu lepas baju fiyya dah basah.. bocor lak pampers dia.. habis baju tu kena... so mama buka je.. sib baik bagi 2 lapis..  



Lepas dah licin makan.. sambil rehat2 perut.. pekena aiskrim plak.. :) 



Gambar kiri tu.. tengah tu bahagian ambil makanan... and gambar kanan tu signboard restaurant ni.. :) 

Puas hati sangat makan kat sini.. pelbagai makanan dan banyak pilihan.. makan 3 jam pun tak sampai.. cuma habiskan masa lebih kurang 1 1/2 jam je kat sini.. lepas tu dah tak larat nak melantak dah.. hahahha charge dia sangat berbaloi... rm21.90 untuk dewasa.. 13yrs and above / 6yrs above pulak rm9.90.. :) so recommended to kawan2 to go.. 

okeh bebeh.. cau ci cau... !


Tuesday, September 10, 2013

Selamat Hari Lahir ABAH...

Assalamualaikum...

Salam di pagi selasa.. :) semoga hari ni lebih baik dari semalam kan..

And esok... ialah hari lahir abah aku yang ke..61 tahun... (10/09/1952)


SELAMAT HARI LAHIR ABAH... ISMAIL BIN HASHIM.. SEMOGA ABAH DI BERI KESIHATAN BAIK OLEH ALLAH... SENTIASA DI BERKATI ALLAH.. SENTIASA GEMBIRA DAN DI PANJANG KAN UMUR.. abah memang abah yang baik.. sayang abah sangat2.. abah hensom sangat.. abah la yang paling sporting... apa pun abah tetap no.1.. sayang abah walau apa jua.. di mana mana pun.. hanya allah tahu betapa bertuahnya cek jadi anak abah.. love u abah... and thank you allah.. mengurniakan abah yang sangat bertanggungjawab dari ku yang kerdil ini.. 



Ni lak gambar si fiyya... sebok nak pegang stereng.. time ni aku baru sampai.. baru amik dia dari rumah BS.. lepas tu nak singgah kat kete sbb nak angkat beg and bekas bekal.. sebok si fiyya ni nak pegang stereng.. hmmm apa lagi.. terus aku snap gambarnya dah alang2 dia steady je pegang stereng tu..



Sekarang ni fiyya dah pandai sebut aaabahhh... kadang2 dengar je sebut abahhh tu.. tapi mama lom pandai.. sabar je la.. hehehe.. :) 

Ok lah.. nak sembang lagi.. tapi susah nor nak menaip.. sambung lenkali ye.. 

Monday, September 09, 2013

Si Peria, Si Telang & Mr Nasi Impit Goreng

Assalamualaikum...

Selamat hari isnin... :) kali ni nak citer pasal ni lak... hari tu aku beli peria.. tapi dah lama dok dalam peti sejuk... jadinya peria tu agak masak.. kekuningan and biji dia merah2 bersalut bak delima tu... nak buang bijinya dalam cik tong.. tapi mcm teragak2 je.. jadinya campak bijik nye dalam bekas polisterin putih ni kat koridor tu.. alhamdullillah.. walaupun agak berbelas biji juga namum hanya 1 pokok je yang idup.. segar bugar.. naik dah cecah 5 kaki tinggi dah... menjalar kat grill tu.. nanti kalau berbuah kita apdet lagi ye... 

And citer si telang pula... dah lama kan biji nye dulu aku simpan.. al-kisah nak pos ke kawan alam maya Rahel.. tapi tak pos2 lagi... insyaALLAH.. nanti aku kutip benih baru baru aku kirimkan kat Rahel.. maaf ye Rahel sbb lama menunggu... rasa2nya benih ni tempoh expired macam 3 bulan je.. tu yang tak terkirim lagi.. sbb dah capai tempoh 3 bulan tu sebenarnya.. malah lebih... 

Sekarang ni pulak sejak ada baby ni selalu aku akan balik keje straight je ke rumah.. tak amik hakimi lagi di skolah.. mr mama yg take over keje tu.. sbb aku akan terus amik fiyya kat rumah BS.. skrg ni fiyya sangat2 susah nak minum susu botol.. tu la kisahnya aku kena terus amik fiyya.. sampai je ke rumah BS.. amik fiyya balik rumah je terus  bagi susu badan dulu.. baru leh wat keje lain.. :) alkisahnya..




Si peria yang baru 4 minggu umurnya.. :) alhamdullillah.. nampak segar bugar dan sihat.. bertambah dengan cuaca yang baik skrg ni.. :) makin subur tengok.. 




Daun si peria yang sangat lebar.. cantek sangat.. :) 




Si peria yang sedang galak menjalar.. sampai ke atas grill dah.. yang kecik kiri and kanan tu si telang.. :) masih kecil si telang tu.. nanti dah besar baru apdet lagi.. :) okeh..



Mr Nasi Impit Goreng... 

Mr mam goreng nasi impit ni untuk dinner few days ago... tak ingat hari apa sebenarnya.. ape pun sangat lahhhhh sedap.. and sangat lah mengenyangkan.. alhamdullillah.. :) 

Now days kan hujan petang.. so sangat lah sejuk.. jadinya dok umah je sure cari makan selalu.. aku ni kalau bab makan.. tak kesah ape pun boleh telan.. lagi2 kalau mr mama yang masak.. tq jugak sebab mr mama ni ringan tulang and suka sangat masuk dapor.. syukur alhamdullillah.. kalau mr mama takde susah gak lah.. 

Ok lah.. nanti sambung.. kita jalan2 pakai hp je... macam selalu.. kat opis kena block.. jadi terpaksa guna alternatif lain utk bw umah kawan2.. :) 

ok.. tata.. 

Thursday, September 05, 2013

TQ Nufnang & Sambung raya boleh?

Assalamualaikum..


Lama rasa tak check nuffnang ni.. tq banyak-banyak.. sebab masih sudi bersinggah singgah di sini.. walaupun tuan rumah ni agak bizi semenjak dua menjak ni.. :) kan.. and thank you pada kawan-kawan yang sudi menjengah kan diri ye.. :) 


Jom layan gambar raya weOls kat KL pulok... pakai baju raya tu jugak ler.. sbb aku tiap2 kali raya mmg tak banyak beli baju pun... sebelum berangkat ke rumah abang ipar aku (abang mr mama) kat selayang.. :) bergambar dulu sbb time ni mr mama bawa anak2 round naik kete.. tertinggal lah we dua orang.. sebab paling lambat siap kan.. hmmm amikkk... 



me and sakinah... 



Ni adik ipar aku.. rohana.. (adik mr mama).. we dua family berkonvoi ke selayang hari tu.. rohana datang dari shah alam.. :) 



Abang and adik tengah bersembang... 



Sakinah tengah jadi BS.. jaga anak rohana.. and fiyya.. :) anak rohana ni namanya Batrisyia.. umurnya 17 hari tua sikit je dari fiyya, sebab lahir tahun 2012 december.. :) ehehe..



 fiyya and batrisyia..



Haikal and abang Batrisyia.. tengah main game PS2.. :) bersepah bilik ha.. 






ok lah... kejer banyak ni.. nanti sambung k.. assalamualaikum..