Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, February 26, 2014

Mari kita tengok sapa yang kena...

Assalamualaikum...

Please refer to the picture below:-

ahakksss...



Kalau korang tengok kan... ada persamaan tak? 
dah lama aku simpan.. dah lama aku bezakan... :) hmmm

Camne? 
Kiri sekali Fiyya, yang tengah tu Sakinah and kanan skali tu.. of coz mama dia.. 
hmmm.. jom.. komen anda ku tunggu.. 

Tuesday, February 25, 2014

Asam Rebus Ikan Kembong

Assalamualaikum...

Bila hari2 kita masak... sampai rasa kekeringan idea nak masak apa.. sebab bahan2 yang terhad dalam simpanan... kalau bahan banyak.. nak masak apa semua jadi.. hmmmm.. then.. singgah kedai beli daun kesom je la.. yang lain dah ada stok.. aku tanam daun kesom kat umah.. belum dapat hasil lagi.. insyaALLAH.. tak lama lagi kot kan... 

Asam rebus ikan ni kalau sesetengah orang panggil Asam pedas ikan lah.. ni versi utara.. ala2 rebus dalam peyuk sampai masak.. bahan2 tu pun semua senang2 belaka.. pendek kata pejam mata pun jadi kot.. hehe..





Tomato sampai dah kuar kulit... hmmm ni versi aku saja nak bagi lembut.. sbb aku tak letak air asam jawa.. just guna tomato sebagai asamnya..






Resepi ASAM REBUS IKAN KEMBONG

Bahan2nya:-

3 Ekor Ikan kembong potong 2 (bersih dan bilas bersih) 
* Kalau yang suka gantikan lah dengan ikan pilihan anda.. seperti Mayong ke, Tenggiri ke, Atau pun Ikan Pari... yer.

2 Ulas bawang kecil rose
2 Ulas bawang putih 
(kedua2 bawang ni di tumbuk halus)
6 biji bendi
3 biji tomato
1 Ikat daun kesom (aku beli 40 sen)
1 Sudu besar cili blender
Air putih secukupnya
Garam dan aji sebagai perasa.

Cara2nya:-

Semua bahan2 di atas di masukkan ke dalam periuk.. (kecuali Ikan, garam dan aji) Masak sampai menidih, baru lah di masukkan ikan.. setelah menidih lagi masukkan garam dan aji, rasa secukupnya.. tutup api, dan sedia untuk di hidang.. :) 

Terima Kasih Semua...

Assalamualaikum...

Nak citer gak.. every week aku akan check nuffnang.. tengok apa yang naik.. apa yang turun ka.. 
so far aku dah cash out 2 kali nuffnang ni.. alhamdullillah.. walaupun amount nya tak banyak mana.. tapi aku tetap happy.. in planning nak cash out lagi yang ke3.. tapi masih tunggu and tunggu waktu yang sesuai..

Orang lain pun dah cash out banyak kali.. amount pulak bukan main-main lagi.. alaaaaa.. aku setakat tak bape butir pun dah cukup seronok.. kalau banyak butir tu lagi seronok la kot kan.. :) of coz..

Aku mengucapkan ribuan TERIMA KASIH untuk SEMUA yang selalu singgah sini.. bila aku tengok apa yang rata-rata orang cari.. kebanyakkan nya ialah tetang Resepi Masakan.. dan ada juga yang selalu masuk sini cari Petua.. berkenaan kuning baby dan selsema.. hmmm lepas ni kalau nak apdet.. kena banyak pasal resepi dan petua lah yer.. kata kuncinya.. kalau bab2 keluarga ni sapa nak kesah.. syok sendiri je kot.. hahahahaha.. 





Aku dapat CPUV dari cik Nuffnang yang baik hati.. walaupun aku tak dapat langsung dalam bulan January.. tapi aku dapat 2 CPUV dalam bulan February.. hahahah happy.. sedang berjalan.. tapi aku punya visitor takde la sampai ribu pun sehari.. setakan paling banyak pun baru 500.. tu kalau banyak.. kalau sikit? hahahahahah 1 pun tarak.. (tu kadang2 hari yg tak apdet langsung).. 



Yang ni aku tengok visitors aku dalam minggu lepas.. bukan hari ni.. minggu lepas.. (press again).. majority of coz from Malaysia bumi tercinta.. :) and ada sebahagian dari US.. and Singapore.. dan segelintir dari negara2 lain.. :) fuhhh.. femous ke?




And ini lak yang menjadi referrer untuk sampai ke blog aku.. TQ kepada Blog Salam2Benua yang menjadi top referrer.. and kepada blog blog yang lain yang banyak membantu.. :) TQ allllllssss... 

Monday, February 24, 2014

Moody monday ke?

Assalamualaikum....


Nampak dak gambar kat atas tu?
alahaiii... sangatlah rindu nak balik kampung.. walhal baru je CNY lepas balik.. tapi macam tak puas.. macam tak cukup... biasanya tahun tahun lepas CNY aku akan berkampung lebih dari seminggu kat sana.. tapi tahun ni hanya 3 hari 2 malam je.. tu pun 1 malam kat umah mil.. satu malam kat umah mak.. tak puas tak puas tak puas..

Terasa sangat sangat nak balik kampung.. nak dok ngan mak.abah.. nak berkepit.. bangun pagi dengar mak.abah dok bertong teng kat dapo siapkan masakan pagi utk cucu cucu... riuh rendah suasana kampung kalau balik ramai2... hmmmm.. nak tunggu raya puasa.. nun jauh di sana.. sedangkan kita masih lom berpuasa..

Macam mana nak buat ek?

Sunday, February 23, 2014

Membaca bersama Cikgu Fiyya..

Assalamualaikum..

HEPI SUNDAY...

Not much interesting today... macam biasa dok umah jadi tukang masak.. jadi cikgu kepada cikgu kecil fiyya.. jadi harimau pun ada.. hahahahaha... 

Kiranya saja je nak apdet blog.. so tempek gambar tak seberapa dari baby besar fiyya ni.. :)




Fiyya love to read a book... hard book ni semua warisi dari yang abang haikal punya.. so kalau fiyya nangis je mesti bagi dia pegang buku.. and on the spot fiyya akan diam.. time nak pakaikan pampers kat fiyya.. also kena standby buku.. and senang la nak pakaikan pampers tu.. now days walaupun pakai pampers pants kat fiyya.. tetap kena kejor dia tau.. tapi bila bagi buku ni terus dok selak sambil baca.. Aaaaa Aaaaa.. hmmm tu la fiyya.. 


She's growing very fast.. i miss when shes small and always sleeping... can remember i called her Sleeping Princess coz she love to sleep... fiyya dah hampir 1 tahun 2 bulan.. she still cant walk... pelan2 kayuh la kan.. ye la.. anak2 kan ada yang cepat jalan.. and ada gak yang lambat jalan.. jadi for parents like me, kena banyak bersabar dan mengawasi anak kecil itu lagi penting.. kan.. Gigi Fiyya dah ada 6 batang.. menyusu susu ibu dan juga susu formular.. juga fiyya sangat lah aktif dan karakternya suka mengusik.. hmmm nakal yer.. 


Ok lah.. selamat bercuti dan menghabiskan hujung minggu.. 



Saturday, February 22, 2014

Mendidik Anak Gaya Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum...

Alhamdullillah... hari tu saja tinggalkan jejak kat blog kak Ana.. iaitu blog ibulala.blogspot .. rezeki dapat hadiah dari Kak Ana.. TQ kak.. dapat gak ilmu berharga perkongsian cara mendidik anak gaya Rasulullah s.a.w, banyak yang perlu di baiki walaupun sudah mendai mak lebih dari 17 tahun kan.. kesabaran dalam mendidik anak sangatlah penting.. sebagaimana yang kita nak dia jadi baik.. ianya perlu bermula dari kita sendiri.. sesungguhnya anak itu di kurniakan dan ibu bapa yang mencorakkannya.. sebaik mana ibu bapa mencorakkan anak itu.. sebegitulah kejadiannya.. 



Muka hadapan buku.. yang aku scan by canon Scan.. bukan snap by camera.. 



Bahagian belakang juga ada ilmu perkongsian.. 



Muka surat pertama untuk Wasiat Rasulullah s.a.w.. 


Muka surat kedua (akhir) Wasiat dari Rasulullah s.a.w... 

Ok lah semua kawan2.. selamat bercuti ya.. :) 




Friday, February 21, 2014

Pizza Nusantara in da making

Assalamualaikum..

Petang 2 hari lepas.. sambil kira hari apa iaitu hari selasa lepas.. balik keje teringat terus Hakimi request pizza.. lama tak buat pizza katanya.. ooooooo tidakkk.. mama kalau nak buat pizza doh.. kena uli kat ofis.. balik umah baru leh dinner pizza tau dik... kalau setakat mama balik umah baru nak uli.. makanya uOls akan dinner kul 11 malam lah.. isyyy.. kesian tul kan.. tak sanggup nak biarkan anak2 kelaparan.. makanya mama yang gorgeous and clever a.k.a pemalas ni.. singgah je kedai bakery BWY (Bake With Yen) yang berada depan ofis aku.. kedai bakery BWY tu biasanya tutup kul 6pm.. jadi hari tu sunyi plus tak banyak keje lah.. terus aku mintak kuar awal 10 minit sebab OTW balik tu nak singgah kedai BWY tersebut.. 

Aku beli based pizza and cheese.. cheese kat situ murah gak.. and based pizza for 5 pcs is RM4.50, kira berbaloi kot.. sbb tak payah nak nunggu menguli, tak payah beli tepung roti, serbuk penaik, pelembut roti and etc untuk membuah doh kan.. lagi menjimatkan masa.. and only 1 thing, pizza based only have 1 size..  lebih kurang cam regular size pizza tu.. ok kot kan.. bagi aku sangatlah membantu aku dari menjimatkan masa.. balik umah buka plastic tu and terus boh topping je.. anak2 leh makan lepas solat maghrib and sebelum kuar gi ngaji Quran.. kan.. 



Ini pizza based after sapukan sos tomato.. aku just guna kobinasi sos tomato and sos cili je.. sebab namanya pun buat express rakyat kan.. 



Atas bantuan mr mama.. sosej di slicekan, crab stick meet, tuna (aku guna tuna brand TC boy), bawang, daun ketumbar and cheese last skali.. 



1st trip, dapat 3 regular pizza.. sekali masuk dlm oven.. sementara 2 lagi menunggu turn..



Saja nak tayang lagi before masuk oven... :) hahahahah



Ni gambar selepas.. dah kuar dari oven.. and ini hasilnya.. :) Nusantara pizza.. :) kombinasi kemelayuannya.. nampak tak?



Ok gak based pizza ni.. lembut di dalam rangup di luar.. hah hah hah.. ada yang keliur tak ? nak buat tak? Jadinya weOls dinner 5 pcs of regular pizza nusantara that night.. lebih mengenyangkan selepas minum.. rasa kembang SEMANGKOK pizza nusantara menari nari dalam perut.. 


Thursday, February 20, 2014

Bakal menimang Twins tak lama lagi...



Assalamualaikum....

Petang petang baru dapat apdet... 
Pagi tadi off half day dok umah jaga fiyya.. BS cuti EL.. dia balik ke Kelantan malam tadi.. 
Pepagi tadi ngan fiyya kitorang gi ngantor mr mama masuk keje.. petang ni baru aku balik keje amik mr mama balik... so seronok la fiyya dapat naik kete jauh sket dari biasa dari rumah BS ... 

Citer aku nak dapat twins.. pagi tadi time nak sidai baju kat ampaian balkoni rumah tu, teringin pulak aku nak memanjat tangga kan.. sambil hp kinah kat tangan.. naik tangga sampai step 6 tu ko.. hahahahaha.. raba2 jari dalam sangkar burung tu, terasa ada 2 bijik kat telor kat dalam... so terus bukak flash.. snap memang betul.. dah pun bertelor.. tak lama lagi menetas la.. 






Mula2 snap tak nampak.. sangkar mcm kosong je.. tak puas hati.. selok2 lagi snap kali ke2.. 



Ni baru nampak.. betul la dari pengalaman lepas pun.. and sedikit sebanyak perkongsian ilmu dari yang pernah mengalami kejadian ni di rumah memasing.. kelicap akan bertelor paling banyak pun 2 biji.. jadi.. tak lama lagi kurang 2 minggu kot.. aku akan dapat twins.. hehehe.. x sabar nak tengok baby kelicap yang cute mute tu.. hehehe

Wednesday, February 19, 2014

WW: Random 3 weeks ago..

Assalamualaikum...


WW kan... so bercerita melalui gambar je la... 

Before that... Thanks to all yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan fiyya.. Alhamdullillah.. fiyya dah pun sihat dari demam.. sekarang ni makin lasak sampai tak nak tido siang.. 


Fiyya kiri skali.. nengok kakak pupu dan abang pupu dok membina otak memasing.. lego time.. :) 



Fiyya ni dahinya gondol cam flower horn kan.. tengok tu kalau dari sisi nampak kan.. hmmmm betul2 ikut kak kinah.. 


Entah ler merajuk ke atau tengah wat project.. menyendiri je budak ni.. her feveret place ialah kat celah2 pintu atau kerusi... caye?



Abang Haikal.. mmm dia bina fish dari legi ni.. just a little fish katanya.. 


Ni lak gambar snap before berangkat balik KL.. gi singgah Tesco jap.. jalan2 shopping ngan adik2 kat sana.. and singgah makan kat food court tesco Taiping tu.. 



Di hari keberangkatan pulang ke KL.. just imagine uOls.. almost 9 hours drive untuk kembali ke KL tau.. korang bayangkan betapa keMENGANTUKan nya aku drive kete and fiyya lak nangis nak dedek.. kimi, kinah sampai tak larat layan.. sib baik haikal ok.. keTIDURan je haikal waktu nak balik KL.. 



Waktu nak masuk terowong monora tu.. kete merangkak rangkak je.. jenuh nekan break.. sib baik auto, kalau manual mau krem kaki kan..



Merangkak menuju ke dalam terowong.. 


WeOls anak beranak ber5 sampai ke rumah hampir jam 12 tengah malam.. time tu mr mama dah macam cacing kepanasan nunggu weOls tak sampai2.. yang aku lak, bersabor je ler.. sebab jalan jem giler dari lepas Kuala Kangsar tu sampai ke ke susur2 keluar ke KL baru ok.. adoiiiii.. kematu bumber i tau.. 

Tuesday, February 18, 2014

Fiyya busy study sekarang ni..

Assalamualaikum...


Percaya lah tajuk kat atas tu... kalau tak caye gak.. cer tengok gambar kat bawah.. rutin harian fiyya skrg ni.. bangun tido terus cakap camni.. " nak nyet!! nak nyet!!... " haiishhh masa bila lak mak kamu bela monyet? semua nak nyet nak nyet... sambil jari comel tu tunjuk ke calendar table atas TV.. tu la namanya "NYET"... bukan monyet betul2 tu yer... hmmmm.. kalau fiyya ajuk orang cakap kat phone kan.. sambil letak apa2 yang dia pegang kat belakang pale dia.. termasuk pen dia akan sebut "HANYEEET..."... hanyet tu maksud dia adalah HALLO... mmmmmm.. apa semua yg dia sebut mesti di penghujung perkataan dia akan ada NYET... dik.. ko bukan lahir tahun monyet kan.. kan... sat nak tengok.. hat taun lepas tu naga la.. bukan monyet... (haa.. kan dah kuaq sleng cik ta..) isyyy.. payah tul nak kawai cakap ni sejak dua menjak ni.. 

ok.. berbalik kat NAK NYET tadi.. (a.k.a calender table).. dia akan amik kira dan kira and sambil tunjuk kat haribulan dalam calender tu.. tunjuk semua angka.. tapi dia baca.. Aaaaaaa... EEEeeeee... hokeh.. dah abis dah baca.. baru leh mandi... lepas mandi.. mengurut segala bagai.. doktor a.k.a mama ni akan cek perut fiyya.. rutin harian macam mana yang doktor suruh mama cek perut fiyya... hmmmm... lepas tu sambung balik nak NYETTTTT.. nak NYEETTTT.. kali ni bukan nak calender tau.. nak hat barang2 dok atas meja solek.. nyet sini, nyet sana.. bedak ka, lipstik mama ka.. semua fiyya panggil nyet.. hahaha.. gelak la.. aku tulis ni pun nak gelak skali.. 

Nak air.. fiyya akan sebut sama.. NAK NYET... nak main, nak kuaq rumah... nak makan tak sebut nak nyet.. tapi terus nganga depan kita ni.. lohhh tudia.. nak makan rupanya... tak sabaq sabaq dia dok bukak mulut.. padahai kita dok buih = hembus lagi makanan hat panas tu.. tapi kalau nak nenen.. tak sebut nak nyet.. tapi nak T.E.T.E.K terus.. straight to the point ja.. isyyy.. malu dok sebut depan2 orang.. kot dalam rumah tak pa la.. ni dok sebut kalau kat klinik ka.. spital ka.. tok sah sebut kuat2 sangat haiiihh... 




Ni fiyya kacau kakak Kinah... tu.. yang tak tahan tu.. dalam mulut wajib letak pemadam.. lepas tu pen kat tangan.. pembaris... isyyyy.. awat la lagu ni...tak tau la..



Tengok ni.. siap kalkulator lagi.. hmmm pandainya fiyya study... correction pen.. segala bagai semua dia kawai kat dia sorang.. 



Sat.. nak kira duit mama sat... tambah tolak bahagi... okeh.. nyet nyet nyet... 



Ni reaksi fiyya bila mama panggil soh senyum.. dikk.. sengeh dikkk.. tapi dengan muka tahap nak telan orang... tudiaa.. eeee takut mama tau...



Sorry gambar agak kabur... ni dia sengeh... nampak gigi tu 4  batang.. sebenarnya 6 batang.. tapi yg 2 lagi tu kurang nampak tau.. sbb baru menunjukkan diri.. hmmm sengeh dik.. sengeh... 



Fiyya masih selsema.. mata berair.. hidung berair.. :)


Ok lah.. khas buat tatapan sahabat.. :)