Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Wednesday, January 22, 2014

WW: Masak Lemak Ayam Pencen.. & demam silih berganti

Assalamualaikum...

Mr mama tak sihat... dah tentu2 lah dalam tak sihat tu ada yang dia idamkan..
then ini lah permintaan mr mama, dia teringin nak makan ayam pencen.. tapi buat masak lemak yang tak pedas... hmmm kesian kan kalau orang sakit yang mintak... kita yang dengar pun sayu je... nak taknak.. kena lah membizikan diri nak masak untuk mr mama.. nasib baik masak lemak ni takde tumis2.. semua masuk dalam periuk.. biar menidih dan menepati citarasa, dah tutup api kan.. 

WW day katakan.. tapi tetap nak berceloteh... dah namanya suka berceloteh.. 


Masak Lemak Ayam Pencen.

1 Ekor ayam pencen di potong bape suka dan cuci bersih. (rebus dengan air kelapa)
* petua orang kata untuk cepat lembut*

4 Ketul kunyit idup
1 labu bawang besar
3 Ulas bawang putih
1 inci halia
(4 jenis bahan ni di tumbuk lumat)

2 Batang serai di titikkan..
5 keping cendawan tiram koyakkan
1 mangkok santan
1 mangkok air putih
garam & aji
3 - 4 biji cili padi (just campak utk kurang pedas)

Cara2nya:-

Semua bahan di atas di masukkan ke dalam periuk kecuali santan, masak sampai menidih, masukkan santan, garam dan aji biar menidih lagi.. rasa lah kalau dah sedap tutup api dan sedia untuk di hidang....

Masak yang simple dimple tapi nyummihhh.. :) cuba lah.. 

Moh kita ke gambar seterusnya..


Abaikan barang dalam peti sejuk tu... tengok apa ini budak tengah buat.. mari kita tengok sapa yang kena!!!
Safiyya.. alhamdullillah.. setelah 9 hari demam.. akhirnya allah kurniakan kesihatan yang baik untuk baby besar ni... safiyya dah mula sihat dan dah boleh kenjah umah.. macam biasa rumah mmg tak terurus sangat kalau time2 keje.. jadi abaikan yang berselerak tu.. 

Tengok kakinya.. tak sampai nak capai cencalok tu.. siap nginjatkan kaki lagi.. hehehehe.. 



Bila mama dah panggil nama dia... terus dia paling muka ke mama.. good girl lah fiyya.. :) fiyya dah sihat sekarang.. hati mama semakin riang... 

Namun begitu pagi tadi Hakimi pula yang bakal mengambil tempat fiyya dan mr mama.. mama suruh hakimi cuti tak payah pegi skolah.. tapi kimi kata tak nak.. dia ada KOKO pagi ni.. jadi dari pagi sampai petang kul 6.40pm nanti baru kimi balik rumah.. mama dah pesan suruh kimi bagi tau cikgu dia kalau dia tak larat nanti.. budak laki ni kalau dah dengan kawan2.. tak bape nak hairan sangat bab kesihatan.. unless kalau dia tak larat betul2 kan... Moga allah memberi hakimi kekuatan untuk bersekolah hari ni.. aminnnnnnn

10 comments:

  1. sodap sungguh ni.. moga kesihatan anak2 & keluarga kembali ceria seperti biasa yer

    ReplyDelete
  2. Kalau demam silih berganti hati tak senang. Tapi at least Fiyya dah ligat boleh meninjau fridge lagi oklah.. Harap Kimi tak melaratlah demamnya..

    ReplyDelete
  3. amboih fiyya dh sihat dpt akal baru yek... apa lg tlg mama kemas umah yek...

    ReplyDelete
  4. Fiyya boleh tolong mama kemas rumah dah lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. Rsnya jarang saya makan ayam pencen nie sebab liat kot..heheh..tp kalau nani buat mesti sedapnyer kan..
    Alhamdulillah fiyya nampaknya semakin sehat dan ceria..biasalah kenalah sibukkan mama sikit bila sehat sikit kan..
    agaknya musim orang sakit kot skrang nie..moga kimi cepat sembuh yer..take care semua...

    ReplyDelete
  6. seleranya tengok..nk rasa..hehe

    amboi sempat lagi fiyya...smpi tu nk capai brg dpt petis..hehe

    ReplyDelete
  7. comeinya fiyya ni..biasalah bila anak kecil demam silih berganti. Bukan senang nak besarkan anak anak

    ReplyDelete
  8. alahai dah sihat dah dia .. abangnyer pulak yerk...
    peti ais kita samalah.. tapi peti ais kita kosong tak macam ni..
    dah samapi dia yerk...

    ReplyDelete
  9. Memang le risau kalau anak demam ...nak lagi baby kecik...sian weyh...demam apa tu Nani?

    ReplyDelete
  10. Jarang beli ayam pencen...hubby tak pandai mintak mintak cenggitu Nani so selamatlah mak hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)