Assalamualaikum....
Hari isnin sudah... :) minggu ni keje 3 hari 1/2, lepas tu cuti 10 hari.. seronok lah sapa2 yang nak balik ke kampung kan.. macam aku ni belum pasti.. nak balik tapi perlu ingat bajet sendiri, insyaALLAH kalau di izinkan Allah aku balik lah.. kalau tiada izinnya aku tak balik.. :) betul tak?
UOls dah sarapan?
Aku dah.. makan popiah inti karipap.. 2 ketul je.. alhamdullillah.. cukup lah dulu ringan2 kan perut.. sementara nak masuk yang heavy pula nanti.. :) UOls kena makan.. sbb hari ni aku nak bawa gi jalan2 ke Paya Indah Wetland, Dengkil.. nanti ada yang pengsan aku tak jamin.. hospital jauh nak bawa.. hihi.. okeh..
Kejadian ni berlaku pada hari sabtu lepas.. anak2 memang ada sekolah ganti.. tapi dalam masa yang sama semuanya tak sihat belaka.. jadi aku dan mr mama amik peluang ni untuk bawa anak2 (termasuk aku) jumpa doktor.. kitorang ke Klinik Kesihatan Puchong je.. amik ubat, cek suhu demam.. dan cuma Sakinah je kena ambil darah.. kesian Sakinah.. lama betul dia tak sakit.. tak cucuk.. sampai dah tua bangka umur hampir 17 tu, baru la dia kena cucuk ni amik darah.. dulu kinah kena cucuk cek pasal Thalasemia pun last umurnya 2 tahun, time tu dan confirm dia tak de apa2.. so stop terus dari jumpa doktor pakar kat Hospital Kuala Lumpur.. and now doktor suggest aku bawa Sakinah cek balik darah dia.. sebab HB (hemoglobin) = sel darah merah sakinah only 7.4 normal rate must more than 10 and above.. sikit sangat.. sib baik doktor tak tahan sakinah untuk masukkan darah.. dulu doktor kat Peads Klinik, Hospital Kuala Lumpur dan confirmkan Sakinah Ok dari Thalasemia.. ohh tidak.. moga kesihatan anak2 aku semua di perlihara allah.. aminnnn..
Lepas balik dari Klinik, terus weOls ke Dengkil, sarapan pagi dulu dan terus ke Paya Indah Wetland ni yang terletak tak jauh la sangat pun sebenarnya dari Puchong.. (tak tengok pula bape kilometer kat meter kete)..
Jom kita tengok gambar..
Di depan signboard Paya Indah Wetland di pintu masuk yang terletak di tepi jalan raya.. :)
Nak sampai sini dari Puchong tu dalam jangka masa 30 minit je..
Jalan menuju ke Taman Paya Indah.. beberapa penunggang motosikal ladang di pinggir jalan..
Waktu melawat di Paya Indah.. :) senang aku letak kat sini.. untuk info kawan2 juga..
Sakinah dan Haikal di tempat menurunkan penumpang.. :) weOls berhenti kat sini menikmati kehijauan alam dan tasik yang damai..
Hakimi di tepi tasik Typha... hmm.. dah mula suka budak ni bergambar tau..
Mr mama.. menuju ke Kaunter Pendaftaran.. yang pasti masuk sini Free.. tapi kena daftar kenderaan dulu kat sini.. baru leh masuk round2 dalam ni..
Info berkaitan Tasik Typha.. :) untuk info semua dan aku juga..
Ini lah keindahan Tasik Typha.. cantek.. ada kerusi untuk beriadah dan menikmati keindahan alam semula jadi.. :) boleh relaks2.. dan waktu aku sampai sini pintu nya masih tutup.. so tak boleh la turun ke pelantar bawah tu untuk posink2..
Sementara menunggu di daftar mmasuk.. ada akuarium yang menempatkan ikan air tawar yang sangat cantek.. bersih dan jelas sesangat kolam ni.. :): nampak mr mama dok tunjuk ikan kat safiyya..
Bergambar kenangan dulu 5 of them dengan Hypo batu ni.. mama? takde la.. sbb mama kena amik gambar kan.. hehehe
Ok.. akan bersambung lagi untuk pengembaraan seterusnya nanti.. stay tune..
dah lama tak lepak2 kat tasek
ReplyDeletebest gk
ReplyDeletemelawat keindahan alam ni..
Bestnya. Kena melawat juga Paya Indah ini. Cantik.
ReplyDeleteMacam best jer. Tak pernah sampai sini lagi.
ReplyDeletebest jugak tmpat ni... tempat yg mendamaikan.. boleh rileks2kan minda dari kesibukan kota...
ReplyDelete