Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, March 05, 2014

WW: Fiyya dan cekak crown princess.

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu semua.. 
Semalam balik keje letih yang amat.. bukan letih apa.. letih mungkin sbb cuaca sekarang kan.. aku lak kelmarin ada terkena air hujan.. mungkin effect dari asid2 air hujan tu buat aku pening kepala.. sib baik tak demam.. namun begitu alhamdullillah.. denyutan2 kepala tak berterusan.. sekejap je ada.. kejap hilang.. then datang balik... camtu la.. still keje lah jawabnya kan.. 

Hari ni hari meReleasekan keTensionan kan.. cakap banyak takde.. kita layan gambar fiyya tengah sengeh ni.. 


Baru beli cekak rambut ala2 crown princess ni.. beli waktu aku gi Subang Airport.. ikut jalan Subang Perdana tu.. nampak kedai jual2 bola.. haikal suruh singgah.. banyak accessories gugurl kat sini.. yang best juga kat area subang ni ada jual PUTU BAMBU WORLD.. aku beli gak 1 pek.. rm3.00.. rugi tak beli banyak.. sbb fiyya dan anak2 lain suka makan putu bambu rupanya.. hmm last aku makan putu bambu dulu waktu kak Nuri (bloggers gak) dia melawat aku time nak bersalinkan fiyya.. belum bersalin lagi.. then aku makan putu bambu buah tangan kak nuri.. and now only aku makan lagi.. kira setahun lebih dah la.. Ok berbalik citer cekak fiyya tu.. cute sangat tengok.. so beli 2.. 1 flowers sikit.. 1 crown princess ni.. murah je pun.. crown princess ni only rm3.90 and flowers tu hanya rm2.90.. tak mudah patah lagi.. tapi kejap je kat kepala fiyya.. agak2 boring atau dia sedar yang somethings atas kepala dia.. dia akan tarik buang.. nanti kalau ada chance.. aku amik gambar fiyya pakai cekak flowers lak.. :)


Tengok fiyya.. apa yang dia belek? sebenarnya kat tangan dia tu piece of paper yang reload tu.. tu pun dia boleh buat main.. background abang haikal sedang main tablet dia.. 


Tuesday, March 04, 2014

Twins selamat dilahirkan..

Assalamualaikum...

Syok syok tengah hari ni apdet citer lagi... hmmm.. almaklumlah.. banyak ada berbaris dalam stok tu kan.. :) ni kesah petang ahad gak... aku ni tak dok diam.. sedang asyik menonton tv.. nampak kelibat kelicap dok bergayut kat luar sangkar.. hmmm nape dia bergayut kat luar yer? biasanya dia dok tercongok kat dalam sangkar tu.. tinggal paruh dan leher je yg terjuntai kuar.. hmmm dah beranak ke? 

Asyik dok berteka teki.. makanya aku amik tangga and panjat.. tak berani pegang kali ni.. sebab last time aku pegang rasa geli geli tu.. sukar untuk di lupakan.. so lebih pada berhati2.. masukkan camera, and flash skali.. ohhh.. sudah.. dah beranak.. opsss menetas... 2 ekor.. jeng jeng jeng.. aku dapat lagi twins kali ni.. 



Dari luar sangkar.. hmmm nampak betapa tinggi aku panjat kan..



Nah... fes masuk camera and on flash.. nampak gini.. eeeee.. hahahahahaha.. baru sangat kot kan.. masih merah.. kakakakaka


Ni dia.. mata pun belum buka.. mmg kecil sangat tau.. alahaiii.. sib baik tak jolok ngan jari tadi.. kalau tidak mau geli sepanjang hari.. hahaaha.. mata hitam je.. paruh pun muda sangat kan.. tapi dah pandai makan.. tengok mak kelicap dok bergayut dari luar sangkar bagi twins makan.. 

Hmmm.. nanti kita tengok penumbuhan bulu2 bird ni tau.. :)

Skatepark Shah Alam..

Assalamualaikum...

Hari ahad Hakimi request nak gi main skateboard. Haikal pulak tukang bodek.. so dengan buat muka ala2 semut tengah senyum tu.. sangat lah simpati kat diorang.. :) please,, sambil kelip-kelip kan bijik mata - Haikal tu..  nak say no pun tak sampai hati.. Aku tahu.. Hakimi dan Haikal berpakat.. sebab tu Haikal tu datang kat aku bodek.. then weOls singgah sat giant shah alam tu beli bekal.. aku, kinah, mr mama dan fiyya dok tepi je, takkan nak join skali kan.. tengok je anak2 nak main.. lagi pun ramai budak2 muda kat sini main.. mmg meriah bawa diroang petang2 kat sini.. seronok diorang main dari kul 4 lebih sampai kul 6 lebih.. ajak balik pun cakap kejap lagi.. kejap lagi.. hmmm tu la kan.. kalau dah dapat main.. mmg berat nak balik kan..

Ok.. jom citer melalui gambar.. :)


Bekal mama, kinah, mr mama and fiyya.. yang dapat main jangan cakap lah.. kenyang sokmo.. so yg tak dapat main ni lak keje nye melantak.. :) hehehe big apple donat.. :) sedap.. fiyya suka.. 



Dalam giant tu.. singgah stall jual popiah.. combination 2 of 1.. yang basah dan yg goreng.. so mama prefer yg goreng.. sbb syok crispy.. yang basah tu bagi mr mama.. :)



Hakimi.. posink sebelum main.. waktu ni tak bape ramai lagi.. baru kul 4 lebih kan.. 



Hmmm.. sakinah sedang menikmati donut.. dia ni mmg suka big apple donat.. tengok muka dia pun dah macam donat kan.. kan kan..



Ni lagi satu.. keturunan suka donat big apple.. safiyya in da house.. :) dagi tu mama yg cium.. tu merah tu.. hehehe



Abang Haikal yang asyik main.. abg haikal main scooter je.. dia tak pandai main skateboard.. :)



Tengok tu.. abang haikal dok kayuh scooter.. :) merata2 dia pergi.. mmg terbuka kat sini.. main je selagi selamat.. :)



Di satu sudut lain.. budak2 skateboard sedang bermain.. ada yang berscooter juga.. 


Tengok tu.. yg berbaju biru tu.. mmg best ar dia main.. teror betul.. 



Dah agak petang.. mmg ramai kat sini.. ade yang main roller skate.. ada yang main skateboard.. dan banyak group gak kat sini..



Balik time.. sebenarnya kat sini best.. ada restoran makanan segera.. Pizza Hut, Burger King, dan juga KFC kat dalam Extreme Park ni.. mmg senang nak cari makan.. kan.. 

Monday, March 03, 2014

Cinnamon Roll Mudah..

Assalamualaikum...

Cepat-cepat nak apdet.. hari ni isnin sudah... Semalam waktu aku tengah ngangkat kain kat ampaian.. aku dengar cam bunyi guruh... amati lagi.. bunyi guruh ke itu.. ohhh tidak.. lama betul aku tak dengar bunyi tu.. and confirm.. mmg bunyi guruh.. di samping tiupan bayu yang sejuk.. dalam berbahang cuaca petang yang sebelumnya itu sangatlah terik.. OMG.. seronok nye aku... bukan takat aku je yang akan seronok.. malah orang lain aku percaya turut seronok cam aku... aku buka terus tingkap semua bilik.. bagi udara segar nak hujan tu masuk ke dalam rumah.. supaya aliran udara segar tu boleh masuk.. aku angkat lak kain langsir di tingkap supaya senang aliran tu masuk dan keluar.. hmmm betapa gumbira kan.. 

Pepatah dah menyebut.. " Bunyi guruh di langit, air di tempayan jangan di curahkan " hmmmm tapi takde air nak curah.. malah air kena banyak simpan skrg ni.. musim kering.. musim catu.. kan.. petanda yang akan turunnya hujan itu tidak berlaku di kawasan rumah aku.. malah bukan di daerah Puchong skali pun.. tiada setitik pun hujan membasah tanah di Puchong.. tapi pagi tadi waktu tengok MHI kat TV3 tu.. mmg ada nyebut pasal hujan di sesetengah kawasan yang sangat lebat.. Kuala Lumpur.. dan yg sewaktu dengannya.. tapi tidak di tempat tadahan air.. ape pun alhamdullillah.. syukur.. kerna hujan juga.. sekurang-kurannya udara yang nyaman tu dah sangat menerujakan aku.. kan..

Jom.. ni kisah aku nak wat Cinnamon Roll.. kejadian berlaku pada hari sabtu.. petang lagi.. memikirkan menu nak minum petang.. sambil2 aku uli je la tepung dengan serbuk yis tu.. menjadikan ianya doh.. biar di rehatkan sampai kembung.. 

Waktu nak nguli ni amik masa kurang 1/2 jam.. tapi waktu menunggu kembong tu 1/2 jam berikutnya.. dan nak mencanai dan membakar tu 1/2 jam dan lebih.. hmm kalau nak buat ni lenkali kena target masa sekurang-kurangnya 2 jam.. yer.. 


Caranya2 aku mengandunkan doh.. :-

Tepung gandum aku guna 800g, 1 pek yis serbuk (aku pakai yg dia tulis ragi roti) 7g, 1 sudu kecil garam halus, 1 sudu besar butter, 1 biji telor ayam (size ikut suka je), 1 sudu besar gula pasir, 4 sudu besar susu tepung, semua nya di gaul kering sehingga sebati... lepas tu guna kan air dari peti sejuk.. (air putih yg sejuk) untuk menguli doh.. uli sampai rata dan tidak melekat di tangan.. rehatkan sehingga doh menjadi kembong.. (bekas di tutup dengan kain bersih yg lembab)



Bila doh dah kembong.. tumbuk-tumbukkan doh supaya keluar angin2nya di dalam.. 



Ratakan serbuk tepung di atas dulang mencanai.. dan doh sedia untuk di canai.. gunakan penggolek dan canai ikut suka bentuk anda.. 



Dah di canai, doh akan menjadi begini.. leper yer..



Aku sapukan butter supaya doh lebih wangi..



Taburkan gula perang atas doh yang di canai.. 



Taburkan di atas gula serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)... 



Selepas itu bolehlah di gulung supaya menjadi bulat.. selepas itu sedia untuk di potong kepada beberapa bahagian.. dan boleh la di masukkan dalam dulang untuk di bakar..



Sebelum di bakar.. gulungan ini di atur sedikit jarak, supaya ada ruang untuk ianya berkembang..



Cinnamon roll yang sudah siap di bakar.. alhamdullillah.. selepas tu sapukanlah dengan butter supaya cinnamon roll tidak nampak kering.. :)

Selamat mencuba.. :)


Friday, February 28, 2014

Ko punya keje.. takkan aku kena settlekan?

Assalamualaikum...


Kejadian demi kejadian berlaku... penindasan demi penindasan terjadi lagi... sebagai makhluk allah di muka bumi yang berOtak, aku sentiasa memikirkan tentang kebosanan, kekosongan, dan ketidakupayaan diri sendiri... hanya berlaku di kala aku berada di luar dari rumah.. iaitu di tempat kerja.. maaf sebab aku gunakan laman ini sebagai tanda protes aku dan juga luahan hati.. sekurang2nya untuk masa akan datang.. kalau anak2 aku rajin blogging cam aku, diorang akan tahu bagaimana susah dan peritnya aku berada di tempat kerja.. jauh kan diri dari anak-anak.. lupakan sekejap kisah rumah tangga.. hal urusan anak2.. makan minum anak2 terpaksa aku sediakan dengan cara terkejar2.. 

Pagi ni bermula lagi.. 1 cerita di mana aku di tindas lagi.. sebenarnya kejadian ni berulang.. berlaku lagi and lagi.. hari demi hari.. minggu demi minggu.. penindasan aku, hanya aku.. kerna aku sorang je yang dok di meja ni.. tiada lain, 2 atau 3.. so hanya muka bibik ni ja diorang nampak.. semalam ba wau sin cakap on there language, of coz la ca ya nun alif kan.. so aku yang dah lama keje kat sini.. tau la apa yang dia cakap.. and not mentioned at all my name.. arahan untuk technical man tu buat letter to consultant yang sedang techinal man pegang buat masa ni.. letter tu normally ba wau sin yang akan buat.. but oleh kerna ba wau sin takde masa.. (banyak menghabiskan masa dengan hobinya, sampai kerja yg sikit dah menimbun) aleh2 sapa yang kena? aku jugak.. muka ni juga.. yang kena marah becoz tak remind dia.. then ba wau sin dah draft kan 1 surat utk technical man.. technical man ni dungu sikit bab nak buat surat.. harap gaji  tinggi becoz he keje luar.. kalau kat office sampai spelling apa2 nak tanya aku.. pernah aku sound dia.. if to difficult you can go too word document, u type ur words there, so that one at least can soft your problem. i'm not here every time to answer for you. hmmmmm (he just join here for 3 years, than i'm his senior) takkan ko hari2 nak tanya aku spelling.. kan.. sakit hati gak ko.. tanya spelling tu kadang2 just for CONTACT, ASSIGNMENT,  EXTENSION or ATTENTION. is a simple word you can search in kamus also.. kamus plak ba wau sin mmg ada simpan dlm office ni.. even he also sometimes rujuk kat kamus tu.. 

Berbalik citer nak buat surat.. dah la technical man (called him HE, okay), he datang pun about 9.50am tadi.. lepas tu datang amik note atas meja dia.. and nak kuar gi Shah Alam.. (sebab He tahu ba wau sin outstation, so He datang lambat.. ) he as me to do his work.! OMG, aku terang terang bagi tau he, aku ada keje sendiri yang masih banyak.. scanning drawing and tender to be finish today.. and some ba wau sin ada tinggalkan wasiat atas meja aku, soh download catalogue dari website.. bukan sikit non.. keje 1/2 hari lom tentu habis tau.. then u want to do other works or you do your works? aku bagi tau dia.. aku ada keje.. nak aku buat keje dia.. till i finish my works first.. if not you do your self. becoz later ba wau sin balik office (today he go to Seremban for meeting), ba wau sin tanya are you done all your work? nak aku jawab apa? errrr ... errr.... errrr.. camtu? dah tentu tentu peluru terus masuk dalam kepala aku.. baik aku guna dulu perisai yang mana peluru tak boleh tembus aku.. kan... 

Aku kena bersikap lebih kepada straight kat sini.. dulu aku leh jawab.. okeh.. no problem.. okeh.. boleh.. now i change my answer... my work is my work.. ur work is your work.. aku bukan kejam beb.. bukan aku tak bagi format kat He.. aku siap email He format.. and siap lagi tajuk project all.. he just change the date and the point... dah siap.. lagi lagi He got draft letter from ba wau sin sebagai pembantu.. so what more?   


Dalam pada kita berduka.. masih suka lagi.. ingat akan keluarga tersayang.. membuat aku lebih kuat.. anak2 sebagai pemangkin semangat aku untuk terus mencari rezeki.. 



I'm doing all of this just becoz of my children, i love them much... dalam kedukaan.. ada sinar kebahagiaan... 



Tak sabar nak tunggu balik keje ni.. sebab boleh dok dengan anak2 sekalian kat umah.. dok sampai hari ahad.. kita gunakan masa ini dengan sebaik mungkin.. 


Maaf sebab anda semua kena baca rintihan aku.. aku geram.. sebab tu aku tulis gak.. mana mungkin aku keje lama kat sini takde masalah.. mana mungkin tempat yang kita suka tu takde duka.. mana mungkin.. tapi ingat.. semua itu adalah cabaran anda.. itu juga dugaan allah... dan fikirkan lah.. gunakan ia sebaik mungkin.. ada sinar di hujung sana.. :) 

Thursday, February 27, 2014

Kemarahan atau keegoan? & Kreatif ke anak2 kita?

Assalamualaikum...

12.30 tengah hari... baru dapat mengadap lappy... banyak keje kat office pagi ni.. ada 3 hari working days to submit tender.. boring tu jangan kata sebab kena ngadap muka ba wau sin kan.. semalam pun dah kena tengking.. hari ni tengok muka ba wau sin pun kering je.. kadang2 sakit hati sebab orang orang yang suka suki menengking ni.. padahal soalannya pasal email last year.. dah almost 7 months dah berlalu tau.. kalau sebulan 1 email.. maybe you can remember that things.. but if 1 month masuk dah quite a lot. takkan setiap email korang akan simpan dalam pale otak? and otak aku bukan komputer.. nak je leh search.. click button itu.. click button ini.. must give a time to me, at least talk slowly la.. ko ingat aku anak kecik umur 7 tahun ke suka suka ko hentam dan sembur sampai nak kuar gigi palsu tu? haiishhhh sakit hati.. 

kalau tak kerna aku ni mencari rezeki untuk keluarga.. aku dan lama angkat kaki.. pencen ke.. kan.. kah kah kah.. pencen ye la, tak cukup umur lagi.. belah cari tempat lain.. dahulu when earlier join here, aku seorang yang lembut.. cepat terasa, suka merajuk kot.. tapi lepas beberapa kali perkara yang sama berlaku.. sampai la sekarang.. aku hanya kena pekak kan telinga.. do your work nicely! done your work perfectly! cukup time masuk keje.. cukup time balik umah.. nothing more than that.. 

And nak di jadikan citer.. one day, just few days ago.. dia tengking sebab aku kuar makan 1 - 2pm.. actually aku kuar gi bank, cari parking, masuk bank beratur, and come back to office about 15 minutes before 2pm, then aku bergegas nak makan lah.. nanti kul 2 nak sambung keje.. but when ba wau sin see my face je terus dia called me.. come to my room.. 'he said', oleh kerna aku terlalu lapar, aku cakap ' can i eat first?' UOLS NAK TAU DIA JAWAB DENGAN MUKA MARAH MULUT SAMPAI NAK TERSEMBUR (kalau makan sirih la) "Makan time only 1 - 2pm, 2 o'clock you must start work already. " then ? what u think i can say? aku just jawab.. YE LAH.. belum pun kul 2.. that's why i want to eat first.. hmmmm ( betapa berani aku menjawab kan.. ) actually is my lunch time.. it's up to me what i want to do on my lunch time.. betul tak? aku nak terbongkang terkangkang ke.. aku nak buat apa aku nye suka la.. as a boss pun he cannot do like that to me.. at least you as boss you see first your watch and you talk.. takde la nampak boss cam b.o.d.o.h sangat bagi jawapan ' lunch time only 1 - 2' kan?

Hmmm.. start from that time... now our relationship between us dah mula straight. works is works.. not more than that.. is okay.. aku lagi suka.. if not aku kena hadap perangai miang dia tu.. sampai ke tahap nak buat laporan polis dah.. 

dah.. sakit hati cakap pasal tu.. aku nak retired pun lama lagi.. kalau takde apa2 halangan.. murah rezeki aku.. 5 tahun je lagi dari skrg aku akan berhenti keje.. time tu fiyya dah 6 tahun.. so boleh la aku jadi makcik van hantar anak gi skolah.. kakakakakakak



Aku selitkan gambar2 kretiviti anak2 aku yang aku nampak terselit di lappy ni.. di lukis di bahagian 'paint' kat dlm lappy.. siap letak nama dia sendiri kat situ.. bibior besarnya kan..



Yang ni pun done by haikal.. orang-orang kot.. 




Yang atas ni lak.. hakimi yang buat.. dia menginspirasikan dari permainan skateboard.. skrg ni kimi sangat minat main skateboard.. sampai lukisan or apa2 yang dia buat ada skateboard tau.. even dalam umah dari bilik dia nak ke bilik air dia naik skateboard.. huhhh.. 



Skateboard vs longboard.. memang 2 jenis board ni hakimi minat.. now dia dah menabung untuk beli yang original skateboard kat internet.. aku tengok bukan main2 lagi harga.. ratusan gak.. takper.. ko simpan duit sendiri.. dah cukup kaborkan kat mama.abah.. nanti kita bawa dia belikan.. 



Wednesday, February 26, 2014

Mari kita tengok sapa yang kena...

Assalamualaikum...

Please refer to the picture below:-

ahakksss...



Kalau korang tengok kan... ada persamaan tak? 
dah lama aku simpan.. dah lama aku bezakan... :) hmmm

Camne? 
Kiri sekali Fiyya, yang tengah tu Sakinah and kanan skali tu.. of coz mama dia.. 
hmmm.. jom.. komen anda ku tunggu.. 

Tuesday, February 25, 2014

Asam Rebus Ikan Kembong

Assalamualaikum...

Bila hari2 kita masak... sampai rasa kekeringan idea nak masak apa.. sebab bahan2 yang terhad dalam simpanan... kalau bahan banyak.. nak masak apa semua jadi.. hmmmm.. then.. singgah kedai beli daun kesom je la.. yang lain dah ada stok.. aku tanam daun kesom kat umah.. belum dapat hasil lagi.. insyaALLAH.. tak lama lagi kot kan... 

Asam rebus ikan ni kalau sesetengah orang panggil Asam pedas ikan lah.. ni versi utara.. ala2 rebus dalam peyuk sampai masak.. bahan2 tu pun semua senang2 belaka.. pendek kata pejam mata pun jadi kot.. hehe..





Tomato sampai dah kuar kulit... hmmm ni versi aku saja nak bagi lembut.. sbb aku tak letak air asam jawa.. just guna tomato sebagai asamnya..






Resepi ASAM REBUS IKAN KEMBONG

Bahan2nya:-

3 Ekor Ikan kembong potong 2 (bersih dan bilas bersih) 
* Kalau yang suka gantikan lah dengan ikan pilihan anda.. seperti Mayong ke, Tenggiri ke, Atau pun Ikan Pari... yer.

2 Ulas bawang kecil rose
2 Ulas bawang putih 
(kedua2 bawang ni di tumbuk halus)
6 biji bendi
3 biji tomato
1 Ikat daun kesom (aku beli 40 sen)
1 Sudu besar cili blender
Air putih secukupnya
Garam dan aji sebagai perasa.

Cara2nya:-

Semua bahan2 di atas di masukkan ke dalam periuk.. (kecuali Ikan, garam dan aji) Masak sampai menidih, baru lah di masukkan ikan.. setelah menidih lagi masukkan garam dan aji, rasa secukupnya.. tutup api, dan sedia untuk di hidang.. :) 

Terima Kasih Semua...

Assalamualaikum...

Nak citer gak.. every week aku akan check nuffnang.. tengok apa yang naik.. apa yang turun ka.. 
so far aku dah cash out 2 kali nuffnang ni.. alhamdullillah.. walaupun amount nya tak banyak mana.. tapi aku tetap happy.. in planning nak cash out lagi yang ke3.. tapi masih tunggu and tunggu waktu yang sesuai..

Orang lain pun dah cash out banyak kali.. amount pulak bukan main-main lagi.. alaaaaa.. aku setakat tak bape butir pun dah cukup seronok.. kalau banyak butir tu lagi seronok la kot kan.. :) of coz..

Aku mengucapkan ribuan TERIMA KASIH untuk SEMUA yang selalu singgah sini.. bila aku tengok apa yang rata-rata orang cari.. kebanyakkan nya ialah tetang Resepi Masakan.. dan ada juga yang selalu masuk sini cari Petua.. berkenaan kuning baby dan selsema.. hmmm lepas ni kalau nak apdet.. kena banyak pasal resepi dan petua lah yer.. kata kuncinya.. kalau bab2 keluarga ni sapa nak kesah.. syok sendiri je kot.. hahahahaha.. 





Aku dapat CPUV dari cik Nuffnang yang baik hati.. walaupun aku tak dapat langsung dalam bulan January.. tapi aku dapat 2 CPUV dalam bulan February.. hahahah happy.. sedang berjalan.. tapi aku punya visitor takde la sampai ribu pun sehari.. setakan paling banyak pun baru 500.. tu kalau banyak.. kalau sikit? hahahahahah 1 pun tarak.. (tu kadang2 hari yg tak apdet langsung).. 



Yang ni aku tengok visitors aku dalam minggu lepas.. bukan hari ni.. minggu lepas.. (press again).. majority of coz from Malaysia bumi tercinta.. :) and ada sebahagian dari US.. and Singapore.. dan segelintir dari negara2 lain.. :) fuhhh.. femous ke?




And ini lak yang menjadi referrer untuk sampai ke blog aku.. TQ kepada Blog Salam2Benua yang menjadi top referrer.. and kepada blog blog yang lain yang banyak membantu.. :) TQ allllllssss... 

Monday, February 24, 2014

Moody monday ke?

Assalamualaikum....


Nampak dak gambar kat atas tu?
alahaiii... sangatlah rindu nak balik kampung.. walhal baru je CNY lepas balik.. tapi macam tak puas.. macam tak cukup... biasanya tahun tahun lepas CNY aku akan berkampung lebih dari seminggu kat sana.. tapi tahun ni hanya 3 hari 2 malam je.. tu pun 1 malam kat umah mil.. satu malam kat umah mak.. tak puas tak puas tak puas..

Terasa sangat sangat nak balik kampung.. nak dok ngan mak.abah.. nak berkepit.. bangun pagi dengar mak.abah dok bertong teng kat dapo siapkan masakan pagi utk cucu cucu... riuh rendah suasana kampung kalau balik ramai2... hmmmm.. nak tunggu raya puasa.. nun jauh di sana.. sedangkan kita masih lom berpuasa..

Macam mana nak buat ek?