Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidiladha.. kita masih di hari raya ke-2 hari ni.. :) , aku tak balik kampung tahun ni, seperti juga tahun lepas di mana aku sarat mengandungkan fiyya dulu.. sakit tulang belakang yg amat sangat dan menyebabkan aku tak dapat duduk lama dalam kereta di mana perjalanan ke kampung yang mengambil masa lebih kurang 4 - 5 jam sehala.. :) termasuk dengan berhenti di petrol stesyen dan juga makan la tu.. Dan tahun ni aku tak balik di mana mr mama bekerja di hari isnin.. dan keadaan fiyya yang tidak mengizinkan.. alhamdullillah.. berkat hari raya aidiladha tahun ni.. fiyya dah sembuh dari demam, tapi masih on medication.. antibiotik untuk kemerahan di tekak fiyya..
Fiyya agak sukar makan dan minum bila dia demam sampai ke hari ini.. masih bergantung 80% kepada susu badan sahaja.. yang lain hanya air masak putih dan e.t.c
Semalam bersama2 ribuan umat islam aku dan family, (mr mama, hakimi, haikal dan fiyya w/o kinah) ke masjid Taman Putra Perdana untuk menunaikan solat sunat hari raya.. dan lepas tu kitorang gerak ke Kajang kejap.. lepas dah settle kat Kajang kitorang singgah pasar mini beli lauk pauk stock untuk seminggu waktu aku dan mr mama keje ni.. :) alhamdullillah..
Tak dapat daging korban pun tahun ni.. mungkin takde rezeki nak makan daging korban tahun ni.. tak per la.. rezeki orang lain kan.. :)
Ok lah.. jom... semalam aku wat Kari Ketam.. versi aku.. pekat bersalut kuahnya dengan ketam tu.. aku beli Ketam Harimau je.. sbb harganya lebih murah dari ketam bunga yang di mana harga nya mencecah ke rm23/kg.. mau 2 ekor dah cukup sekilo.. atau pun lebih kot.. kan.. cukup lah sekadar mampu kan.. :)
Kari Ketam :)
Ni pulak aku gorengkan kacang buncis bersama isi ayam.. cukup lah sebab aku tak boleh lelama kat dapur tu.. fiyya menjerit2 bila aku takde depan dia.. nak menempek je ngan aku.. malah bila aku ke bilik air pun menjerit2 fiyya.. dah makin aktif bila fiyya menjerit tu.. maknanya dia dah boleh main dan makin pulih dari demam.. :) lagi 4 hari untuk habiskan antibiotik... fiyya yang susah benor nak makan ubat tu.. memang payah jugak nak suapkan kat dia.. tapi tak per.. aku pegang dua2 belah tangan fiyya tu untuk senangkan aku picit ubat ke mulut dia.. lepas habis je ubat terus fiyya terkam nak minum nenen.. hmmm macam tu ragam fiyya setiap kali nak makan ubat ....
ok lah semua.. :)
Hari ni dah keje.. :) selamat bercuti pada yang masih bercuti.. dan selamat bekerja pada yang dah bekerja macam aku.. :D
mmg pekat tul kari ketam tu
ReplyDeletefuhh keliur lah tengok kari ketam tu
ReplyDeleteDah lama x mkn ketam dan yg seangkatan dengannya sejak di landa penyakit asmara ni... ♥
ReplyDeletePekatnya kari tu...
ReplyDeleteSalam aidiladha...
Kesiannya Fiyya. Masa cutilah dia nak menempek aje ditambah tak sihat Nani. Tak apalah.. Masih sempat masak tu dah kira ok sangat. Siap kari ketam lagi.
ReplyDeleteSelamat hari raya haji Mama Fiyya,
ReplyDeleteAlhamdulillah fiyya dah semakin baik, dpt ikut mama ke masjid lak tuh..inshaallah moga fiyya sembuh sepenuhnya cepat2 yer nak..aidan lak dari mlm tadi asyik muntah hingga kepagi habes isi perut kuar, tak dapat tidur pun..hmm pg nie alhamdulillah jumpa doktor kena cucuk, dah semakin ok tuh nampaknya..
Ingat jugak tuh yg last yr raya haji nani peknenkan fiyya tak dpt balik..
dulu pun ms dok situ pernah jugak semayang raya haji kat situ..syahdunya rasa..ramai gilerr lak tuh orangnyaa..
Salam nani. Fiyya dah baik demam alhamdulillah.
ReplyDeleteTahun ni saya pun tak dpt daging. Sepatutnya dapat sbb ada kupon tapi husband saya tak pegi redeem. So, takde la jawabnya. Kari ketam tu nampak menyelerakan.
Semoga fiyya bertambah sihat... ooo ketam harimau namanya.... baru tahu... sedap kari ketam tu..
ReplyDeletesedapnya kari ketam...memang pekat..
ReplyDeletefiyya tak sihat...meragam yup Nani...
uncle suka kari ketam..tapi tak berkesempatan nak menjamahnya huhuu
ReplyDeletesemoga fiyya cepat sembuh ya...
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha
Salam Aidiladha... Sedap betul nampak ketam tu ;)
ReplyDeleteSedapnya ketam. Ank akk yg no 3 tu setiap kali pg pasar dia mesti pesan beli ketam. Beli 2 tiga eko ja utk dia.
ReplyDeletewow,pekatnya kari ketam tu..memang mengiurkan..
ReplyDeleteJas....tengok pun dah tau sedap...bukan setakat pekat, sure mejat dan meletops tu!
ReplyDelete