Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, March 03, 2014

Cinnamon Roll Mudah..

Assalamualaikum...

Cepat-cepat nak apdet.. hari ni isnin sudah... Semalam waktu aku tengah ngangkat kain kat ampaian.. aku dengar cam bunyi guruh... amati lagi.. bunyi guruh ke itu.. ohhh tidak.. lama betul aku tak dengar bunyi tu.. and confirm.. mmg bunyi guruh.. di samping tiupan bayu yang sejuk.. dalam berbahang cuaca petang yang sebelumnya itu sangatlah terik.. OMG.. seronok nye aku... bukan takat aku je yang akan seronok.. malah orang lain aku percaya turut seronok cam aku... aku buka terus tingkap semua bilik.. bagi udara segar nak hujan tu masuk ke dalam rumah.. supaya aliran udara segar tu boleh masuk.. aku angkat lak kain langsir di tingkap supaya senang aliran tu masuk dan keluar.. hmmm betapa gumbira kan.. 

Pepatah dah menyebut.. " Bunyi guruh di langit, air di tempayan jangan di curahkan " hmmmm tapi takde air nak curah.. malah air kena banyak simpan skrg ni.. musim kering.. musim catu.. kan.. petanda yang akan turunnya hujan itu tidak berlaku di kawasan rumah aku.. malah bukan di daerah Puchong skali pun.. tiada setitik pun hujan membasah tanah di Puchong.. tapi pagi tadi waktu tengok MHI kat TV3 tu.. mmg ada nyebut pasal hujan di sesetengah kawasan yang sangat lebat.. Kuala Lumpur.. dan yg sewaktu dengannya.. tapi tidak di tempat tadahan air.. ape pun alhamdullillah.. syukur.. kerna hujan juga.. sekurang-kurannya udara yang nyaman tu dah sangat menerujakan aku.. kan..

Jom.. ni kisah aku nak wat Cinnamon Roll.. kejadian berlaku pada hari sabtu.. petang lagi.. memikirkan menu nak minum petang.. sambil2 aku uli je la tepung dengan serbuk yis tu.. menjadikan ianya doh.. biar di rehatkan sampai kembung.. 

Waktu nak nguli ni amik masa kurang 1/2 jam.. tapi waktu menunggu kembong tu 1/2 jam berikutnya.. dan nak mencanai dan membakar tu 1/2 jam dan lebih.. hmm kalau nak buat ni lenkali kena target masa sekurang-kurangnya 2 jam.. yer.. 


Caranya2 aku mengandunkan doh.. :-

Tepung gandum aku guna 800g, 1 pek yis serbuk (aku pakai yg dia tulis ragi roti) 7g, 1 sudu kecil garam halus, 1 sudu besar butter, 1 biji telor ayam (size ikut suka je), 1 sudu besar gula pasir, 4 sudu besar susu tepung, semua nya di gaul kering sehingga sebati... lepas tu guna kan air dari peti sejuk.. (air putih yg sejuk) untuk menguli doh.. uli sampai rata dan tidak melekat di tangan.. rehatkan sehingga doh menjadi kembong.. (bekas di tutup dengan kain bersih yg lembab)



Bila doh dah kembong.. tumbuk-tumbukkan doh supaya keluar angin2nya di dalam.. 



Ratakan serbuk tepung di atas dulang mencanai.. dan doh sedia untuk di canai.. gunakan penggolek dan canai ikut suka bentuk anda.. 



Dah di canai, doh akan menjadi begini.. leper yer..



Aku sapukan butter supaya doh lebih wangi..



Taburkan gula perang atas doh yang di canai.. 



Taburkan di atas gula serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)... 



Selepas itu bolehlah di gulung supaya menjadi bulat.. selepas itu sedia untuk di potong kepada beberapa bahagian.. dan boleh la di masukkan dalam dulang untuk di bakar..



Sebelum di bakar.. gulungan ini di atur sedikit jarak, supaya ada ruang untuk ianya berkembang..



Cinnamon roll yang sudah siap di bakar.. alhamdullillah.. selepas tu sapukanlah dengan butter supaya cinnamon roll tidak nampak kering.. :)

Selamat mencuba.. :)


13 comments:

  1. Salam Nani..Rajennyaaaa bercinnamon roll yer,mmg seronok klu ada anak2 kat rumah.Semangat nak masak mcm2 kan?...

    ReplyDelete
  2. sedapnye!!!!mcm blh terbau2 wanginya cinnamon roll ni

    ReplyDelete
  3. assalam nani,
    tak jadi hujan yer..seingat sy dl rumah kat p.perdana tuh ade tangki kan kat dalam bilik atas atas tuh..kurang2 air blh bertahan tuk sehari dua kan. dok apartment mmg susah sket kan kalau nak beli tangki besar2 buat simpan air..harap2 tak berpjgn krisi nie inshaallah.
    sedap cinnamon roll tuh..terasa cam nak buat lagi lak.heheh

    p/s-arissa hingus tuh nampak cam sikitlah nak kering..tp masihade lg...sbb kami tak bg ubat apa pun..dahlah selera makan dia makin kurang..tengok makanan palingkan muka..kalu paksa nanges..mmg susah ngan budaksorang tuh..aidan nampak cam ok sket tuh..sbb rancak jer dok main nyakat adik tuh..

    ReplyDelete
  4. uish awk plk nani tepek cinamon roll..kenapa minggu ni ramai org keliling sy buat roll ni..membuatkn daku teringin saja...esok cuti nak wat lah sambil berkebun...:D

    ReplyDelete
  5. bestnyer pakai tangan je pun boleh yek kak nguli roti nih... aku tak penah sekali pun cube... tp tingin bebeno nk meroti

    ReplyDelete
  6. sedappnya kak... boleh lah nak cuba buat ni nti...:)

    ReplyDelete
  7. amboi...rajin plak meroti ya..hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya nampak berkilat2 lepas buh butter,
    thanks sharing the recipes :)

    ReplyDelete
  9. Tempat kakak pun hujan tak merata. Masa jenguk anak kat asrama dia hujan tapi tempat kakak tak hujan...

    Fiyya makan seketul roti ni tak habis kakak rasa... puas dan kenyang:)

    ReplyDelete
  10. mmg tak susah sgt nak buat kan..
    wife saya selalu buatkan dulu..
    kalau makan kat satu kedai cinnamon roll ni kat midvalley( now dah tutup), amat lah mahal

    ReplyDelete
  11. salam kak..

    syukur la hujan turun kan..dapat juga turunkan haba yang panas tu..apapun, cinamon roll tu nampak sedap la kak..^_^

    ReplyDelete
  12. sedapnyer nani... terbau sampai sini ... ehm nampak boleh bukak kedaini...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)