Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, November 22, 2011

Hari Penyampaian Hadiah Tadika - Haikal

 Assalamualaikum..

Hari ni apdet pasal Hari Penyampaian Hadiah tadika haikal, yang di buat pada sabtu malam 19/11/2011 lepas.. alhamdullillah, haikal mendapat  tempat pertama untuk 4 years, dan malam tersebut berlangsungnya acara menyampai kan hadiah dan juga sijil2 kepada pelajar..


detik2 nak menghantar haikal ke sekolah tadika mula2 dulu mmg amat lah susah, dan agak payah nak lupa kan dari ingatan.. mula2 awal tahun, setiap hari terpaksa berdukong haikal dan bagi kepada sir (guru lelaki) yang mengajar haikal, mama pergi keje dengan perasaan sedey kerana terpaksa memaksa haikal bersekolah walaupun haikal baru umur 4 tahun.. sebenarnya mama nak haikal cepat  pandai,,,, mama nak latih haikal dari awal mengenal alam persekolahan.. hari2 selama 6 bulan mama datang keje lewat, sebab haikal tak nak di tinggalkan.. setelah habis cuti penggal bulan 6, baru haikal nak turun kereta sendiri, baru haikal nak masuk pintu pagar sekolah sendiri tanpa di temani mama.. alhamdullillah.. kuasa allah.. haikal dah mula ada minat nak pegi sekolah.. masa peperiksaan pertengahan tahun, haikal dapat no.2 dalam kelas.. dan haikal menangis sebab tak nak angka 2 yang dikatakan tu.. haikal merengek2 nak no.1 gak.. camne nak wat.. tak kan suka2 nak bagi haikal no.1 sedangkan haikal no.2... kan kan.. 
Akhirnya peperiksaan akhir pada minggu ke2 terakhir tamatnya sesi persekolahan tahun 2011, akhirnya haikal mendapat no.1.. tercapai juga hasrat haikal nak dapat no.1.. hepi sangat haikal bila dapat no.1.. macam la paham sangat kan apa yg ada pada angka 1 tu kan.. hmmmm ni la baru namanya kecil2 cili api kan.. eheheh.. 
 
Gambar haikal di ambil 
 masa tengah bermain di playground kat tadika... 





Haikal bergambar kenangan (4 years) 2011 sebelum upacara bermula.. :)





Gambar haikal dan kawan2 4 years sedang membuat persembahan lagu fasyen show sebelum upacara penyampaian hadiah...

 


Haikal dan sahabatnya Afiq, bergambar kenangan sblm majlis perpisahan pada malam tersebut.. :) 
 see u next year afiq.. 

 



Haikal menerima hadiah tempat pertama dari pengetua tadika... untuk 4 years.. 

 

Haikal No.1 (tengah), anis No. 2 (kiri) dan Batrisya No.3 (kanan) sedang bergambar dengan hadiah masing2..



8 comments:

  1. Aslmkum Nani

    Syabas Haikal dpt no 1!...bila ingatkan gelagat anak2 mula masuk tadika..mcm2 ragamkan...mula2 nangis tak nak masuk kelas...sampai kitapun risau. bila dah lama tak payah temankan lagi...laju je masuk kelas..

    ReplyDelete
  2. Mamasya>>>
    walaikumsalam...
    betul tu, mcm2 ragam sampai kekandang tak senang hati.. tapi alhamdullillah, berbuah hasilnya.. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Haikal...
    Hensem betul anak bujang kak Nani malam tue... Mcm Anuar Zain... kira yg paling hensem lah malam tue.... :)

    kak Nani...
    kaki akak sakit lagi yer... malam tue nengok akak jalan mcm sakit jer lagi kaki yg retak tue... akak kena bykkan berehat k!...

    ReplyDelete
  4. ala hensem nyer haikal... tahniah yerk haikal teruskan usaha... der yer teacher lelaki tadika..
    nani..fend ikan bakar tu femes gak kot, dia dekat kelana jaya...

    ReplyDelete
  5. amboi.. segaknya haikal dgn tali leher lagi..


    jom support kakyong
    http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html

    ReplyDelete
  6. wahhh.. tahniah Haikal... pandainya anak mama.. moga teruskan kecemerlangan di tahun2 mendatang yer.. anak akak Haziq (5 thn) dpt no. 3 jer.. hehe.. tp alhamdulillah matematik, bahasa arab dengan BM dpt 100%. bukan main seronok dia bawak blk hadiah & piala tempat ke3.. tp sekolah dia takde buat acara penyampaian hadian grand2 gini..

    p/s: akak dah buat tau onion ring tu.. sedapp bangett!! TQ utk resepi tu yer.. lepas ni bolehlah buat lagi & lagi.. jangan sampai abis seguni sebulan bawang kat rumah akak sudahlah.. bising pulak big bos tukang beli bawang.. waakakakaka...

    ReplyDelete
  7. Mya Elzara Batrisya>>>
    terima kasih.. batrisya pun pandai.. dapat adiah gak..
    hmmmm.. ape kurangnya batrisya, dia pun bukan main bergaya lagi.. hehehe.. :)
    >> aah.. kaki ni sakit lagi, kalau time hujan2 lagi sengal.. sakit juga..


    Cho Zila>>>
    Terima kasih kak.. :) aah.. ada cikgu tadika lelaki... anak pengetua sendiri.. tapi bukan calang2 cikgu, lepasan U lagi tu.. :)


    Kak Yong>>>
    hehe.. mekasih kak yong.. :)


    MaDiHaA aka Ratna>>>
    oooo ye ke kak? TAHNIAH gak utk anak akak... tadika yg haikal blajar ni, dngar kata tiap2 tahun buat.. tapi kali ada pentas sendiri... khas buat utk penyampaian hadiah dan sebagai dewan.. :)
    >>> oooo dah buat ek.. best kan.. cicah sos ngan mayonis,, nyumyyy

    ReplyDelete
  8. Tahniah Haiqal! Moga terus maju jaya dimasa2 akan dtg. Amin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)