Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, January 24, 2014

Air sejuknya dah macam ais..


Assalamualaikum..

Hari ni kecoh pasal cuaca sejuk di Malaysia.. rata-ratanya menyebut pasal suhu negara kita yang sangat rendah skrg.. especially waktu malam.. dah macam tinggal kat atas gunung je rasa.. nak mandi pagi pagi pun takot je nak kena air.. bukan main sejuk sangat.. dah macam ada ais je dalam air tu.. Untuk anak2 aku yang kena bangun awal gi skolah tu, takper sebab diorang leh mandi pakai water heater kan.. cuma aku ni kureng minat sikit nak gunakan water heater tu.. bukan pasal apa.. aku rasa tak puas.. suka lagi guna cebok (bahasa utara) gayung (bahasa selatan KOT) .. hihihi.. 


info pics from Google Images


Pagi ni dengar berita pun pasal cuaca sejuk.. sampai kat Indonesia heboh kata turunnya salji, tapi berita mengesahkan itu hanyalah khabar angin.. yang tidak sahih la kan.. :) 

Patutlah ramai org sakit.. rupanya tak tahan cuaca skrg... malah 1 family aku pun dah jatuh sakit.. 6 orang dalam rumah.. 6 orang gak dah kena demam, batuk dan selsema cikgu ni.. :) kalau ada 7 orang abis 7 orang lah yang kena sakit tak tahan sejuk ni kan.. kot2 kata lah nak turun salji kat Malaysia.. tapi tak tau la kan.. kuasa allah.. 

Sejuk2 di Cameron Highlands pun belum penah turun salji kan.. ini kan pulak kat tengah bandar Kuala Lumpur ni.. hmmm.. :) 

Laporan yang aku baca dari Jabatan Meteorologi Malaysia, menyebut, suhu udara yang sejuk daripada biasa dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara semenanjung pada minggu ini di sebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk. Selain itu liputan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi. Di jangka cuaca ini akan berlarutan sampai minggu depan. 

So jaga2 lah untuk anda yang tak tahan sejuk ye.. :) even haikal yang asthmatic tu pun dah kena serangannya semalam.. then kena lah dia bergantung pada ubat pam di waktu pagi dan waktu malam nanti.. :) semoga haikal cepat sembuh.. aminnnn.. 




info dari :- http://cuaca.mirbig.net/


Itu ialah suhu di Puchong Selangor.. kalau tempat2 lain yang korang nak tau.. just klik kat info di atas tu.. ada link.. :) 

Selamat bercuaca sejuk lah ye.. :) 

7 comments:

  1. Salam Nani...mandi pagi2 mmg best...memula mmg sejuk,lps tu okey jer.Nk awet muda kena rajin mandi pepagi,dak? (^_^)

    ReplyDelete
  2. awak, saya suka suhu sejuk macam ni. nyaman je. Daripada suhu panas masa bulan 3,4,5,6 tahun lepas. Adoii... tak larat bau masing2. Heheh.

    ReplyDelete
  3. bagus jugak suhu macam ni.. tak payah lah orang pasal aircon.. nak nak tariff elektrik tengah naik :D

    ReplyDelete
  4. sejuk memang best Nani tapi hidung cap ayam ni dah mula selesema memanjang hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalam Nani
    Memang akak perasan bila pg2 jln nk ke taska dlm 7.30 tu angin sejuk je x cam sblm ni. Wat biasa je lgpun best pulak sejuk2 ni
    tp mandi x pulak sejuk air biasa je
    Pastu bila ramai update fb sejuk baru tahu he hee
    Ank2 akak pula sek ptg semuanya
    Cuma sarah dah mula selsema blk sek smlm

    ReplyDelete
  6. mmg sejuk sgt nak mandi.. nak2 2-3 arini blk lmbt jew.. terpaksa jugak basahkan badan... huhu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah cuaca sekarang sejuk dan nyaman :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)