Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Monday, January 27, 2014

Lawatan Sambil Belajar - Paya Indah Wetland Part 2

Assalamualaikum... 

Jom sambung lawatan kita ke Paya Indah Wetland kat Dengkil tu.. :)




Deretan basikal untuk pelawat yang suka menerokai dengan berbasikal.. weOls tak amik basikal.. sbb anak kecil susah nak bawa basikal alasan semata2  hahaha.. boleh tak alasan tu? ahahaha.. atau alasan yang lebih tepat dalam kete ada acon... hahahahahaa.. 


Burung merak dan ayam pegar yang di biarkan berpeleseran di balkoni2 bangunan.. merak ni sporting sangat.. dekat2 tapi pegang tak leh yer.. hehehe


Yang ni lak aku try test (dua perkataan yang sama maksud) aku pegang bulu kat belakang dia je.. depan2 tak berani.. takot kot2 yang dia dok tengah ram anak2 dia ke? kan kan.. kang tak pasal2 aku kena kejar ngan dia kan.. so sentuh sket2.. Bukti tu tangan aku.. hahaha.. 


Amik gambar dari depan dia.. relaks je santai.. kenyang ke sakit? or? 



Sejarah ayam pegar dan merak biru.. :) sila baca kat situ kalau yang tak bape nak jelas tu buat2 nampak je la ye.. :) kuang kuang kuang... 


Sarang pelanduk.. tapi si pelanduk aku tak nampak rupa.. entah ler dah lari ke mana.. hanya sarang je yang ada.. 



Ni lak sekumpulan ayam pegar yang sedang mencari sesuap nasi, sebiji beras, se se se... kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. hmmm... nanti sambung lagi... bye.. 





Lawatan Sambil Belajar - Paya Indah Wetland Part 1

Assalamualaikum....

Hari isnin sudah... :) minggu ni keje 3 hari 1/2, lepas tu cuti 10 hari.. seronok lah sapa2 yang nak balik ke kampung kan.. macam aku ni belum pasti.. nak balik tapi perlu ingat bajet sendiri, insyaALLAH kalau di izinkan Allah aku balik lah.. kalau tiada izinnya aku tak balik.. :) betul tak?

UOls dah sarapan? 
Aku dah.. makan popiah inti karipap.. 2 ketul je.. alhamdullillah.. cukup lah dulu ringan2 kan perut.. sementara nak masuk yang heavy pula nanti.. :) UOls kena makan.. sbb hari ni aku nak bawa gi jalan2 ke Paya Indah Wetland, Dengkil.. nanti ada yang pengsan aku tak jamin.. hospital jauh nak bawa.. hihi.. okeh.. 

Kejadian ni berlaku pada hari sabtu lepas.. anak2 memang ada sekolah ganti.. tapi dalam masa yang sama semuanya tak sihat belaka.. jadi aku dan mr mama amik peluang ni untuk bawa anak2 (termasuk aku) jumpa doktor.. kitorang ke Klinik Kesihatan Puchong je.. amik ubat, cek suhu demam.. dan cuma Sakinah je kena ambil darah.. kesian Sakinah.. lama betul dia tak sakit.. tak cucuk.. sampai dah tua bangka umur hampir 17 tu, baru la dia kena cucuk ni amik darah.. dulu kinah kena cucuk cek pasal Thalasemia pun last umurnya 2 tahun, time tu dan confirm dia tak de apa2.. so stop terus dari jumpa doktor pakar kat Hospital Kuala Lumpur.. and now doktor suggest aku bawa Sakinah cek balik darah dia.. sebab HB (hemoglobin) = sel darah merah sakinah only 7.4 normal rate must more than 10 and above.. sikit sangat.. sib baik doktor tak tahan sakinah untuk masukkan darah.. dulu doktor kat Peads Klinik, Hospital Kuala Lumpur dan confirmkan Sakinah Ok dari Thalasemia.. ohh tidak.. moga kesihatan anak2 aku semua di perlihara allah.. aminnnn.. 

Lepas balik dari Klinik, terus weOls ke Dengkil, sarapan pagi dulu dan terus ke Paya Indah Wetland ni yang terletak tak jauh la sangat pun sebenarnya dari Puchong.. (tak tengok pula bape kilometer kat meter kete).. 

Jom kita tengok gambar.. 


Di depan signboard Paya Indah Wetland di pintu masuk yang terletak di tepi jalan raya.. :) 
Nak sampai sini dari Puchong tu dalam jangka masa 30 minit je.. 


Jalan menuju ke Taman Paya Indah.. beberapa penunggang motosikal ladang di pinggir jalan.. 



Waktu melawat di Paya Indah.. :) senang aku letak kat sini.. untuk info kawan2 juga.. 



Sakinah dan Haikal di tempat menurunkan penumpang.. :) weOls berhenti kat sini menikmati kehijauan alam dan tasik yang damai.. 



Hakimi di tepi tasik Typha... hmm.. dah mula suka budak ni bergambar tau.. 



Mr mama.. menuju ke Kaunter Pendaftaran.. yang pasti masuk sini Free.. tapi kena daftar kenderaan dulu kat sini.. baru leh masuk round2 dalam ni..



Info berkaitan Tasik Typha.. :) untuk info semua dan aku juga..



Ini lah keindahan Tasik Typha.. cantek.. ada kerusi untuk beriadah dan menikmati keindahan alam semula jadi.. :) boleh relaks2.. dan waktu aku sampai sini pintu nya masih tutup.. so tak boleh la turun ke pelantar bawah tu untuk posink2.. 



Sementara menunggu di daftar mmasuk.. ada akuarium yang menempatkan ikan air tawar yang sangat cantek.. bersih dan jelas sesangat kolam ni.. :): nampak mr mama dok tunjuk ikan kat safiyya..



Bergambar kenangan dulu 5 of them dengan Hypo batu ni.. mama? takde la.. sbb mama kena amik gambar kan.. hehehe

Ok.. akan bersambung lagi untuk pengembaraan seterusnya nanti.. stay tune..

Friday, January 24, 2014

Air sejuknya dah macam ais..


Assalamualaikum..

Hari ni kecoh pasal cuaca sejuk di Malaysia.. rata-ratanya menyebut pasal suhu negara kita yang sangat rendah skrg.. especially waktu malam.. dah macam tinggal kat atas gunung je rasa.. nak mandi pagi pagi pun takot je nak kena air.. bukan main sejuk sangat.. dah macam ada ais je dalam air tu.. Untuk anak2 aku yang kena bangun awal gi skolah tu, takper sebab diorang leh mandi pakai water heater kan.. cuma aku ni kureng minat sikit nak gunakan water heater tu.. bukan pasal apa.. aku rasa tak puas.. suka lagi guna cebok (bahasa utara) gayung (bahasa selatan KOT) .. hihihi.. 


info pics from Google Images


Pagi ni dengar berita pun pasal cuaca sejuk.. sampai kat Indonesia heboh kata turunnya salji, tapi berita mengesahkan itu hanyalah khabar angin.. yang tidak sahih la kan.. :) 

Patutlah ramai org sakit.. rupanya tak tahan cuaca skrg... malah 1 family aku pun dah jatuh sakit.. 6 orang dalam rumah.. 6 orang gak dah kena demam, batuk dan selsema cikgu ni.. :) kalau ada 7 orang abis 7 orang lah yang kena sakit tak tahan sejuk ni kan.. kot2 kata lah nak turun salji kat Malaysia.. tapi tak tau la kan.. kuasa allah.. 

Sejuk2 di Cameron Highlands pun belum penah turun salji kan.. ini kan pulak kat tengah bandar Kuala Lumpur ni.. hmmm.. :) 

Laporan yang aku baca dari Jabatan Meteorologi Malaysia, menyebut, suhu udara yang sejuk daripada biasa dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara semenanjung pada minggu ini di sebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk. Selain itu liputan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi. Di jangka cuaca ini akan berlarutan sampai minggu depan. 

So jaga2 lah untuk anda yang tak tahan sejuk ye.. :) even haikal yang asthmatic tu pun dah kena serangannya semalam.. then kena lah dia bergantung pada ubat pam di waktu pagi dan waktu malam nanti.. :) semoga haikal cepat sembuh.. aminnnn.. 




info dari :- http://cuaca.mirbig.net/


Itu ialah suhu di Puchong Selangor.. kalau tempat2 lain yang korang nak tau.. just klik kat info di atas tu.. ada link.. :) 

Selamat bercuaca sejuk lah ye.. :) 

Sup Kentang Bercorak..

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat... alhamdullillah.. bersyukur ke hadrat ilahi yang kita masih bernyawa di hari ni.. :)

Semalam balik dari keje tak balik terus ke rumah.. me & mr mama terus amik fiyya kat rumah BS.. so nak gi Tesco beli barang dapor sket.. sekor ikan pun dah takde.. jadinya kena la juga pergi untuk masak makan malam kan.. :) tapi weOls tak masak malam tadi.. tapau nasi ayam 5 pek je.. :) alhamdullillah.. 

Citernye otw balik ke rumah dari tesco tu, haikal call aku.. dia bagi tau yang dia tak boleh bangun.. kepala nya sakit.. badan panas, kepala nak pecah kata haikal.. hmmmm so cuti gi ngaji quran.. :) tinggal hakimi je yang pergi ngaji sorang.. :) ok lah dah tak sihat nak wat camne kan.. :) hari ni pun haikal cuti skolah.. petang jap gi aku akan call cikgu kelas haikal inform dia.. :)

Jom.. pagi ni aku merajinkan diri... alasan semata2 padahal malas sokmo ... dah anak tak sihat.. aku ni kena gak datang keje.. sbb pagi ni hakimi ada kat rumah (skolah petang) leh la temankan haikal, and sakinah (skolah pagi) balik awal kan sebab jumaat.. leh la temankan haikal waktu petang nanti.. apa2 hal aku akan telephone diorang selalu.. :) 

Fiyya bangun tido tadi seawal 6.45am.. jadi aku boleh la masak sket apa yang patut.. mr mama tak bagi masak dah.. sbb dia dah panggang ayam dan goreng nugget.. tapi aku ingat nak buat sup untuk haikal lah.. sekurang2nya dia senang sket nak makan nasi nanti.. :)

Sup aku tu, aku masukkan kentang, bunga kubis, carrot, bawang dan telor... :) sup simple di pagi hari.. :) sesuai tak? 




Ni lah kentang bercorak yang aku maksudkan.. aku rasa tak penah nampak sebelum ni kejadian ni berlaku depan mata aku.. so aku just snap gambar ni untuk kongsikan.. :) 

Mula2 aku ingatkan kentang ni rosak.. busuk... tapi bila aku dah teliti kan.. warnanya ungu.. bukan rosak.. tu yang aku dah slicekan ketang sampai camni.. sebab aku nak pastikan ianya rosak busuk atau apa.. 



Zoom sket.. tapi kondisi camera aku kurang sharp.. sorry for a bit blur... 



Hmmm dan ini adalah sup yang aku masak pagi tadi.. siap2 cedokkan 1 mangkok untuk haikal.. :) ada yang berminat tak? sepatutnya aku suka letak suhun, tapi stok suhun takde.. tak per la kot.. camni pun boleh kan.. :)



Tak sempat dah mama nak buat bentuk bintang ke.. ultromen ke.. dah kul 7 lebih dah time ni.. kitorang selalu kuar keje kul 8am.. so masak express namanya.. :) eheheehe


Sup kentang bercorak.. :) kentang yang bercorak tu lupa lak aku nak snap pictures tu lepas dah masak... hihihi.. entah ada ke lagi rupanya? entah dah hilangkah warnanya? 

Thursday, January 23, 2014

Tomyam Kasturi


Assalamualaikum...

Hari ni apdet awal sket.. selalunya dah tengah hari rembang baru nak boleh bukak laptop.. hmmm tul tak? uOls dah sapan ke? aku baru terhegeh2 nak makan kipap 2 biji.. Seri muka 1 biji, selesai sudah.. tapau waktu nak datang keje tadi... Tengah hari ni aku lunch nasi putih + gulai temenung, hmmm amacam? ada terguda tak? hehehe.. 

Bawausin (b.o.s) kuar gi site visit pepagi hari ni.. so for sure sampai tengah hari takde lah dia kat ofis.. hehehehehe.. (naik tanduk sudah).. jadinya aku tinggal sorang2.. sbb ofismate aku tu ikut gi site visit skali.. alhamdullillah... boleh la aku nak slow motion sket wat keje.. takde orang.. :) 

Al-kisah semalam seharian aku tak sihat.. badan terasa lemah seram sejuk nak demam.. muntah 3 kali.. uweekkkk uweekkkk.. ingat kot ada baby kah? hahahaha.. ngak mungkin dong.. kakakaka so otw balik umah tengah drive tu pun aku berhenti tepi jalan gi muntah tau.. hahaha.. dah tahap macam orang morning sikness je.. balik umah aku berkubung dalam selimut.. punya la sejukkk.. padahal lom mandi.. sambil susu kan fiyya je.. dok lah skali fiyya dalam selimut tu ngan aku.. sib baik fiyya pun ngantok gak semalam.. jadi fiyya tido sampai kul 7.30am tadi baru jaga.. tu pun kena kejut.. alhamdullillah.. dapat la aku berehat walaupun tetap bangun menyusukan fiyya 4 kali malam tadi.. :) hari ni aku dah kembali sihat.. cuma batuk2 je lagi.. harap batuk ni pun cepat hilang.. gatal tekak dah kurang.. sbb aku ada amik 1 sudu madu pagi tadi.. :)



Kenapa Tomyam ni nama Kasturi?

Sebabnya.. aku takde daun limau purut... ingatkan ada stok kat umah.. tapi takde.. dah kering kontang lebam lagi.. mr mama buang lah.. jadi time nak wat tomyam ni dah semua tak nak ke kedai.. nak suruh hero aku tu pun dia bukannya kenal daun limau purut.. dah la aku guna setahun sekali je kot.. jadinya aku capai je daun limau kasturi 1 helai buat bau tomyam ni.. alhamdullillah.. takde keracunan makanan setelah makan tomyam kasturi ni.. dek kerna aku tukar daun limau purut ke daun limau kasturi.. hahahahaha

Sape nak rasa? try guna sendiri daun limau kasturi.. wangiiiiiiiiii.. tapi aku hanya letak 1 helai.. sbb takot pahit.. :) habis tu dah buahnya ko leh telan.. takkan daunnya ko tak leh kan.. kuang kuang kuang... 


Wednesday, January 22, 2014

WW: Masak Lemak Ayam Pencen.. & demam silih berganti

Assalamualaikum...

Mr mama tak sihat... dah tentu2 lah dalam tak sihat tu ada yang dia idamkan..
then ini lah permintaan mr mama, dia teringin nak makan ayam pencen.. tapi buat masak lemak yang tak pedas... hmmm kesian kan kalau orang sakit yang mintak... kita yang dengar pun sayu je... nak taknak.. kena lah membizikan diri nak masak untuk mr mama.. nasib baik masak lemak ni takde tumis2.. semua masuk dalam periuk.. biar menidih dan menepati citarasa, dah tutup api kan.. 

WW day katakan.. tapi tetap nak berceloteh... dah namanya suka berceloteh.. 


Masak Lemak Ayam Pencen.

1 Ekor ayam pencen di potong bape suka dan cuci bersih. (rebus dengan air kelapa)
* petua orang kata untuk cepat lembut*

4 Ketul kunyit idup
1 labu bawang besar
3 Ulas bawang putih
1 inci halia
(4 jenis bahan ni di tumbuk lumat)

2 Batang serai di titikkan..
5 keping cendawan tiram koyakkan
1 mangkok santan
1 mangkok air putih
garam & aji
3 - 4 biji cili padi (just campak utk kurang pedas)

Cara2nya:-

Semua bahan di atas di masukkan ke dalam periuk kecuali santan, masak sampai menidih, masukkan santan, garam dan aji biar menidih lagi.. rasa lah kalau dah sedap tutup api dan sedia untuk di hidang....

Masak yang simple dimple tapi nyummihhh.. :) cuba lah.. 

Moh kita ke gambar seterusnya..


Abaikan barang dalam peti sejuk tu... tengok apa ini budak tengah buat.. mari kita tengok sapa yang kena!!!
Safiyya.. alhamdullillah.. setelah 9 hari demam.. akhirnya allah kurniakan kesihatan yang baik untuk baby besar ni... safiyya dah mula sihat dan dah boleh kenjah umah.. macam biasa rumah mmg tak terurus sangat kalau time2 keje.. jadi abaikan yang berselerak tu.. 

Tengok kakinya.. tak sampai nak capai cencalok tu.. siap nginjatkan kaki lagi.. hehehehe.. 



Bila mama dah panggil nama dia... terus dia paling muka ke mama.. good girl lah fiyya.. :) fiyya dah sihat sekarang.. hati mama semakin riang... 

Namun begitu pagi tadi Hakimi pula yang bakal mengambil tempat fiyya dan mr mama.. mama suruh hakimi cuti tak payah pegi skolah.. tapi kimi kata tak nak.. dia ada KOKO pagi ni.. jadi dari pagi sampai petang kul 6.40pm nanti baru kimi balik rumah.. mama dah pesan suruh kimi bagi tau cikgu dia kalau dia tak larat nanti.. budak laki ni kalau dah dengan kawan2.. tak bape nak hairan sangat bab kesihatan.. unless kalau dia tak larat betul2 kan... Moga allah memberi hakimi kekuatan untuk bersekolah hari ni.. aminnnnnnn

Tuesday, January 21, 2014

Sup Kepala Ikan & Safiyya under recovery..

Assalamualaikum...

This week a bit busy for me.. Dengan keadaan baby Safiyya tu yang demam tak surut-surut.. Di tambah pula dengan keadaan mr mama dan sakinah pula yang turut serta ikut demam... makanya aku kekurangan kaki tangan lah.. (bukan ayat raih simpati ye.. ).. Ye la.. anak kecil kalau demam kan merap je.. merap dalam bahasa utara dan dalam bahasa buku ialah MANJA TERLEBIH... and kalau org dewasa lak yang demam.. bungkus dalam kain selimut je lah diorang kan.. hmmm..

Hari ni Sakinah masih cuti MC tak ke sekolah la dia... Mr mama lak dah start keje.. tapi banyak gak kena pantang2.. tak leh makan yang berminyak dan kena makan makanan yang lembut dan tak pedas lah.. 

Sup kelapa ikan ni aku wat weekend hari tu.. teringin plak nak makan sup kepala ikan.. selalu makan sup ayam atau daging je.. than hari tu gi Tesco.. sekor ikan merah (berat dlm 1kg sekor) hanya di jual RM16.88 makanya terus la sambar sekor.. potong 2, kepala wat sup.. ekornya aku goreng kan je.. Haikal cukup suka makan ekor ikan merah tu.. isi yang lembut dan sedap.. sampai haikal cakap *ikan goreng yang paling sedap sekali dia penah makan* hmmmmm punya bodek kan ayat dia... kakakakka



Dalam sup ni aku letak cendawan tiram dan batang saderi je.. masak sup resepi cam biasa ye.. :) kalau sesapa ada belimbing buluh tu leh masukkan skali.. aku takde stok belimbing buluh kali ni.. dah lama plak tak pegi rumah kak ngah aku kat puncak alam tu bodek belimbing buluh dia.. :) hehe..



Alhamdullillah.. isi yang enak dan lembut sesuai untuk yang tak berapa sihat sekalian di dalam rumah tu.. :) 1 jenis je lauk.. tu pun bertambah2 anak2 makan nasi hari tu..



Ni lak gambar fiyya aku tangkap kelmarin susulan gambar dia yang aku tempek semalam.. saja nak tempek lagi.. memandangkan safiyya masih dalam recovery sekarang.. antibiotik on day 3 dah.. nampak perubahan.. safiyya semakin sihat.. dah boleh makan nasi lembut.. 



Time ni aku nak amik gambar dia.. pandai lak dia tengok camera.. walhal camera tu betul2 depan batang idung dia je.. :) selalu tak nak kesah pun.. gamaknya sebab badan tak larat kot kan.. 



Ok.. ini gambar yang akhir aku abdikan di sini.. Kalau berkesempatan balik keje nanti, aku amik gambar ceria dia lak.. moga hari ni ALLAH mengurniakan kesihatan berganda pada safiyya.. aminnnnnnn

Monday, January 20, 2014

Dah 8 Hari demam...

Assalamualaikum...

Lewat apdet hari ni.. dah kul 1 baru nak apdet.. tadi masuk ofis awal.. cuma bawausin (ba-wau-sin) ada... so tak dapat nak bukak laptop ni.. kena la rajin2 wat keje yang mana perlu di uruskan walaupun belum waktu kerja.. skrg ni pula time makan.. aku boleh la nak curi sket masa nak apdet.. sbb bawausin takde dalam ofis.. dia kuar makan KOT! entah.. agaknya lah kan... 

Safiyya dah 8 hari demam.. start hari isnin minggu lepas.. sampai la isnin hari ni.. demam nape? alhamdullillah.. bukan infection darah ataupun denggi.. sebab musababnya.. mungkin (firasat aku) fiyya alkesah demam nak tumbuh gigi atas.. tapi oleh kerana fiyya bila demam takde selera makan atau minum.. makanya tekak nya jadi kering.. bila kering dia batuk la pulak.. bila dah batuk.. sebab tu kekaknya bengkak dan merah.. kesiannya fiyya.. nak kata fiyya cirit birit? takde lah sebab fiyya tak makan.. hanya yang keluar air kencing yang sangat2 kekuningan akibat kurang air.. 

Hari selasa iaitu hari ke2 fiyya demam.. iaitu hari maulidur rasul.. aku dan mr mama dah bawa fiyya ke spital serdang.. takde amik darah sebab baru hari ke2... tapi doktor ada cakap tekak fiyya merah sikit.. balik rumah bagi ubat antibiotik dan demam yang makan pun bagi.. yang ikut bontot pun bagi gak.. cuba semua dah.. tetap suhu badan fiyya tak turun.. makanya hari jumaat lepas.. pepagi hari aku dan mr mama bawa fiyya ke spital serdang sekali lagi.. time ni dah kena amik darah.. makanya hari jumaat tu kena la amik darah sebab dah 5 hari fiyya demam... hasil ujian darah alhamdullillah.. takde tahap bahaya.. so di bekalkan lagi ubat demam dan ORS iaitu sejenis serbuk air garam untuk penambahan minirel dlm badan... balik umah mama buat mcm yang doktor suruh.. 

Sponging kan fiyya.. makan ubat every 6 hours.. tanggalkan baju dan suar.. accept pampers.. biar panas badan fiyya kuar.. tapi hari ke-7 iaitu semalam fiyya masih kuat demam.. mama dah takot nak buat apa lagi pun dah tak tau.. so kali ke 3 lah mama dan mr mama bawa fiyya ke spital serdang.. di spital serdang fiyya dah tak larat.. actually fiyya tak larat since morning.. tapi mama monitor sbb mama berharap agar fiyya kembali aktif dan senyum macam sebelumnya.. namun harapan mama tak kesampaian.. di hospital serdang sekali lagi fiyya kena amik darah.. 2 tube darah nurse amik untuk ujian.. selepas tunggu kurang 1 1/2 jam.. giliran fiyya jumpa doktor.. 

Doktor cakap, alhamdullillah.. fiyya demam bukan di sebabkan denggi.. tahap buah pinggang fiyya dan paru2 fiyya masih sihat.. syukur alhamdullillah.. aku pasti kali ni fiyya demam tak bahaya... cuma fiyya takde energy sebab tak nak makan langsung.. Doktor kata tekak fiyya makin teruk dan hampir bernanah.. sbb tu fiyya taknak makan atau minum.. jadi doktor suggestkan fiyya amik aiskrim.. at least than nothing kan.. mr mama beli walls dalam bekas kuning tu.. aiskrim vanilla.. harapan agar fiyya makan sedikit.. supaya fiyya tak letih.. boleh la.. fiyya makan aiskrim tu 1 sudu besar... tu pun lebih kurang 10 kali suapkan.. 

Berat badan fiyya semakin kurang.. hari tu waktu bawa fiyya ke klinik untuk injection MMR pada umur 1 tahun.. berat badan fiyya 8.5kg, tapi lepas 10 hari berat badan fiyya hilang 200g, skrg hanya 8.3kg.. harap supaya fiyya cepat sihat.. mama sangat rindukan mulut bising fiyya.. kesian fiyya.. fiyya nampak letih dan tak bertenaga.. 



Balik dari klinik 8hb january lepas.. lepas fiyya kena cucuk MMR kat klinik kesihatan puchong.. fiyya ceria walaupun baru lepas kena inject...



Nak bagi fiyya dok diam.. umpankan dengan coklat... so fiyya akan pegang dan cuba nak bukak balutan coklat tu.. jadinya asyik nya fiyya dengan keje nye.. fiyya tak kacau mama drive..



Walaupun hampir tidak dapat buka coklat tu.. fiyya clever.. dia colek coklat tu sikit demi sedikit... :) hmmm gud gurl.. 


Gambar terbaru.. fiyya petang semalam... 19hb January.. Fiyya waktu ni bukan tido.. cuma pejamkan mata tapi masih sedar.. bila aku tak pegang tangan fiyya.. dia celik dan merengek.. bayangkan betapa fiyya lemah.. sampai kain kat atas dahi dia tu pun tak jatuh bila aku letakkan.. fiyya diam je sampai aku alehkan kain dan celupkan semula dengan air.. kesian fiyya.


Ok... aku berdoakan semoga allah memberi kesihatan yang baik pada fiyya.. biar aku yang sakit dari aku melihat anak kecil sakit menderita.. dia belum mampu untuk berjuang.. aminnn ya robbal alamin.. 



Thursday, January 16, 2014

Pon pon pon... sape nak beli susu?

Assalamualaikum...

Kesah ni berlaku pada hari ahad lepas.. ofismate aku call bagi tau ada baby fair kat PWTC.. tapi aku mulanya tak nak hairan sangat.. sebab aku suka gi baby fair yang dekat2 je.. PWTC tu bagi aku cam jauh je.. nak gi sana pun kena merentas bandar Kuala Lumpur tu.. jadi untuk aku yang kureng mahir jalan kat KL tu, so tak nak la aku beriyap-iya nak pasang hajat macam2 kan.. sbb belum tau boleh pergi PWTC ke tidok... pepagi ahad tu fiyya dah bangun seawal 7am kalau lebih sikit je.. macam biasa rutin fiyya bangun pagi exercise dulu (turun naik katil... tengok tingkap bagai) ok.. dah kuar semua isi dalam perut, baru lah time nak mandi kan fiyya kan.. 

so orang pertama mandi pagi semestilah fiyya.. sambil2 aku dok massage fiyya.. sambil2 dok tanya mr mama... *nak tak kita gi PWTC? tanya aku, *uishhh.. PWTC nak wat per? kata mr mama.. * hehehehe.. jawab aku chun (ofismate) kata ada baby fair.. kita gi tengok2 ada apa yg best.. tak penah lagi aku sampai PWTC tu.. selalu dok lalu je pun.. jawab aku.. * haa.. dah tu mandi2 lah.. jom .. terus cakap mr mama.. hahahahah berbunga2 aku time mr mama kat OK tu.. aku tanya haikal dia nak follow ke tidak.. haikal jawab taknak.. so bila haikal tak nak follow.. jawabnya sakinah and kimi pun tak leh la follow.. ber3 lah weOls gi PWTC pagi tu.. awal sangat.. kitorang sempat bekfes roti canai kat restoran barakah di Jln Ipoh.. alhamdullillah.. seawal pagi tak jem pun jalan.. best.. 

Sampai Baby Fair tu belum lagi bermula.. jadi weOls tunggu kat luar je.. bila dah time.. masuk ler weOls ke dalam dewan pameran tu.. perghhhh.. orang jangan kata lah.. berduyun2 lah... and kitorang tuju ke susu.. sbb nak tengok ada apa yang murah2 kan.. baju2 ni baru je aku beli kat fiyya baru2 ni.. so taknak tengok baju2 dah.. 

Kitorang beli susu mamil 3 ni.. untuk safiyya.. haikal pula mamil 4.. susu haikal tu tak beli.. free gift untuk 80 org terpilih secara rawak... claim free gift kat kaunter tengok2 isi dalam tu ada susu mamil stage 4.. sesuai untuk haikal lah.. seronok haikal dapat susu sekotak tu.. fiyya lak weOls beli 1 cartoon terus.. jadi tak payah la nak mencari susunya dah lepas ni.. kan.. susu fiyya ni untuk age 1-3 years.. 


Susu fiyya and haikal.. :) 








Ni dah balik umah.. tengok fiyya sebok nak tengok kotak yang berisi susu dia... suker ler tu kan.. hihihihi..



Suka sampai duduk atas kotak.. lepas tu tak leh turun nangis... hmm sabor jer ler...



Time ni lah fiyya nak turun.. tapi kaki cam tak jejak lantai.. takot lah tu.. nangis ler lepas tu. tengok rupa fiyya.. nampak dia dah nerves lah tu kan.. hihi..

OK.. susu fiyya ni masih ada 11 kotak.. kot2 ada dok mencari susu ni.. aku leh tolak kan korang yg nak dengan harga yang berpatutan dan sangat berbaloi.. tapi kos penghantaran sila tanggung sendiri yer..  (harga runcit susu ni sekotak 900g tu ialah RM72.90) harga aku ? must be more less than that... :)

Wednesday, January 15, 2014

WW: Makan Ayam Goreng...

Assalamualaikum...

Safiyya still demam.. hari ni adalah hari ke-3.. sepanjang malam asyik nyot nyot and berkepit je.. moga safiyya cepat sembuh.. kesian anak kecil demam lama2... Nampak gusi safiyya macam nak kuar gigi.. bahagian atas pulak.. mungkin sebab tu safiyya demam.. mudah2an safiyya kuat harungi semua ni.. dah kecut pipi safiyya tau.. dengan bibir merah dia kekeringan.. smlm doktor kata kalau safiyya tak nak susu.. boleh di gantikan dengan jus.. insyaALLAH.. 

Jom kita tengok gambar minggu lepas.. time ni gi Giant Shah Alam.. waktu nak susu kan safiyya kat satu tempat di bahagian barangan basah.. tepi tu.. so duduk lah aku sambil menyusukan dia.. rupanya ianya adalah restorann ayam goreng uncle jack.. 

Nampak murah je... so beli 1 set.. untuk haikal sebetulnya.. safiyya time ni cuma makan sup dia je.. set ayamnya nampak murah sangat.. lebih murah dari set2 kat kepci tu.. 1 ketul ayam + sup and nasi + air softdrink.. RM3.50, kalau 2 katul ayam + air + nasi + sup RM5.00 je,, murah kan.. then sebetulnya weols dah makan pagi waktu tu.. jadi just beli untuk test je.. haikal yg nak sangat.. sedap gak.. kerangupan ayamnya.. kalau ke Giant Shah Alam singgah ler restoran ni di bahagian roti2 tu.. kat bakery.. hmmm ok.


Mr mama tengah wat apa tah waktu ni.. tak perasan lak aku.. tapi yg pasti dia tengah kusyuk tul.. hahaha.. 



Haikal mintak aiskrim.. :) tapi mintak je lebih.. makan tak habis.. mmg haikal ni kalau bab2 aiskrim kureng minat.. tu yg tak habes gamaknya.. 



Safiyya.. sampai dah memanjat atas baby chair dia punya panjat sbb nak kaco makanan tu.. 



Mama feed kan fiyya sup ayam.. :) at least dia makan walaupun taknak nasi.. 



Haikal dengan gumbiranya makan nasi ayam dia...



hahaha.. cute je ayam ni.. kan kan.. >> sila angguk pale << amaran keras ni..


Mama amik gambar perasantan comel.. hahahahaha.. boleh belah kan... *Sedang menggayakan shawl hadiah dari adik Dana.. :) tQ dana.. :) sweet tak?


Yang ni lak.. sila ABAIKAN lobang idung tu.. haikal punya la nak ngusik kan.. mama and kinah amik gambar gediks kat belakang tu.. hahahahah


hahahaha.. amacam? bolat cam ikan buntal kan... 



Kakak kena tarik tinga... hmmmm.. tak abis2 ajar mama amik gambar perasan tau.. nak kena ni..