Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, January 24, 2014

Sup Kentang Bercorak..

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat... alhamdullillah.. bersyukur ke hadrat ilahi yang kita masih bernyawa di hari ni.. :)

Semalam balik dari keje tak balik terus ke rumah.. me & mr mama terus amik fiyya kat rumah BS.. so nak gi Tesco beli barang dapor sket.. sekor ikan pun dah takde.. jadinya kena la juga pergi untuk masak makan malam kan.. :) tapi weOls tak masak malam tadi.. tapau nasi ayam 5 pek je.. :) alhamdullillah.. 

Citernye otw balik ke rumah dari tesco tu, haikal call aku.. dia bagi tau yang dia tak boleh bangun.. kepala nya sakit.. badan panas, kepala nak pecah kata haikal.. hmmmm so cuti gi ngaji quran.. :) tinggal hakimi je yang pergi ngaji sorang.. :) ok lah dah tak sihat nak wat camne kan.. :) hari ni pun haikal cuti skolah.. petang jap gi aku akan call cikgu kelas haikal inform dia.. :)

Jom.. pagi ni aku merajinkan diri... alasan semata2 padahal malas sokmo ... dah anak tak sihat.. aku ni kena gak datang keje.. sbb pagi ni hakimi ada kat rumah (skolah petang) leh la temankan haikal, and sakinah (skolah pagi) balik awal kan sebab jumaat.. leh la temankan haikal waktu petang nanti.. apa2 hal aku akan telephone diorang selalu.. :) 

Fiyya bangun tido tadi seawal 6.45am.. jadi aku boleh la masak sket apa yang patut.. mr mama tak bagi masak dah.. sbb dia dah panggang ayam dan goreng nugget.. tapi aku ingat nak buat sup untuk haikal lah.. sekurang2nya dia senang sket nak makan nasi nanti.. :)

Sup aku tu, aku masukkan kentang, bunga kubis, carrot, bawang dan telor... :) sup simple di pagi hari.. :) sesuai tak? 




Ni lah kentang bercorak yang aku maksudkan.. aku rasa tak penah nampak sebelum ni kejadian ni berlaku depan mata aku.. so aku just snap gambar ni untuk kongsikan.. :) 

Mula2 aku ingatkan kentang ni rosak.. busuk... tapi bila aku dah teliti kan.. warnanya ungu.. bukan rosak.. tu yang aku dah slicekan ketang sampai camni.. sebab aku nak pastikan ianya rosak busuk atau apa.. 



Zoom sket.. tapi kondisi camera aku kurang sharp.. sorry for a bit blur... 



Hmmm dan ini adalah sup yang aku masak pagi tadi.. siap2 cedokkan 1 mangkok untuk haikal.. :) ada yang berminat tak? sepatutnya aku suka letak suhun, tapi stok suhun takde.. tak per la kot.. camni pun boleh kan.. :)



Tak sempat dah mama nak buat bentuk bintang ke.. ultromen ke.. dah kul 7 lebih dah time ni.. kitorang selalu kuar keje kul 8am.. so masak express namanya.. :) eheheehe


Sup kentang bercorak.. :) kentang yang bercorak tu lupa lak aku nak snap pictures tu lepas dah masak... hihihi.. entah ada ke lagi rupanya? entah dah hilangkah warnanya? 

9 comments:

  1. dh msk rasa dia ok ke kak? kalu rasa pait tu tkt rosak kan... aku penah gk jumpa kentang gitu

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Jass..
    Ummi pun tak pernah tengok kentang bercorak tu, cantik pulak nampak.
    Sup tu best, sesuai juga untuk yang demam, berkhasiat.
    Moga haikal cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. akak pun tak pernah jmpa kentang bercorak gitu nani... tapi dulu akak pernah jmpa kentang bentuk love. memang sebiji bentuk love... tp sayang masa tu belum ada blog, belum ada fb... cuma ada fotopages.. rasanya ada akak share kat FP dulu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. salam kak..

    sya pun first time gak tengok kentang bercorak tu..

    ReplyDelete
  5. eh..
    tk penah jumpa la kentang cm ni..
    semua jd cm ni ke kak?

    ReplyDelete
  6. La... kakak tak pernah tahu ada kentang bercorak. Kalau kakak jumpa sah-sah kakak mesti ingat kentang rosak dan tentulah kakak dah buang..

    ReplyDelete
  7. satu dalam seribu kot kentang bercorak macam tu kan, so far akak belum pernah jumpa lagi kentang gitu bertuahnya badan kan..

    ReplyDelete
  8. macam tulisan jawi pun yea,
    tapi sup tu super berkhasiat :)

    ReplyDelete
  9. budak2 mmg suka mkn sup. Tak pedas. sedap dihirup. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)