Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Thursday, October 30, 2014

Lempeng Kelapa dan Sambal Sardin


 Assalamualaikum..

Saban hari demi hari.. semakin bizi.... kerja di pejabat yang menimbun.. site project yang nak handover.. makin hari makin membizikan diri dengan handover procedure.. terpaksa ku lalui walau dalam hati agak keletihan dan sangat mencuakkan.. 

Anak kecil yang masih memerlukan perhatian ku biarkan di tinggalkan bersama ibu pengasuh.. bulan ni last ibu pengasuh fiyya jaga fiyya.. start bulan december.. take over oleh kakak sakinah dulu buat sementara waktu.. lepas tu kena cari ibu pengasuh baru.. ibu pengasuh fiyya nak balik ke Besut.. dan akan menetap terus di sana.. walaupun aku sedikit gusar untuk di berikan fiyya kepada siapa untuk di jaga lepas ni.. namun aku akur juga.. belum waktu aku untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.. insyaALLAH.. paling dekat pun lagi 5 tahun lagi.. baru nak retire.. hehehe.. cam tua dah bunyi nya kan.. 

Minggu lepas hari minggu, mr mama request nak makan lempeng kelapa.. apa lagi.. mama pun seronok la sebab mama dah standby beli sardin tin.. nak cicah dengan lempeng kepala.. pepagi hari ahad.. mama dah standby bancuh lempeng.. sempat la mama masak 3 keping.. dan selebihnya lagi 3 keping Sakinah sambung pula.. sebab time tu Safiyya dan demanding nak menyusu badan.. terpaksa mama stop.. tapi nasib baik ada Sakinah boleh juga suruh dia take over kan.. :) hehehe



Ok.. ini lah lempeng yang aku buat.. lempeng kelapa sambal sardin.. nyam nyam.. memang terbaik.. :) lagi2 kalau makan di kala cuaca hujan dan sejuk2 ni.. :) 




Gambar anak dara kecil yang menyejukkan hati.. :) safiyya kalau nampak gambar ni.. dia cakap Kakak.. mungkin sebab pakai hijab.. ermm. apa2 lah.. nampak tersorok gigi garham fiyya kat belakang tu.. skrg ni fiyya dan ada 12 batang gigi.. 8 di depan dan 4 gigi garham atas dan bawah.. :) ni pun dah petah bercakap.. macam2 di pok pek kan fiyya.. :) bila anak tidur.. kita pula rasa kekosongan dengan kaletahnya.. :)

5 comments:

  1. Comelnya bila bertudung. Dah besar nanti mesti cantik nie.

    Hye, Esgesee menawarkan harga yang berpatutan terutamanya kepada pembeli borong, peniaga pakaian mahupun agent dropship

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

    ReplyDelete
  2. kiutnya fiyyaa..makin geram tengok dia dah makin besar sekarang.. ^_^..apapun, lempeng kelapa dan sambal sardin tu memang mantap la

    ReplyDelete
  3. comelnya fiyya bertudung...

    lma tk mkn lempeng.. suka empeng pisang... nymmm

    ReplyDelete
  4. Lama tak jenguk Nani..Fiyya pun dah besar hehehe

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan akak.
    sedapnya lahai makan lempeng kan.nak nak skrg ni musim hujan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meNGOMEN di sini, dan insyaALLAH saya akan berkunjung balas ke rumah anda jika kelapangan.. Syukran syukran.. anda memang sweet litter pie saya.. :)