Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, February 25, 2014

Asam Rebus Ikan Kembong

Assalamualaikum...

Bila hari2 kita masak... sampai rasa kekeringan idea nak masak apa.. sebab bahan2 yang terhad dalam simpanan... kalau bahan banyak.. nak masak apa semua jadi.. hmmmm.. then.. singgah kedai beli daun kesom je la.. yang lain dah ada stok.. aku tanam daun kesom kat umah.. belum dapat hasil lagi.. insyaALLAH.. tak lama lagi kot kan... 

Asam rebus ikan ni kalau sesetengah orang panggil Asam pedas ikan lah.. ni versi utara.. ala2 rebus dalam peyuk sampai masak.. bahan2 tu pun semua senang2 belaka.. pendek kata pejam mata pun jadi kot.. hehe..





Tomato sampai dah kuar kulit... hmmm ni versi aku saja nak bagi lembut.. sbb aku tak letak air asam jawa.. just guna tomato sebagai asamnya..






Resepi ASAM REBUS IKAN KEMBONG

Bahan2nya:-

3 Ekor Ikan kembong potong 2 (bersih dan bilas bersih) 
* Kalau yang suka gantikan lah dengan ikan pilihan anda.. seperti Mayong ke, Tenggiri ke, Atau pun Ikan Pari... yer.

2 Ulas bawang kecil rose
2 Ulas bawang putih 
(kedua2 bawang ni di tumbuk halus)
6 biji bendi
3 biji tomato
1 Ikat daun kesom (aku beli 40 sen)
1 Sudu besar cili blender
Air putih secukupnya
Garam dan aji sebagai perasa.

Cara2nya:-

Semua bahan2 di atas di masukkan ke dalam periuk.. (kecuali Ikan, garam dan aji) Masak sampai menidih, baru lah di masukkan ikan.. setelah menidih lagi masukkan garam dan aji, rasa secukupnya.. tutup api, dan sedia untuk di hidang.. :) 

13 comments:

  1. Emmm.. nampak menyegarkan.. resepi nampak mudah.. boleh cube ni..

    ReplyDelete
  2. sedapp.. suke makan.. lagi² ada bendi

    ReplyDelete
  3. antara makanan utara yg serasi dgn cheq ni. heheh ni pun xyah lauk lain dah

    ReplyDelete
  4. Yang macam ni la kita suka...buh cili api...penyet...slrup kuahnya...perghh segar terasa..

    ReplyDelete
  5. my pak mertua suke ikan rebus2 gini.... tapi menantu dia x pandai masak.. huhu

    ReplyDelete
  6. selera saya makan kalau ada asam rebus macam ni..sedap hirup kuah yang panas..

    ReplyDelete
  7. Tgk kan rupanya mcm singgang...rupanya asam rebus eh....ada daun kesom

    ReplyDelete
  8. assalam nani
    lauk biasa kalu kat kg he hee mak akak masak gini utk ayah akak tu yg
    suka hirup kuahnya
    dan sedappp oo kan

    ReplyDelete
  9. mkn ngn sambal pedas2 mmg ngam heheheh

    ReplyDelete
  10. bestnya asam rebus. saya tak makan bendi, so selalunya letak kacang panjang. hihi
    asam rebus nenas pon best kan
    ish keliur plak sebut2 ni hehehehe

    ReplyDelete
  11. sedapnya, pastu kawankan dengan sambal belacan ke, sambal ikan bilis hitam tu ke, phewwwwww...

    huwaaaaaaa, terliur!!

    ReplyDelete
  12. Assallamualaikum Nani..
    Fiyya sihat ke? Nadz suka asam rebus cam ni tp selalu buat tak guna cili kisar tu, tp guna cili padi..perghhh mmg makan nasi bertambah2..tak jadi diet dibuatnya...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Lama tak pekena asam rebus macam ni. Kalau akak la, pakai hirup jer kuahnya, hhehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)