Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, November 30, 2011

Resepi Pavlova...


Resepi Pavlova....
By; LemonGrass 

>> 4 biji telur ayam size A (ambil putihnya sahaja)
>> 1 cawan gula castor (kalau tak suka manis, kurangkan gula)
>> 3 sudu kecil tepung jagung
>> 1 sudu besar cuka masakan

Caranya
>> Pukul telur putih sampai berbuih dan putih lembut, lepas tu masukkan gula sedikit demi sedikit secukup rasa..  pukul lagi sampai jadi bertanduk dan tak tumpah kalau di terbalikkan mangkok tu.. test la, kalau tumpah abis semua jatuh ke lantai.. ehehehe.. 

>> Masukkan cuka dan tepung jagung dan cuka masakan tu.. gaul dengan senduk secara berkaup sampai sebati.. lembut2 sket, jangan kasar sangat menggaul tu.. kang tak pasal2 bentan.. ehehehe.. :P

>> Dah sebati, sendukkan atas dulang yg berlapik paper bake (lupa nama paper apa tu), lepas tu ratakan secantik mana yang nak, guna butter knife ke, senang sket nak ratakan bancuhan tu.. tak caye cubalah.. 

>> Bakar dalam oven 140 - 150 C, suhu jangan tinggi sangat sebab nanti kat luar dah hangit, kat dalam blom masak lagi,, sape susah? hihihi.. so jangan tinggi kan suhu, mentain je 140 atau 150 je,, bakor selama 50 minit tau.. bila dah time out, biar pavlova dalam oven tu sampai oven sejuk, baru kuarkan pavlova tu.. sbb kalau kuarkan terus takot nanti pavlova merekah dan pecah2, kalau degil juga buat la ikut suka.. hihihi
Tapi kalau ikut teknik yang LG bagi tau, betullllll crispy kat luar lembut di dlam.. and cantekkk sangat.. :)

>> dah kuarkan pavlova tu, decorate la dengan buah2an.. seelok2nya buah yg agak masam, baru sedap.. tapi before letak buah2an tu, letak lah whipping cream yang dah di pukul lembut jadi cream kat atas tu.. baru lah letak buah.. sedapppppp... dah siap, leh potong and makan.. ngap ngap ngap.. sedapppppppp... 

 

Monday, November 28, 2011

Pavlova oOOo Pavlova.. :)

 Assalamualaikum... 

Pejam celik, pejam celik, jap je dah nak keje esok, tak puas kan cuti 3 hari.. rasa cam nak cuti 4 hari, 5 hari, ke sebulan ke.. ngeh3.. nak cuti lama2 tak bleh, lumrah suri bekerja camni lah.. kalau ada cuti public holiday boleh la extra2 nak amik.. kalau cuti tahun tu kena pekin2 cuti sbb nak kena contra betul2 bila time nak amik.. betul kan.. ?

Ni 1st pavlova, teringin sangat nak makan pavlova ni, dah lama dah.. sejak tengok dalam blog Lemon Grass tak lama dulu.. sedap sangat bila dia tulis kata anak bongsunya suka sangat makan pavlova ni, sampai bila besday dia nanti pun dia request pilih pavlova daripada kek.. hmmmm sampai camtu kan, sure sedap sangat. so terus print resepi kak LG, simpan2 tapi skrg baru sampai seru buat.. memang sedap, senang je nak wat, teknik2nya pun mudah sesangat.. :) 




yang gambar kat atas ni.. pavlova baru masuk oven,, yang bahagian kanan nya pulak dah siap kuar dari oven, dan dah siap deco.. 





 aku pilih untuk letak buah manggo dan sour plum kat atas pavlova tu.. memandangkan 2 jenis buah ni yang ada stok dalam peti sejuk.. so habiskan stok lah.. :) 




 Ni lak dah potong, tapi lom makan, suka tengok warna di dalam yang putih melepak tu, mmg lembut gak kat bahagian dalam tu.. nyum nyum.. tak sabar nak test time ni.. hehehe..




 nyum nyum.. nak masuk mulut dah ni.. hehe.. dapppnyer.. 





yang ni dah kurang sepotong.. sebab dah makan.. hehe.. sedap, lembut, crispy bahagian luar dan lembut di dalamnya.. ni pun agak manis gak, itu pun setelah kurangkan sukatan gula.. 
memang sesuai lah wat desert kan.. makan sebagai pemanis mulut.. :) lenkali nak wat lagi, sebab senang je nak wat ni.. hehe.. thanks kak min sbb bagi resepi terus kat blog tu.. tak sia2.. sbb ramai bleh follow.. :)

Sunday, November 27, 2011

Kek Karamel Pelangi ke-3..

Assalamualaikum...

Semalam petang, selesai semua keje rumah, dok sesaja tu, teringat lak nak makan lagi kek karamel.. so apa lagi.. jadi lah kek karamel yang ke-3 hasil dari dapurku.. ;))
 
 Kek karamel yang ke-3 sebelum di steam bath kan.. 

 Dah selesai proses steam bath, baru kuarkan dari oven untuk proses penyejukan.. :)




 Dah sejuk, terus terbalikkan, potong.. nahh.. siap dah tinggal hampir separuh, Que menunggu nak makan kek karamel ni.. 





Nyummyy, dah siap potong, sebelum makan, posink dulu kek karamel ni.. hehe..

 
Nak suap dah ni.. nyum nyum... dapnyer.. puji hasil kerja sendiri.. sape lagi nak puji kan.. tapi kek ni memang sedap, sekejap je kalau wat dah nak abis.. sebekas tu kira sehari dah boleh abis.. mmmm mendapat sambutan dalam rumah ni, sebab kek ni tak manis, yang membuatkan manis kek ni karamelnya kat atas kek tu, tu yg sedap tu, bukan lah manis melampau macam sesetangah kek kan.. tak boleh tambah kalau makan sepotong dua tu.. 

Resepi kek karamel pelangi:- 
ambil dari blog kak ita (masam manis) + e-na Lovely kicthen..



Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan 
 Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
 Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
 Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
 Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Wednesday, November 23, 2011

Sambal tumis ikan bilis petai..

  
 Assalamualaikum... 


Sambal ikan bilis petai, hmmm ni request dari en.abang la.. sape lagi kan.. dulu2 dalam rumah ni kalau masak sambal petai tak laku.. cuma en.abang sorang je makan.. tapi sekarang ni, cuma haikal je yang tak makan.. org lain semua makan.. kalau setakat nak beli 2-3 papan, lekat celah gigi je.. ehehe.. ni en.abang beli petai yang berlemak siap kopek kat dalam pek masa gi pasaraya hari isnin lepas.. so smlm wat masak sambal petai la.. apa lagi kan.. ehehe.. :) laku sangat, cepat je abis, tak payah nak panaskan 2-3 kali pun.. hehe

ni pinggan aku.. konon2nya nak makan sket, syuuhhh.. 2 kali aku tambah tau.. hahahaha.. ;)) lagi2 makan ngan nugget ketam tu, lagi la bertambah sedap.. :) hmm.. nyummyyy.. 

nugget ketam ty goreng kat haikal.. tapi mama amik 2 bijik ek.. nak makan ngan nasi sambal.. :) mama ni kalau makan tak de lauk goreng tak sah.. jadi cam tak cukup forum.. kurang2 pun nak telo goreng ke... selalu camtu.. dah biasa kot dari dulu.. 

Tuesday, November 22, 2011

Hari Penyampaian Hadiah Tadika - Haikal

 Assalamualaikum..

Hari ni apdet pasal Hari Penyampaian Hadiah tadika haikal, yang di buat pada sabtu malam 19/11/2011 lepas.. alhamdullillah, haikal mendapat  tempat pertama untuk 4 years, dan malam tersebut berlangsungnya acara menyampai kan hadiah dan juga sijil2 kepada pelajar..


detik2 nak menghantar haikal ke sekolah tadika mula2 dulu mmg amat lah susah, dan agak payah nak lupa kan dari ingatan.. mula2 awal tahun, setiap hari terpaksa berdukong haikal dan bagi kepada sir (guru lelaki) yang mengajar haikal, mama pergi keje dengan perasaan sedey kerana terpaksa memaksa haikal bersekolah walaupun haikal baru umur 4 tahun.. sebenarnya mama nak haikal cepat  pandai,,,, mama nak latih haikal dari awal mengenal alam persekolahan.. hari2 selama 6 bulan mama datang keje lewat, sebab haikal tak nak di tinggalkan.. setelah habis cuti penggal bulan 6, baru haikal nak turun kereta sendiri, baru haikal nak masuk pintu pagar sekolah sendiri tanpa di temani mama.. alhamdullillah.. kuasa allah.. haikal dah mula ada minat nak pegi sekolah.. masa peperiksaan pertengahan tahun, haikal dapat no.2 dalam kelas.. dan haikal menangis sebab tak nak angka 2 yang dikatakan tu.. haikal merengek2 nak no.1 gak.. camne nak wat.. tak kan suka2 nak bagi haikal no.1 sedangkan haikal no.2... kan kan.. 
Akhirnya peperiksaan akhir pada minggu ke2 terakhir tamatnya sesi persekolahan tahun 2011, akhirnya haikal mendapat no.1.. tercapai juga hasrat haikal nak dapat no.1.. hepi sangat haikal bila dapat no.1.. macam la paham sangat kan apa yg ada pada angka 1 tu kan.. hmmmm ni la baru namanya kecil2 cili api kan.. eheheh.. 
 
Gambar haikal di ambil 
 masa tengah bermain di playground kat tadika... 





Haikal bergambar kenangan (4 years) 2011 sebelum upacara bermula.. :)





Gambar haikal dan kawan2 4 years sedang membuat persembahan lagu fasyen show sebelum upacara penyampaian hadiah...

 


Haikal dan sahabatnya Afiq, bergambar kenangan sblm majlis perpisahan pada malam tersebut.. :) 
 see u next year afiq.. 

 



Haikal menerima hadiah tempat pertama dari pengetua tadika... untuk 4 years.. 

 

Haikal No.1 (tengah), anis No. 2 (kiri) dan Batrisya No.3 (kanan) sedang bergambar dengan hadiah masing2..



Kari Sembilang sambil tengok bola....


Assalamualaikum...

apa kena mengena kari sembilang ngan tengok bola kan... hmmmm tu la yang terjadi, semalam balik je keje, dah la singgah pasaraya gi beli stok lauk pulak... so kali ni sambil dating ngan en.abg.. sbb skrg ni en.abg balik keje tak yah nak terus gi amik haikal kat tadika.. sbb dah cuti sekolah, jadi haikal dok umah ngan abang ngan kakak je lah.. kan kan.. :) so aku pun fix appoitment la, jumpa en.abg skali kat pasaraya tu.. sambil tengok barang sambil2 jalan berdua2an.. hahahahahahahaha.. lama tak wat camtu, asyik beli barang sorang je kan.. jemuuuuu

Sampai je umah dah kul 7.15pm.. lepas tu sibok masak kari sembilang dulu.. sbb pukul 8.30pm malam tadi akan ada siaran langsung perlawanan bola sepak Harimau Malaya menentang Garuda di perlawanan akhir sukan sea, penentuan pingat emas.. hmmmmm alhamdullillah.. kick kari sembilang yang panas2 pedas ni ngan kick perlawanan bola tu yang makin panas2 tu.. MALAYSIA MENANG.. tu pun dah tak larat nak dok tengok dah.. mana tak nya.. penambahan masa tambahan selamat 30minit lagi lepas tamat perlawanan.. hmmmmm lama gak woooo.. 90 + 30 mnt tambah tendangan penalti sebanyak 5-5 tapi kali ni harimau malaya betul2 menunjukkan taringnya.. Malaysia 5 - Indonesia 4.. yahoooooooo boleh la tido ngan nyenyak malam tadi kan.. ngeh3...

Monday, November 21, 2011

Cream Puff Custard



Cream Puff Custard...
Bahan2nya (untuk 50 biji)

250gm tepung gandum + 3 sudu kecil baking powder
200gm butter
500ml air
1 sudu gula
6 biji telur

Bahan2 untuk filling
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung berkrim dlm tin
3 sudu tepung custard
5 sudu besar gula


Cara2nya:-

1-   Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai menidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. biarkan sejuk.

2-   Pukul telur satu persatu dalam adunan dengan menggunakan mixer.

3-   Masukkan adunan sedikit2 dalam piping bag, dan pipekan ke atas dulang pembakar. guna lah nozzle berbetuk bintang atau kesukaan sendiri.

4-   Spray doh utk membantu adunan menjadi tinggi, dan bakar dalam oven hingga permukaan puff menjadi perang dengan menggunakan api 180 - 190 darjah selama 25 minit.

5-  Guntingkan sedikit bahagian tengah2 puff untuk meletakkan inti..


Filling>>

1-   Kacau tepung custard dengan air, masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula, kacau hingga naik wap.

2-   Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar sehingga masak. biarkan sejuk dan masukkan inti ini ke dalam cream puff.


SELAMAT MENCUBA.. :)


Cream Custard puff tu aku wat malam tadi.. pagi ni makan untuk breakfast.. boleh la kan tinggal kat anak2 sebab diorang pun dah cuti sekolah.. so dok rumah seharian mesti ada2 je benda nak makan.. kan kan... pagi tadi asben pun makan puff sebagai breakfast, sambil minum air teh O panas yang aku bancuhkan pepagi tadi..

Sunday, November 20, 2011

Sambal si Cumit


Assalamualaikum.. dan selamat berhujung minggu semua....

Tengah hari ni tak banyak masak2.. pagi pagi kuar gi beli stok barang dapur untuk minggu ni...
Hari ni gi Carrefour beli barang dapur, kebetulan hakimi nak cari battery hanphone nya.. so bawa dia skali gi tengok kot2 ada kat carrefour tu.. tapi jenuh mencari, tak de stok dan kena order plak tu. hakimi punya phone ni style lama sket.. tapi oleh kerana complete with tv jadi kimi suka nak pakai gak handphone tu.. :) tak per la.. dia nak guna sendiri wang saku dia.. biar dia kan, asal dia puas hati.. kan kan..









 
Sambal Si Cumit...ni wat untuk lunch tengah hari tadi,, lamanya tak makan sotong, dah berbulan2 rasanya.. tadi masa jenjalan dlm carrefour tu nampak si cumit ni, terus beli hampir2 sekilo gak.. balik wat sambal abis semua.. tahan la nak makan berulang2 dan makan malam skali nanti.. satu je lauk tengah hari tadi, lepas tu asben wat telur dadar.. ok lah.. mama dah malas nak dok dapur lama2.. nak tengok tv la plak kan.. hehehe..


Resepi sambal tumis si cumit tu mesti semua orang tau buat kan.. so tak payah la nak share kat sini.. saja nak tempek gambar je kasi berseri.. eheh.. nanti petang2 sket nak wat Povlova atau Cream Custard Puff.. kalau rajin.. rasanya ada semua bahan2, cuma tunggu nak wat je lagi..
Sekarang ni pukul 3.40pm, kat puchong ni tengah hujan lebat, angin punya la kuat.. rasanya cam nak masuk tido je.. tapi terbau2 puff custard yang sangat wangi tu.. alahai..

Friday, November 18, 2011

Ayam goreng KFC...


assalamualaikum.....


Selamat malam... esok cuti.. bestnya.. tapi cuti2 pun banyak keje rumah nak kena wat kan.. :)
malam ni makan dinner simple.. goreng ayam KFC je.. makan cicah sos cili je.. nyum nyum... ayam ni pakai tepung goreng kfc original tu je.. beli kotak kecil rm1 lebih, boleh la setakat nak wat goreng 5 ketul ayam ke.. kan.. teringin sangat nak makan kfc malam ni.. kebetulan ada ayam dalam fridge, terus buat lah dan siap je terus makan panas2..

Hari ni pun hujan lagi.. balik keje tadi drift atas h/way kononnya nak cepat sampai rumah.. sbb hari ni kuar awal 1 jam dari opis.. nak gi collect duit rm100 dari sekolah hakimi.. cikgu nya bagi time hari ni boleh amik dari pukul 2.30pm sampai 5.30pm.. aku ni balik keje kul 6pm so kena la balik awal sket utk menyahut seruan kerajaan atas bantuan rm100 tu.. tapi bila sampai kat area sekolah dah pukul 5.30pm pun.. tak sempat.. sebab jalan hujan2 ni bukannya boleh bawa laju2.. so 1/2 jam baru sampai 10km.. nak wat macam mana.. tak sempat kan.. so tunggu la bila2 yang free boleh collect kat pejabat  nanti.. tadi buletin utama, dengar TPM cakap, sesapa yg tak collect dalam masa terdekat ni mungkin duit tu akan di pulangkan balik kepada kerajaan.. sesapa yang nak silalah berbuat demikian secepatnya sampai hujung bulan ni.. tapi bergantung pada pengetua dan pihak sekolah.. hmmmm tak per, aku nak kena amik yang sakinah punya juga next monday.. boleh la skali harung amik skali kan.. sekolah pun sebelah2 je..




Resepi ayam goreng KFC

Bahan2nya:-
>>4 ketul ayam di bersih dan ditoskan
>> 1/2 packet tepung goreng kfc brand apa2 pun tak per..
>> sedikit garam
>> sebiji telur putih sahaja
>> minyak utk menggoreng

Cara2nya:-
>>> Ayam di gaul dengan sedikit garam..
>>> kemudian di gaul pula dengan putih telur..
>>> masukkan tepung serbaguna dan gaul rata
>>> panaskan minyak, goreng sehingga ayam masak..
>>> sekian terima kasih..

Thursday, November 17, 2011

Bihun Sup Utara....


Assalamualaikum...

selamat malam semua... macam biasa time apdet dah bertukar ke malam.. jadi malam2 baru ada time nak masuk blog, melawat rumah kawan2 sakalian semua.. :) alhamdullillah..

Tadi lunch time kat opis tadi, kuar gi giant, sebab dah boring sangat nak dok dalam ofis tu.. kuar kejap jamu mata, plus jalan2 cari makan.. tapi tak de la aku beli makan, aku cuma beli barang2 dapur nak masak malam.. so sesambil jalan, sesambil fikir menu apa nak masak.. teringat plak kat bihun utara.. terus beli ayam, sebab bebaru ni dah banyak sangat makan daging kan.. sup daging, masak rendang daging, masak merah daging dan macam2 yang berkenaan daging.. skrg tukar plak.. takkan nak wat bihun sup ikan pulak kan? heheheheheh...

Semua bahan2 complete, balik time terus pecut kete, 70/kmj je.. sbb hujan lebat petang tadi.... hujan2 mana leh bawa laju kan.. biar lambat asal selamat.. ingat orang yang tersayang.. betul tak? hehehe..





Resepi bihun sup tak payah kot nak boh sini kan.. semua pun dah pandai wat.. cuma cili tu aku baru je belajar wat dari kawan aku yang baik hati berkongsi cara2 nak wat sambal merah tu.. biasanya aku menumbuk cili api, boh kicap makan ngan sup.. kali ni nak cuba cili merah plak.. sedappp.. suka suka suka.. :) 

Wednesday, November 16, 2011

Kek Karamel lagi...



Assalamualaikum...

Kek karamel lagi? haaaaa.. betul tu, malam ni buat kek karamel kali yang ke dua.. hasilnya adunan kek lebih baik, tapi karamel lak tak bape cantek.. hmmmm tapi sib baik sedap nya kekal.. nyumyyy..



Tadi balik keje je, terus singgah pasaraya beli telur ngan baking powder dah abis.. niat dlm hati memang teringin benor nak makan kek karamel ni, hari tu makan macam tak puas, sebab bawa buah tangan bagi kat orang kan.. kali ni nak makan sepuas2 hati sampai licin.. haaa lagi best.. kali ni cuma wat 2 kaler je.. wane asal tak kekalkan, sbb saja suka2 nak wat 2 kaler je.. jimat sabun basuh pinggan nak basuh mangkok ngan sudu.. kakakakakkakaka

Tapi yang bestnya kali ni buat macam dah teror sangat.. within 30 mnt siap adunan 4 step ni.. yang lagi 45 minit kena tunggu lama sebab dok membakor dalam oven tu.. kan kan.. lama betui la.. siap tadi bakor pun dah kul 9 kot.. lepas tu sesambil tengok citer kat tv9 Si Tudung Tweet lakonan Liyana Jasmay yang comey tu, abis aku telan 1 and 1/2 slice kek ni.. ehehhehe.. puas sangat, sbb dah terkenan betul2 nak makan kek ni hari ni.. nasib baik terkenan nak makan kek buatan sendiri memalam kan.. kalau terkenan nak makan kek buatan suami, camne citer plak kan? hahahah sendiri mau ingat lah..

Tuesday, November 15, 2011

Tolong ajarkan saya boleh?


Assalamualaikum...

Malam2 baru nak bleh apdet.. siang2 tak berkesempatan langsung.. mintak maaf la ye.. lagi satu nak cakap, pasal blog ni, entah la pasai apa jadi tunggang langgang, dengan blog list hilang, dengan mcm2 benda dah jadi tak keruan.. dalam design tu ada plak blog list, tapi tak display... kenapa ye?
kalau ade sesapa yang arif si la tunjuk ajar saya yang tak brapa pandai ni.. :) ye..

Itu mintak tolong yang pertama... pasal blog list  hilang kat sidebar tu.. yang kedua pun nak mintak tolong gak..














nak mintak tolong pada sesapa yang pakar juga.. macam mana nak buat popiah bagi dia tahan rangup? hmmm.. dah banyak kali aku buat popiah, tapi bila popiah tu dah siap goreng, dah sejuk, sure popiah tu lebik tang tengah... apa pasal gamaknye ye? jenuh gak memikiorkan.. tapi still tak tau apa pasal.. sila lah bagi tau saya yang kurang pandai buat kuih kegemaran sendiri ni.. eheheh.. ni gambar popiah kat atas, aku beli, bukan buat sendiri,, kalau buat sendiri tak jadi gak kot, ni beli kat baazar rakyat setiap malam selasa.. 4 pcs for rm2.00... kalau kat pasar malam 5 pcs for rm3.00.. hmmm ape pun tadi jenjalan kat baazar rakyat lepas maghrib tadi, terjumpa gerai jual popiah ni, terus singgah beli, dari balik rumah dok teringat kat popiah tu kan, baik beli siap2,, get ready awal2 walaupun keinginan nak makan malam2 popiah ni amat lah tipis skali dlm waktu2 gini.. kalau pepagi ke.. tea time ke, nak gak berselera kan.. eheheh.. memacam lah, banyak songeh betul kan.. dah ada tak ingin, kalau tak de pulak mencari-cari.. eheh.. ok lah.. sampai di sini dulu.. sekian.. Good Night semua.. :)

Monday, November 14, 2011

Makan BBQ pula...



Assalamualaikum...

Citer makan BBQ pula.. ni pepagi hari sabtu punya..  hakimi bangun tido, kata nak makan lamb chop... nak buat BBQ bagai.. hmmm.. memandangkan dlm peti sejuk pun ada daging kurban lagi.. ada ayam sikit.. buleh la.. nak wat untuk makan anak beranak.. budak tekak tak selera ni mmg nak makan macam2 kan.. so perapkan ngan sos BBQ dan sos lada hitam.. kira2 1/2 jam je.. lepas tu bakar dlm oven.. sebelum tu sapu dulu butter kat dulang pembakar.. baru lah bakar.. time bakar tu sedap nye bau.. dah siap bakar ayam dan daging tu, aku goreng skit sayur campur.. baru leh makan BBQ yang seimbang kan.. ehehe.. eeellleeh.. tak makan nasi konon.. tapi betul lah, kitorang tak amik nasi pun tengah hari tu, dinner kitorang baru amik nasi, dlm pukul 7pm camtu.. kira orait la kan... baru la anak dan asben tahu camne aku dok mendiet sblm2 ni kan.. :D ehehe..


Ok.. tu saja citer untuk hari ni.. balik keje sampai skrg waktu aku apdet blog ni.. 9.40pm.. still hujan tak berhenti2.. sejuk jangan kiralah.. macam dok korea dah ni.. silap2 nanti malaysia pun bleh turun salji kan.. :) ehehehe.. ok.. rojer and out.. selamat malam semua...

Sunday, November 13, 2011

Kentang Wedges & Sambal Gesek...


Assalamualaikum...
ni budak kat atas ni.. sampai camtu skali bila dia dah jumpa laptop, mengadap laptop main game sampai tak sedar2 diri.. time ni hujan tengah lebat, tambah2 plak sejuk, tapi dia boleh wat don no je main ngan cuma memakai suar d**** je.. tak senonoh tol kan.. ehehe.. 

Kitorang balik dari melawat MIL & FIL kat shah alam dalam pukul 4.30 petang tadi.. time kat rumah adik di Bukit Bandaraya Shah Alam tadi bukan main gelap lagi,, so tak bleh la nak merewang2 lagi, kena terus balik rumah lah.. almaklumlah.. nak angkat baju kat ampaian kan.. nanti dah kena hujan kena basuh skali lagi,, buang fab and buang karen je.. so terus la balik, OTW tadi pun dah hujan, sepanjang jalan sampai ke rumah... tapi kat puchong tak de selebat2 nya macam kat shah alam tu.. nasib baik kain tak basah, sebab balkoni tu hari ni hujan tak tempias plak.. angin dah tiup ke arah lain.. alhamdullillah.. sempat angkat kain baju semua.. dok sat dalam hujan2 tu teringat nak makan benda ni plak.. 



Dah lepas minum petang, tiba2 hakimi request yang ni lak.. 



'



'




'

jeng jeng jeng...

hakimi request sambal gesek... budak ni baru baik demam, so macam2 la dia nak makan... dia kata terasa macam nak makan pedas2 skit tekak nya tu.. so apa lagi.. mama yang baik hati ni terus la bangun ke dapur watkan utk anak tersayang kan.. dinner malam ni, sambal gesek, ikan bilis goreng ngan nasi panas je.. tu je yang hakimi mintak.. senang keje mama.. menu yang ringkas je.. kan.. :) eheheheh.. 



Saturday, November 12, 2011

Hari membaking.. :D



Assalamualaikum...

Hari ni siap 2 jenis aku membaking.. mula2 kul 10 pagi ingat nak buat muffin.. so buatlah muffin... yang karamel kek plak aku buat dalam pukul 4pm tadi.. saja2 dok, ada bahan.. lepas tu teliti balik resepi2 yang aku simpan dari kawan2 lain yang dah teror buat karamel kek tu.. maka hasilnya jadilah karamel kek aku tu.. 1st time mencuba ni.. alhamdullillah.. esok boleh la bawa buah tangan ni masa nak melawat mertua kat rumah adik aku kat shah alam.. :D

resepi karamel kek ni amik dari kak ita masam manis.. thanks ya.. menyumbang dan berkongsi resepi.. teknik2 nya dan cara2 belajar nak buat kek ni sedikit2 amik dari E-Na lovely kitchen, Rahel dan ada beberapa yang lain lagi.. tak dapat di sebut sebab dah lupa.. masuk sini belajar sini.. masuk sana belajar sana.. sampai lupa rumah mana yang masuk..







Ni muffin butter yang sblm ni aku pernah wat baru2 ni je.. resepi yang sama.. and kali ni ada EXTRA sket.. aku tambah cheese mozarella.. kasi ummphhh sket.. bancuhan ni sebenarnya utk 12 cup je.. tapi aku wat extra, lebih kan sekali ganda.. aku dapat 20 cup.. dah makan 5 jadi tinggal lagi 15 utk bawa esok.. :D jadi lah.. usaha sendiri kan.. :D lagi afdal bawa buah tangan dari air tangan sendiri betul tak? ceeewahhhh.. pandai la cakap banyak kat sini, hmmmm.. malam2 baru dapat nak apdet blog.. smlm, sebelum semalam, sebelum smlm lagi.. pun tak dapat apdet blog atau balas komen2 semua.. sbb tak tau pasai apa aku tak boleh view page blog aku.. klu masuk blog orang lain, bleh plak.. tu yang aku heran sangat2.. tapi ni aku dah download mozilla firefox untuk balas komen dan apdet blog.. tengok tu, tak sempurna kalau tak dapat masuk blog tau.. :) eheh.. okey lah.. malam2 nak membebel pun tak bleh sangat.. esok kalau balik awal bleh la aku intai2 rumah kawan2 semua ye.. :) terima kasih sebab datang umah aku yang dah makin comot ni.. sbb aku ingat pasal templates, yg buatkan aku tak leh view page blog aku.. so tukar yg seSIMPLE mungkin,.. tapi stil tak leh.. ni aku nak biar dulu ngan templates ni.. sementara nak ok balik ye.. :D

Wednesday, November 09, 2011

Rendang daging (Qurban)


Assalamualaikum...

Hari ni pepagi bawa haikal gi spital serdang.. appoitment dia ngan doktor pakar.. jadi balik umah pun dah kul 11.30am.. terus singgah pasaraya beli daun kunyit ngan santan.. so balik umah mula la operasi buat rendang daging ni.. senang je aku punya resepi kali ni.. tak yah blend2 bagai.. ringkas, pantas dan tuntas, tapi jadi rendang.. mmmm caye tak? hehe..

resepinya:-

1 labu bawang besar di cincang halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 inci halia di cincang halus
1 bungkus rempah serbuk RENDANG adabi
100ml santan pekat
1 helai daun kunyit di ricik halus
garam dan minyak utk menumis..

cara2nya:-

>>> tumis bawang besar, bawang putih, halia yang di cincang halus dengan minyak yang panas hingga naik bau.. lepas seketika bawang2 akan layu, masukkan serbuk rempah rendang ke dalam kuali, slow kan api,, masukkan sedikit air, (dalam 1/2 cawan), biar naik minyak baru masukkan daging..
>>> tutup kuali dengan penutup supaya daging cepat lembut, setelah daging dah lembut, masukkan santan, garam dan kacau rata, setelah daging nampak agak2 sudah boleh di angkat masukkan daun kunyit dan gaul rata..
>>> tutup api kemudian boleh la di hidang, makan bersama nasi panas, resepi yang sangat mudah untuk yang tak cukup masa.. :) selamat mencuba..


Ok lah.. ini resepi daging rendang yang aku wat hari ni, esok pun ade daging lagi, tapi tak tau lagi nak masak apa.. esok aku dah mula bekerja.. so tak de la kot nak masak yang banyak2 songeh sangat kat dapur kan.. ye la, balik keje sampai rumah pun dah kul 7pm.. kalau sibok sampai 2, 3 jam kat dapur, nak makan pukul bape kan.. hmmm jadi kena wat yang ringkas2 belaka.. baru anak2 bleh makan on time.. kan kan.. :) dan maknye pun leh cepat rehat.. :)

Tuesday, November 08, 2011

Serawa Durian & Sup Tulang (Daging qurban)


Assalamualaikum....
Tak terlambat lagi kan kalau aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua2 yang membaca di sini... aku baru je balik dari kampung malam tadi, dah sangat2 lahhhhh jem jalan samaada time nak balik kampung ataupun nak balik KL.. dua2 jem teruk.. nak balik kampung on saturday tu amik masa hampir 9 jam untuk sampai ke Pantai Remis, Perak... nak balik KL lebih 8 jam nak sampai puchong, memang jem tak hengat..

ni SERAWA DURIAN dari buah durian yang mak aku bekalkan time nak balik KL petang semalam.. jadi pagi ni suruh hakimi pegi ke kedai untuk beli kelapa parut untuk buat serawa... hmmmm.. apa lagi kimi kalau dengar nak buat serawa... dia bukan main lagi pantas dan tuntas nak tolong belikan kelapa parut tu.. eheheh.. ni pun baru kimi siap hirup mangkok ke 2 serawa durian ni.. ehehe.. mangkok kat atas ni aku punya.. aku suka yang makan dengan roti bakar.. bertambah wangi jadinya.. tak caye? cubalah.. ehe..

Time dok buat serawa durian tu sesambil aku masak daging bertulang ni sampai lembut, jadinya lunch tadi asyik makan sup je la.. isi daging2 qurban yang mak bekalkan semalam pun banyak.. jadi ade le sket suruh kinah  hiris2 buat goreng boh bawang and kentang je.. boleh la kan.. budak2 tu suka sangat kalau makan daging goreng ngan kentang.. sure makan bertambah2 nasi.. seronok anak2 yang senang makan apa saja ni.. boh la apa atas meja, abis la.... jamu la apa2 pun licin semua.. hehehe.. pssttt.. anak2 aku mmg suka makan nasi.. *macam mak diorang gak ler.. ngeh2...

ok lah.. dah banyak hari tak dapat apdet kan.. sebab line tenet kat kampung nazak.. tak berpeluang lah nak buka2 tenet ni.. ni pun balik umah kena tunggu anak2 abis main baru leh turn mama nye plak.. sebab tu diorang bertiga tengah layan citer WonderPets kat tv9 tu.. tu yang aku leh amik sat nak apdet blog.. hehe.. ok lah.. hari ni bizi mencuci pepagi.. sebab banyak bunjut2 dari kampung yang tak sempat di cuci, balik umah baru leh buat semua keje2 dobi, lagipun kat Taiping pun hari2 hujan.. nak mendobi kena la tunggu ada panas sket.. kalau kat rumah aku ni, jemur abis semua dalam2 rumah, dekat2 balkoni,.. semua penuh tak per.. kalau kat kampung penyidai terhad kan.. tau tau saja la.. takkan nak sidai atas pokok kelapa sawit plak kan.. kekkekeke..

Thursday, November 03, 2011

11 hari dah kaki patah... & Onion oOo Onion..


Assalamualaikum...
alhamdullillah.. kakiku semakin sembuh... dan boleh la jalan ok sket dari sblm2 ni.. walaupun pergerakan terbatas, sure nak gak masuk dapur.. rasa janggal je kalau dok biar asben sensorang je kat dapur wat makan bagai.. dah 11 hari aku tak masak.. tapi pagi ni aku masuk dapur sat, smntara anak ngan asben nak gi keje.. aku wat ayam bbq utk bawa bekal lunch.. gambar ayam tak ) nak amik, sbb camera abis battery, (leh dak bagi alasan tu?) padahal ayam hanget.. kahkahkahkah....

ni feveret kinah and kimi,,, suka sangat budak2 ni makan onion ring.. kalau aku beli onion tu kejap je abis... pernah satu kali tu, mak aku datang dari kampung, bawa seguni onion utk kitorang.. sebab onion kat sana murah, jadi dia beli seguni kasi aku.. ingatkan berjanggut sangat nak tunggu onion tu abis.. tup2 kejap je.. tak sampai sebulan abis seguni tau.. yang aku siap blend hancur, yang sakinah goreng wat onion ring, yang wat cucur bagai.. semua cukup.. ngalah orang bangla suka makan bawang.. kan.. asben aku suka cakap camtu, mcm kawin bini bangla.. suka angkut bawang.. lagi2 kalau gi pasaraya ade onion yang cantek, murah2 plak tu, sure aku angkot sekilo dua.. hehe..








>> Bawang besar 2 biji, di potong bulat2
>> 2 sudu besar tepung gandum
>>1 sudu besar tepung jagung
>>1 sudu besar tepung kastard
>>1 sudu kecil lada sulah
>>1 sudu kecil lada hitam kasar
>>Sedikit air putih utk bancuhan tepung
>> garam secukup rasa
>> minyak utk menggoreng

cara2nya:-
>>>> bancuh semua tepung tu dengan sedikit air, masukkan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah tu, kacau rata, masukkan bawang, goreng sedikit demi sedikit dalam minyak yang panas, goreng sampai kekuningan, kemudian di toskan sblm dimasukkan dalam pinggan untuk di hidang.. sekian..


resepi onion ring ni ringkas je.. ikut suka kalau nak goreng guna serbuk serbaguna ke, serbuk kfc ke, serbuk apa2 pun.. tapi pernah gak aku guna serbuk goreng tempura utk udang, tak boleh tau.. bila goreng tepung tu terlondeh dari bawang,,, jadi bila angkat bawang tu bulat2 je tak bersalut.. lepas tu terus tak nak guna dah tepung tempura tu.. senangkan.. cubalah..

Tuesday, November 01, 2011

Kaki ku retak & diet tak jadi...



Assalamualaikum...

Dah 8 hari... since last week kejadian terjadinya satu kejadian buruk.. citernya camni, tengah hari tu, awal2 bos cakap, 'hari ni kita kuar makan awal, sbb pepagi dah bizi sesangat' so apa lagi kan.. kul 12 dah bos ajak makan.. biasa nya memang aku akan termasuk dalam group makan skali tu.. lagi pun bos memang suka makanan orang melayu, walaupun dia ni bangsa cina.. suka sangat makan nasi kedai mak tanjung.. kedai masakan utara.. so bila dia ingat nak makan kat situ, dia akan ajak aku skali.. skali ngan ofismate sorang lagi.. kedai mak tanjung tak jauh dari block ofis aku.. so kitorang pegi selalu memang jalan kaki.. kalau naik kete pun tersekat dalam jem depan bank tu lagi lambat nak sampai.. lagi2 susah nak cari parking.. baik jalan kaki lagi bagos.. kan kan..

Jalan2 atas divider tu.. nak turun je dari divider ke atas jalan entah camne kaki terpelecok.. terus jatuh, time tu kedengaran bunyi 'praappppp' selalunya kalau jatuh aku sakit2 gak.. tapi kejap.. lepas tu dah leh jalan balik.. ni sakitnya lama.. lepas tu time nak pijak jalan nak menapak tak bleh plak.. sakit sangat2.. berdenyut2 plus sakit gila2.. adoiiiiiii... time tu gak la aku agak dah.. kaki aku mungkin patah.. sbb tak bleh menapak.. lepas tu kat buku lali terus membengkak... time tu gak bos berlari2 gi amik kete.. papah aku gi masuk dalam kete.. terus dia antar aku ke emergency department hospital private kat puchong ni.. just near by to my ofis je.. dekat gak.. kemudahan kat sini mmg banyak.. hospital, 7e, kedai makan, hotel, pasaraya semua cukup..

kat emergency department ade orthopedic doctor mmg masih bertugas time tu, dia cek2 kaki and di suruhnya buat x-ray.. siap je wat x-ray sah.. kaki aku ade retak.. kat buku lali.. time tu aku memikirkan camne nak naik atas rumah.. sbb rumah aku bukan ade lift.. bukan senang nak menapak ngan kaki sebelah.. tuhan maha kuasa, maha adil.. time nak naik atas rumah tu, aku di kendong asben.. so tak de la susah perit aku kena menapak sampai tingkat 3.. cuma kesian sangat kat asben.. 8 hari dah aku tak masak.. 8 hari gak la DIET aku kantoi.. sebab kena makan ubat.. so aku amik nasi, roti, cucur dan macam2.. diet nanti kira.. skrg kena bagi kaki baik dulu.. kan.. betul ke idakkk.. hihi..

ok lah.. saja nak kongsi kat sini.. selain aku leh ingat balik apa yang aku tulis bila aku buka blog ni lain kali..

terima kasih tak terhingga pada yang sudi jengok aku time aku tak on kat blog ni.. terutama:-

Cik Cek
Rahel
Wani
AzatieSayang
Sue @ Nani
Liza
Zefa NorAsmara
Asmara
Mamasya
Nuridah
Yana Shaiful
Wattie