Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, July 22, 2013

Resepi Masak Lomak Cili Api


Assalamualaikum... 

Bersua lagi.. dah Ramadhan ke-13 hari ni... harap semuanya baik2 belaka.. 
Puasa dah ponteng ke belum? aku? belum lagi.. mungkin so soon lak kot.. tapi takper.. berpuasa kali ni agak panas.. kurang hujan dan cuaca agak kering kan.. dan hari ni negara kita di landa Jerebu kali ke-2, mudah2an umat islam yang berpuasa mampu menjalani ibadah berpuasa dengan jayanya.. insyaALLAH..



Tempek gambar fiyya yang sekarang dah 6 bulan 20 hari..
Asyik benor dok tengok tv fiyya ni.. mama snap gambar dia pun dia tak perasan.. :) 


Jom.. nak share sini.. sudah tentu uOls dah pandai wat Masak ni.. tapi aku nak share cara aku.. :) Masak Lemak Cili Api Ikan Kembong. 

RESEPInya.. 

Bahan2nya:-


3 Ekor Ikan Kembong ( siang dan cuci bersih )
9 Ulas bawang merah kecil ( blend halus @ tumbuk )
4 butir bawang putih ( blend halus @ tumbuk)
2 Sudu kecil serbuk kunyit
1 Cawan santan
Daun kunyit
3 Batang serai di titik.. 
5 butir Cili Api merah ( Tumbuk kasar )
Air jika perlu
Garam / serbuk perasa

CARA2NYA:-


1-  Masukkan bawang merah & bawang putih (yg di blend halus)
2- Masukkan cili api merah.
3- Masukkan serai yang di titik.
4-  Daun kunyit di carikkan dan masukkan ke dlm periuk
5- Masukkan santan tambah sedikit air supaya tidak terlalu pekat 
6- Letakkan periuk di atas api yang sederhana kuat. 
7-  Bila dah menidih masukkan serbuk kunyit dan jika terlampau pekat masukkan air sedikir. 
8- Masukkan Garam dan serbuk perasa, masukkan ikan. 
9- Biar menidih dan ikan masak baru tutup api.. dan siap untuk di hidang.. :)





Friday, July 19, 2013

Resepi Lamp Chop Mudah di rumah.

Assalamualaikum...

Nak citer pasal semalam, balik keje kul 5 (bulan posa sahaja), baru masuk highway susur ke Puchong Perdana tu tetiba JEM TERUKKK!!!! nape ni.. ? tertanya-tanya lah aku kan.. aku ni kalau pasal exciden ka.. memang gelabah sikit.. bukan gelabah bab aku nak gi tolong.. tapi gelabah tak boleh bawa kete.. penah dulu.. exciden kat selekoh tractor malaysia kat puchong tu, budak motor dah dok atas divider tepi tu org dok heret.. aku menggiggil2 kaki nak tekan pedal minyak sampai ke rumah menggiggil tu.. and ada dulu nak balik kg.. dekat h.way.. dalam dok laju-laju mr mama bawa kete tu, tetiba satu tempat tu jem.. rupanya exciden teruk.. mr mama kata.. tapi aku siap2 turunkan sit kete tu landing.. aku tak nak tengok.. hmmm tu kalau ada pemandu lain, kalau takde..? 

Ok.. kesah jem tu balik... jem ke lima 5 link tu.. heran wo.. mesti exciden teruk kan dalam hati aku.. mula la fikir.. kesian mak pak dia kat kg tunggu nak balik raya. lepas tu sempat fikir.. kesian anak bini dia tunggu nak bukak posa.. huhhh.. jenuh dalam dok fikir tup tup sampai turn aku kat jem yg teruk tu.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! sekali yang membuatkan jem itu adalah... teng teng teng... LEMBU koooooooooooo!!!!!!! hahahah tapi takot gak.. lembu tu lebih tinggi dari kete aku.. sib baik dia tak sodok kete aku ngan tanduk dia.. takot arghhh.. dah lepas pada jem tu, aku fikir, kalau aku tau lembu aku tangkap gambar masuk sini kan.. tapi mana nak sempat capai segala2 kan.. biar je la.. hanya pengalaman itu yg aku nak citerkan.. :D wahahahaha.. patut lah on that time ada 3 bijik motor polis bawa ikut songsang jalan... hmmmm.. 


Ok dah.. settle citer tu.. skrg nak kongsi pasal buat lamb chop.. 


Aku beli lamb ni kat Tesco, yang dah siap slice kan.. 4 pcs dalam Rm14.00 camtu lah.. terliur aku tengok lamb tu terpangpang kat peti sejuk.. terus sambar 1 pek.. tapi aku sangat lah jarang beli lamb.. mungkin nak sangat makan baru aku beli.. dalam 1 tahun sekali je kot.. and petua beli lamb ni, kalau lamb ialah kambing muda and kalau mutton tu kambing tua.. hmmmm (kata kawan aku) so aku amik lamb... sebab aku tak nak bau dia sangat.. aku bukan pandai masak sangat pun.. kang bau tak pasal2 aku bagi sejuk beku berkurun2 pulak.. kan.. :) 



Ini lamb yang aku sebut.. aku panggang tapi aku dah perapkan 30 minit dengan rempah ratus sikit dan sos bbq. 







Resepi Lamb Chop Mudah

Bahan2nya:-

2 ketul lamb slice di bersihkan dan di perap bersama selama 30 minit.
1 sudu makan sos bbq
1 sudu makan cili serbuk
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam kasar

Cara2nya:-

Perap selama 30 minit, dan boleh la di bakar di dlm oven atau pemanggang ajaib kira-kira 20 - 30 minit, dah siap boleh la di hidang bersama kentang goreng atau pun potongan roti yang di potong memanjang dan di bakar 5 minit di dlm oven. boleh di cicah bersama sos bbq atau pun sos lada hitam. (paling mudah) 






Thursday, July 18, 2013

Resepi Spageti mudah tapi sedap..


 Assalamualaikum..

Dah tengah hari kan.. jap gi balik keje nak masak.. beside that nak kena singgah kedai beli santan dan serai.. nak buat masak lemak cili padi.. ingat2 ni.. :D x sabar nak balik rumah ni.. :D hehehe

Berkobar2 nak balik masak.. alahaii..

Ni menu berbuka puasa kami sekeluarga semalam.. di ramadhan ke-8, masa balik keje tu dah siap2 mandi, mr mama tanya.. cendawan ada tak? aku tanya kenapa? mr mama cakap nak buat spageti.. owhh.. terus aku jawab.. sama la kita.. i pun ingat kat opis lagi nak balik buat spageti.. tak sangka kita fikir sama.. :) mr mama pulak sambung.. of coz la sama.. kita kan sehati sejiwa... yo lah.. itu time sama.. yg time tak sama tu mencakor2 gak la.. :D hehehe

Jom tengok resepi spageti aku w/o cendawan.. pun sodap apa.. :D



Spageti tradisional ni aku beli brand kimball.. test tengok yang brand tu sedap ke tidok.. 
hmmm.. alhamdullillah.. sedap sangat.. :) 



Kuahnya yang aku dah campur dengan isi ayam dan sosej.. :D (ganti cendawan)





RESEPI SPAGETI MUDAH

1 Labu bawang besar (cincang halus)
3 Ulas bawang (cincang halus)
2 Ketul isi ayam di cincang kecil
2 batang sosej di cincang kecil
Minyak sedikit untuk menumis
Butter 1 sudu untuk menambahkan keharumannya..
Daun ketumbar di rincik halus.. (utk harumkan)
garam + ajisio


1 paket spageti (aku beli brand kimball jugak murah cuma rm2.30 je)
Rebus dalam periuk + kan 1 sudu besar minyak masak.. rebus sampai kembang dah toskan.. 

Cara2nya:-


1-  Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan butter, bila dah panas campakkan bawang besar, goreng sampai layu.

2-  Masukkan bawang putih, biar naik bau.

3-  Masukkan sosej dan isi ayam.. gorengkan serta biarkan sampai layu. kacau perlahan2..

4-  Masukkan sos tomato tradisional kimball, masak sampai menidih. aku tambah air 1/2 botol sos kimball tu.. 

5- Dan menidih masukkan daun ketumbar dan gaul sebati..

6-  Masukkan garam dan ajisio secukup rasa.. posa jadi agak2 je tau.. :) 

7-  Siap untuk di hidang.. :) 


Kisah Bulan Puasa aku..

Assalamualaikum..


Pagi di subuh ramadhan ke-9, syukur alhamdullillah.. :) 
Entah la.. tak sedar pukul berapa datok harimau mr mama bangun angkat kain kat ampaian.. sedar2 cuma terderngar dia tutup sliding door kat balkoni tu je.. hmm hujan.. bestnyer tido... 

Tapi selepas itu... mr mama tutup lampu balik.. owhhh, mungkin awal lagi kot.. aku ni spesis malas tengok jam.. sebab aku tak nak memikirkan pasal rushing or what ever lah.... kalau dah tengok jam sure kita bajet time.. when bajet time mula lah teringat itu ini, susah pulak nak lolap kan.. :) Tapi lama gak.. dah terlelap tu kan aku dengar h.p alarm mr mama rigging, so dia kejut.. yang bangun! .. hmmm tu je dia cakap.. :) wahaha.. ringkas.. pantas dan tuntas.. aku pun cakap getah ikat rambut and ke dapor.. 

Eh.. apesal kisah tu pulak kan.. ok ok.. sebenarnya cam biasa.. rutin kita umat islam berpuasa kan.. 
First BANGUN SAHUR, lepas tu KERJA, lepas tu BALIK KEJE, lepas tu MASAK, lepas tu BUKAK POSA, lepas tu SOLAT + JAGA ANAK, NGENDENG ANAK, SUSU KAN ANAK, BAGI TIDO ANAK, TUKAR LAMPIN ANAK, SALIN BAJU (kot comot) ANAK, BLA BLA BLA BLA.. akhirnya mama nan besor ni pun tumbang sekali dengan anak.. wahahahaha.. kan kan..

Jom.. sementara aku free ni, nak tempek gambar fiyya dulu.. lepas lunch kang ke.. baru tempek gambar makanan.. kang tak pasal2 perut keroncong awal2 pagi kan.. moh ler kitewww..















Ok.. ini saja wat masa ni.. fiyya aku pakaikan topeng abang haikal, lepas tu ikat sanggul sorok kat belakang pale dia.. cam nenek je.. nenek ciput.. setempek bunga kat pale bagi sweet.. saja amik gambar.. fiyya ni bukan main kalau orang nak amik gambar dia.. dia pun posink la.. :) hehehe

Wednesday, July 17, 2013

Resepi Sambal Ayam versi Mama :)


Assalamualaikum...

Ni citer semalam punya.. aku punya la sebok kat dapur nak siapkan juadah berbuka... tapi si comel ni tak nak duduk la pulok... nak ngendeng2 aku sebab nak nyusu.. alahai sayang.. tengok tu.. geram je... mak kan bizi nak masak.. mr mama cuti masuk dapor.. angin kus kus dia mari.. so malas dia nak masuk dapor seharian semalam... 

Makanya aku lah kena jadi bidan terjun kat dapor.. eh eh.. bukan ke itu keje aku? dah biasa pulak aku ni tolong cover je dok dapur tu.. kalau bagi 10 kan.. aku masak 3 kali.. 7 kali mr mama lah.. tu la namanya bidan terjun.. kadang tu weOls kat dapur berdua leh gaduh.. so baik sorang je masuk.. sorang lagi melagut je.. hmmm citernye.. 

Gaduh nape? sebanya aku nak masak yang lain.. mr mama nak masak yang lain.. aleh aleh buat semua.. lepas tu selambak tak abis.. tu la gaduh tu.. bukan gaduh cakor mencakor tu tau.. :D wahahaha.. sabor je ler..



Fiyya kena dokong dengan mr mama.. tapi mamanya ni sibok nak amik gambar makanan lagi.. kang makanan tu dah kena ngap.. tak sompat mama dah.. sabor ye sayang..



Dah suruh senyum pun tak mau dah.. nak sua tangan je dia tau.. eh eh.. 


Apa yang aku bizi sangat tu kan.. ni lahai... goreng ikan masam terubuk dari Sarawak, ole ole dari Kak Yong aku, mak aku dan Kak Ngah aku.. so dapat 3 ekor kat aku.. leh wat stok bulan posa.. 



Yang ni lak sambal ayam.. kekdahnya dah tak tau nak buat apa ayam ni.. beli sampai 2 ekor ko.. abis tu jenuh memikir pusing2 makan ayam.. pusing2 makan ayam... nah.. jadi la sambal ayam..

Resepi Sambal Ayam versi Mama :)

7 ketul ayam (cuci bersih dan selawat lah)
15 Tangkai cili kering (potong - rebus - blender)
3 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
1 ulas bawang besar ( hiris tebal2)
Garam & Gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara2nya:-

1- Goreng ayam dahulu sehingga masak
2- Cedok dulu minyak yg banyak untuk menggoreng ayam tu ke quantiti sedikit sebab nak menumis.
3- Tumis bawang besar sampai layu baru campakkan bawang putih.
4- Bila bawang dah naik bau masukkan cili blender yang dah di blend tadi. gaul sebati.. kecilkan api.. biar menidih.. 
5- Masukkan gula dan garam.. gaul sebati.. bila dah menidih dan cukup rasa.. (agak2 ler.. kan puasa), masukkan ayam yang dah di goreng.. gaul rata - rata..
6- Siap untuk di hidang.. taburkan dengan hirisan tomato dan daun ketumbar untuk penyeri laman.. 
7- Sedia untuk di makan.. :) 




Tuesday, July 16, 2013

Sambal Tempe..


Assalamualaikum...

Hari tu tengok blogger Azatiesayang buat tempe sambal kan.. tetiba hari ahad lepas, mr mama pulak nak makan tempe sambal ni.. sebenarnya weOls berdua ni tak pernah masak ni kat rumah tau.. sebab tak de penggemar.. tapi tetiba je mr mama cakap nak wat.. ape pun, aku ikut je la.. skrg ni dah hari ke3 tempe sambal still ada dlm peti sejuk tu.. lom abis abis lagi, walaupun hanya semangkok ni je wat.. :) 

Aku bukan cakap tak pernah makan, tapi tak pernah wat.. biasa kalau nak makan just cedok sikit when tapau nasi kan.. atau kot2 makan kat kedai la waktu lunch time tu.. not bad walaupun festime buat.. mr mama tak suka letak kacang tanah.. sebab dia tak makan kacang.. jadi tak payah letak lagi bagos dari dia kelas kelas when nak makan tempe sambal ni kan.. :) 

Ok.. moh sambung keje pulak.. :) 

Geram.... !!


Assalamualaikum...

Saja tempek gambar baby fiyya kat atas tu.. nampak tak fiyya tengah memberontak?

Tak nak duduk atas carseat tu.. sebab nak suruh dukong.. hmmmm.. 

Apa kena mengena ngan aku? hmmm meh dekat dekat nak kaborkan... citer nye macam ni..

Malam tadi sangat lah awal aku tido.. lepas isyak.. sambil susu kan baby fiyya sekali ngan mama fiyya terus terlelap.. sekali jaga dah kul 12am.. hahahaha.. amik ko.. lepas tu kul 3am dah clear bijik mata tak boleh nak lelap.. gagah juga lelap.. ohh.. sekali dengan haikal lelap kul 9 tau.. lepas tu haikal tepuk bahu aku sebab dia dahaga.. dia mintak air sejuk pepagi kul 3am tu.. mr mama bangun bagi air kat haikal.. lepas tu jenuh nak dodoi bijik mata suruh lena.. akhirnya bijik mata ku berjaya lena.. sekali lagi terjaga kul 5am.. terus bangun panas kan lauk pauk nak sahur.. kejut anak2.. 

And pagi ni nak di jadikan citer... sampai ofis dengan muka yang ceria.. siap berIRON baju lagi ko.. biasanya aku pakai baju yg tak payah iron tau.. sebab malas + takde masa.. (alasan semata-mata), sampai ofis dengan Vangganya.. nak apdet blog.. sekali ko.. tenet ofis ok.. cuma server down.. PC aku connect to server.. when sever down sekali ngan aku tak leh connect to internet lah.. hmmm tu la pasal.. tunggu punya tunggu kul 11 lebih tadi baru bos masuk.. baru lah boleh apdet ini.. 

Amik la dulu.. intro for today.. :) daaaaaaa

Monday, July 15, 2013

Terjah Sogo dan Jalan TAR


 (09/07/13)

Assalamualaikum..

Sambung citer tadi..

Waktu kuar dari rumah nak ke Jakel Jalan TAR, hujan, but weOls teruskan juga perjalanan ke sana.. sebab in planning kak yong nak balik Taiping petang tu.. So kena juga gi Jakel sebelum kak yong balik.. Beg semua dah simpan dalam kereta kak yong siap2.. tapi WeOls pergi jalan Tar naik kete kuda aku.. :) senang sebab takde barang.. jadi boleh isi penumpang ramai kan.. :)

Di sebabkan hujan, jalan pun jem... memandu kereta pun amik masa dekat 2 jam.. kul 11.45am lebih kurang baru sampai KL, and weOls pergi Kampung Baru dulu untuk makan lunch.. :) pekena ikan bakar, lauk2 kampung dan sedikit juadah lain.. 9 orang makan hari tu rm 58 je.. termasuk air.. Abg yong cakap murah.. sebab weOls cedok semangkok2 lauk nya.. bukan main tarok atas tu.. :) ok.. perut dah kenyang.. kita terjah Jalan TAR.. first skali nampak Sogo lah.. and kita masuk cari baju raya dulu kat sana.. :) fiyya dapat sambar 2 stokin riben and 2 pasang dress.. :) kimi, haikal, kinah, tunggu abah ye.. :) kakyong paling banyak shopping kat situ.. ok.. jom tengok gambar.. :)



Sementara tunggu kakyong dok test kasut Carlo Rino, weOls amik gambar dulu.. Along (anak kak yong yg sulong) and fiyya.. :) 



Along, me and fiyya.. amboi fiyya.. toleh kat mama sampai macam tu sebab tak pegang dia.. :)




Fiyya sembang dengan Along.. apa yang di sembangkan tu entah la.. :) sib baik mood baby fiyya ok time ni walaupun sangattttt lahhhhh ramai orang dalam sogo sungguh pun hari selasa.. 



Belakang tu kak cik.. anak kak yong yang ke3.. Farhana namanya.. but weOls call her Kak cik.. untuk anak2 sebut pangkat kan.. ajar supaya respect.. :)



Tengok ni.. fiyya bukan main buat muka kat mama bila nak amik gambar.. :)




Nampak tak ada hitam sikit kat hidung fiyya tu.. tu tanda calar kena kuku fiyya.. alahaiii lah anak..




Ni lak Abang Ngah.. (anak kak yong no.2, sama umur dengan kinah) bergambar dengan hakimi dan fiyya.. :) 



Sakinah, abang ngah.. fiyya kimi and haikal tak pandang camera pun.. :) isy x 3




Amirul Hakimi.. :) bukan senang nak amik gambar budak ni tau.. :) 




Sakinah tengah test lipstik.. :) 
haikal wat per tau.. pakai bedak tu.. sampai comot.. hahaha!!



Kak cik tengah monyok.. sebab ibu tak nak beli beg tangan cadangan kak cik.. sebab ibu nak beg tangan Sembonia warna putih + cream.. tapi kak cik soh beli beg tangan warna merah menyala.. so ibu tak nak dengar.. hihi merajuk la ni.. 



Ok.. kononnya weOls nak balik awal kan.. sekali malam da.. siap boleh amik gambar KLCC dari dlm kete.. waktu ni tengah tunggu trafix light kat depan KLCC tu.. jadinya kak yong tak jadi balik kg on that day.. stay 1 more night and diorang balik kg subuh 1 ramadhan kul 3am.. :) 




Abang Cik Fakri and Kak Cik Fiyya

(09/07/2013)

Assalamualaikum...

Selamat hari isnin dan selamat berpuasa.. 6 ramadhan sudah hari ni.. alhamdullillah.. :)

Pagi ni bizi sikit, tapi kepoh nak apdet blog jugak jugak.. :) tadi masuk je opis.. tengok atas meja.. wow wiii.. banyak jugak tugasan pagi ni nak settle... jap ye.. sesambil print out instruntion manual yang beratus keping tu.. aku sambil menaip ni lah.. :) 

Kejadian ini berlaku sewaktu kak yong aku yang baru pulang dari Kuching... dah balik semenanjung pun lewat senja baru sampai, makanya diorang bermalam dulu di rumah aku.. sebab on the next day kak yong nak beli baju pengantin di Jakel Jalan TAR tu.. siapa yg nak bawa? aku lah.. :P (kenapa kak yong nak beli baju pengantin? aku jawab siap2.. sebab kak yong aku ni bisnesswoman merangkap mak andam.. dia ada butik pengantin kat Taiping.. kalau sesapa nak tengok pelamin dia ka... make up pengantin dia ka... masuk fb dia.. (shilabridalhouse) promote ni.. wahahaha 

Sebelum gi Jakel Jalan TAR, siap2 baby dua orang ni and sarapan dulu.. pagi tu aku cuma goreng karipap yang aku buat day before.. sebab kakyong aku nak makan karipap sardin, and anak buah nak makan karipap sayur kacang.. so sebagai mak saudara yang prihatin kan.. wakakakakak.. ye la sangat.. :P aku buat jugak walaupun berkejar2 masa  nak siapkan dengan fiyya yang tak mau lelap.. :) sabor je ler..

Hari tu weOls aku amik cuti lah.. sebab last minit arrangement so aku amik EL 1 hari.. :) baikkk kan adik nan sorang ni.. teman kakak sanggup amik EL you... (baik lah sangat.. :P wakakakaka) 

Layan gambar baby tido.. dulu.. :) 


Baby abang cik dah tak nak lelap.. dah nak bangun.. tapi fiyya maintain tau.. tido je dia.. :) 



Tengok baby abang cik... uwaa uwaaa.. time ni baby abang cik baru 49 days.. :)



Fiyya lak.. tengok fiyya.. :) haha.. tido sampai nampak kedai kopi.. :P




**** nanti aku apdet citer weOls kat Jalan TAR okeh.. **** 



Friday, July 12, 2013

Kacang Kuda Dan Kacang Buah Pinggang menu berbuka puasa ke-2

Assalamualaikum...


Selamat hari jumaat... semoga hari ni lebih baik dari semalam.. insyaALLAH..

Mintak maaf banyak banyak sebab aku nak apdet pasal menu masakan aku semalam...

Aku fikir menu ni agak uniq dan sedap.. dengan berbesar hati aku nak berkongsi dengan kawan2... :) hopefully takde kawan2 yang marah sebab aku apdet menu makanan awal2 ye.. 

Semalam waktu kat opis, mem citer kat aku.. kacang kuda and kidney bean ni.. baik untuk body dan boleh tahan lapar.. serta tinggi zat zat di dalamnya... so sesuai untuk menahan dari lapar dlm jangka masa agak panjang.. hmmm :) 

Hari rabu bos bagi tips supaya aku kekal kenyang.. hari khamis mem pulok... deme 1 pasangan ni memang suka pasal resepi.. termasuk lah aku yang dok keje ngan deme.. pun suka mengubah dan meng-experimentkan makanan.. :) 

Dan dan bila mem kata sup kacang kuda bagos.. aku mintak izin nak kuar ke giant beli kacang kuda.. (bulan puasa aku tak de waktu rehat sebab balik awal 1 jam) sbb kacang kuda kena rendam dulu sebelum masak.. jadi sesuai sangat lah aku rendam pukul 1.30pm tu sampai kul 6pm baru aku masak.. so rendamnya dekat opis okeh.. mem bagi aku air diamond sebab dia kata air diamond tu lebih kurang molekul2 di dlmnya.. so perkembangan kacang tu akan lebih cepat.. :) itu kata mem... so aku try je la.. kebetulan air diamond ada sebotol kat opis.. 

ok.. balik rumah terus aku masak sup ni.. sebenarnya mr mama balik lewat sebab kena gi Port Klang semalam petang, jadi dengan jem segala bagai sampai rumah kul 6.30pm, aku balik kul 5pm and mr mama pun bulan puasa balik kul 5pm jugak.. cuma semalam ada kerja yg tak dapat di elakkan termasuk jem kan.. 




Kacang kuda dan Kacang buah Pinggang yang aku dah rendam kat opis.. di toskan..



Masak sup macam biasa... aku buat sup daging.. waktu aku masukkan potato tu aku masukkan sekali kacang.. supaya dia lebih empok, aku masukkan awal lah.. 



Hasil sup daging Kacang Kuda LAWAN Kacang Buah Pinggang.. alhamdullillah.. satu periuk besar jugak aku wat.. sbb quantity kacang and daging tu banyak... pagi ni balance cuma ada 1 mangkok kecil je.. buat khatam berbuka nanti pulak.. :) 

SELAMAT MENCUBA.. :)


SELAMAT BERPUASA..