Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Tuesday, October 28, 2014

White Blood Cell Tinggi..

Assalamualaikum... 

Rangkuman gambar2 yang sempat di snap sebelum kehabisan battery telefon..

Kejadian berlaku pada hari Isnin lepas.. 13hb October 2014. Waktu tu pukul 4 pagi.. mama tersedar sebab rasa haba di badan fiyya.. sambil mama pelok fiyya rapat2.. dalam pada itu mama menyusukan fiyya.. 4.20am.. fiyya tak dapat tidur lagi.. fiyya sebut.. nak cucu.. (nak susu).. mr mama bangun bancuh susu botol untuk fiyya.. mama sempat lumur kepala fiyya dengan air..  ketika itu fiyya tertido.. fiyya jaga pada jam 7am.. mama mandikan fiyya dengan air suam.. bila muka fiyya mama sapu dengan tapak tangan mama.. fiyya menangis.. tak pernah fiyya nangis ketika mandi.. fiyya suka mandi.. mama jadi hairan.. mungkin sejuk.. tapi mama dah on water hitter untuk fiyya.. mama capai kain tuala dan bungkus fiyya.. keluar dari bilik air.. mama letak fiyya atas katil sambil berbungkus.. fiyya masih nangis.. mama masih tertanya2 kenapa fiyya nangis.. 

Perlahan-lahan mama lap muka fiyya dengan tuala sambil ribakan fiyya.. fiyya tetap menangis.. dan mama terpengang di pipi kiri fiyya.. hampir dengan telinga.. bengkak.. owh.. mungkin sebab tu fiyya menangis sebab mama terpegang bengkak fiyya.. mama terus menjerit panggil mr mama.. yang kami berdua decide nak pergi kerja.. langsung terbantut.. kami berdua bawa fiyya ke Klinik Kesihatan berhampiran.. kalau demam peringkat pertama bagi ubat.. kalau tak kebah juga baru mama bawa ke klinik.. tapi mama tak kira.. bawa ke klinik terus sbb bengkak di muka.. sampai klinik.. fiyya di rujuk ke doktor.. doktor kata bukan beguk.. sebab kalau beguk jadinya di leher.. bawah dagu.. tapi ini di pipi.. kawasan tulang pipi berdekatan telinga.. masyaallah.. penyakit apakah ini.. doktor pun terkejut sebab fiyya baru beberapa jam kena demam.. bukan sehari.. malah bukan 3 hari atau lebih.. doktor suggest suruh buat FBC. Full Blood Test.. 

Setelah lebih kurang 15 minit.. keluar result fiyya.. doktor suruh bawa fiyya ke hospital dengan segera.. sebab ada jangkitan kuman yang tinggi.. bacaan white blood cell fiyya mencecah 30.. iaitu 29.8 lebih tinggi dari bacaan normal yang tidak lebih dari 11. doktor suruh attendan bawa fiyya dengan ambulance.. tapi mama cakap.. mama bawa.. sebab mr mama pun ada.. lagi pun mama kena balik rumah utk bungkus baju dan barang2 fiyya.. 

Jam 12.30noon kami sampai ke Hospital Serdang.. fiyya kena admit.. doktor cakap jangkitan kuman fiyya agak tinggi.. dan perlu antibiotic untuk lawan.. mama redha.. tatkala doktor memberitahu mama.. mama hampir tidak dapat kawal.. air mata mama terus menitik2 laju.. sebab ini kali ke2 fiyya di masukkan ke hospital atas sebab yang sama.. dan doktor kata.. kalau ubat antibiotik ni boleh dan serasi utk fiyya.. dalam masa 2 hari fiyya akan ok.. fiyya asyik menangis .. mama kesian sebab fiyya kena cucuk.. demi kesihatan fiyya.. mama terpaksa redha.. lepas ni minta allah beri kan kesihatan yg baik untuk fiyya.. rasanya dia tak tertanggung kesakitan ini.. mama rela di jadikan penggantinya.. 





Fiyya masih asyik lena di pangkuan mr mama.. langkah demi langkah.. ambil darah dan x-ray semua di buat untuk fiyya.. 

Fiyya dah keluar hospital.. fiyya dah kembali sihat.. cuma fiyya masih cirit birit.. harap2 semua toksik dalam badan fiyya akan keluar sekali.. jangan ada bakteria2 jahat lagi.. 

Mama dan abah sayang fiyya.. 


12 comments:

  1. sedih....sy dpt byg cmne perasaaan bila anak kena cucuk2 ni.huhu..smoga fiyya diberi kesihatan yg baik2 je ye

    ReplyDelete
  2. Salam nani,
    dapat bayngkan perasaan nani dengn situasi fiyya tuh..alhmdulillah nani & mr mama bertindak cepat..mmg cemas kn tiba2 demam tuh menjd serius...
    kesian fiyya..hrp2 cept sembuh, kembali sehat wlafiat & mogaa demam sebegitu pergi jauh2 yer nak..
    p/s- rindu nak jumpa fiyya, nani& ank2..inshaallah ade ms bila dah blk nanti kita jumpa yer inshaallah..

    ReplyDelete
  3. Walaupun dah sembuh tapi cerita ini buat kakak menangis sama Nani.
    Sedihnya budak sekecil Fiyya kena uji begitu.
    Moga terus sihat ye sayang..
    Auntie doakan dari jauh.

    ReplyDelete
  4. ya Allah sedihnye..bertakung air mata baca..mcm dpt rase setiap ape yg jd..

    semoga anak2 kite dijauhkan dr sebarang penyakit..amin..

    ReplyDelete
  5. Semuga fiyya cepat sembuh dan ceria seperti selalunya...

    ReplyDelete
  6. kesiannya Fiyya
    alhamdulillah dah ok kan
    memang x sanggup akak tgk anak kecik sakit kena cucuk2 ni
    kita ibu memang blh rasa kesakitannya

    ReplyDelete
  7. sedihnya, faham sangat perasaan anak tak sihat ni.

    semoga fiyya lekas sembuh.

    ReplyDelete
  8. Assalam Nani,

    sedihnya tgk fiyya menangis mcm tu,cepat sembuh ya sayang. Acik doakan fiyya sembuh dan aktif seperti selalu,semoga mama fiyya pun tabah.

    ReplyDelete
  9. alaa kesian tengok fiyya nangis
    speed recovery fiyya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)