Klik sini walaupun skali..

Klik Utk Duit Tabung..

Nak tahu ade apa..? Klik Sini.. :)

Friday, October 31, 2014

Esok cuti.. yeahhh!!!

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang indah ini.. cuaca sekarang tak menentu.. kejap hujan, kejap panas terik.. baju banyak yang kena tempias.. jadi esok hari cuti.. boleh la nak mengemas dan tengok apa yang patut... 

Esok nak kemas rumah.. sebab apa tau.. kawasan apartment rumah yang aku duduki sekarang ni kawasan panas denggi.. jadi nak buang semua segala air dalam tangki dan ganti yg baru.. nak salin semua air simpanan dalam stock dan bersih apa yang bertakung.. tengok la.. nanti jadi camne kan.. takut juga la kalau dah ada yang kena kat kawasan ni.. Orang yang kena denggi tu tinggal di Block P, rumah aku pula Block M. so tak jauh.. tak mustahil nyamok jahat akan terbang kat rumah aku pula kan.. sungguh pun rumah aku tinggi.. tetap ada nyamok.. tapi takde la sampai kritikal nyamoknya.. hehehe..




Nak bersantai pun kena tunggu habis mengemas.. mr mama dah agihkan kerja2 untuk kami sekeluarga esok.. mama kena kemas di bahagian dapur dan rak pinggan.. di mana letaknya juga mesin basuh kat situ.. Hakimi kena kemas bilik tido dia dan bilik air luar.. Mr mama Cover bilik air dalam dan bilik tido mama.. Sakinah ngan haikal di koridor dan Safiyya je tak buat apa.. hek hek hek... 


Saja nak buat record... cik nuffnang bermurah hati bulan ni saja ada 10 BE... terima kasih cik nuffnang... :) :) :) 

Thursday, October 30, 2014

Lempeng Kelapa dan Sambal Sardin


 Assalamualaikum..

Saban hari demi hari.. semakin bizi.... kerja di pejabat yang menimbun.. site project yang nak handover.. makin hari makin membizikan diri dengan handover procedure.. terpaksa ku lalui walau dalam hati agak keletihan dan sangat mencuakkan.. 

Anak kecil yang masih memerlukan perhatian ku biarkan di tinggalkan bersama ibu pengasuh.. bulan ni last ibu pengasuh fiyya jaga fiyya.. start bulan december.. take over oleh kakak sakinah dulu buat sementara waktu.. lepas tu kena cari ibu pengasuh baru.. ibu pengasuh fiyya nak balik ke Besut.. dan akan menetap terus di sana.. walaupun aku sedikit gusar untuk di berikan fiyya kepada siapa untuk di jaga lepas ni.. namun aku akur juga.. belum waktu aku untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.. insyaALLAH.. paling dekat pun lagi 5 tahun lagi.. baru nak retire.. hehehe.. cam tua dah bunyi nya kan.. 

Minggu lepas hari minggu, mr mama request nak makan lempeng kelapa.. apa lagi.. mama pun seronok la sebab mama dah standby beli sardin tin.. nak cicah dengan lempeng kepala.. pepagi hari ahad.. mama dah standby bancuh lempeng.. sempat la mama masak 3 keping.. dan selebihnya lagi 3 keping Sakinah sambung pula.. sebab time tu Safiyya dan demanding nak menyusu badan.. terpaksa mama stop.. tapi nasib baik ada Sakinah boleh juga suruh dia take over kan.. :) hehehe



Ok.. ini lah lempeng yang aku buat.. lempeng kelapa sambal sardin.. nyam nyam.. memang terbaik.. :) lagi2 kalau makan di kala cuaca hujan dan sejuk2 ni.. :) 




Gambar anak dara kecil yang menyejukkan hati.. :) safiyya kalau nampak gambar ni.. dia cakap Kakak.. mungkin sebab pakai hijab.. ermm. apa2 lah.. nampak tersorok gigi garham fiyya kat belakang tu.. skrg ni fiyya dan ada 12 batang gigi.. 8 di depan dan 4 gigi garham atas dan bawah.. :) ni pun dah petah bercakap.. macam2 di pok pek kan fiyya.. :) bila anak tidur.. kita pula rasa kekosongan dengan kaletahnya.. :)

Tuesday, October 28, 2014

White Blood Cell Tinggi..

Assalamualaikum... 

Rangkuman gambar2 yang sempat di snap sebelum kehabisan battery telefon..

Kejadian berlaku pada hari Isnin lepas.. 13hb October 2014. Waktu tu pukul 4 pagi.. mama tersedar sebab rasa haba di badan fiyya.. sambil mama pelok fiyya rapat2.. dalam pada itu mama menyusukan fiyya.. 4.20am.. fiyya tak dapat tidur lagi.. fiyya sebut.. nak cucu.. (nak susu).. mr mama bangun bancuh susu botol untuk fiyya.. mama sempat lumur kepala fiyya dengan air..  ketika itu fiyya tertido.. fiyya jaga pada jam 7am.. mama mandikan fiyya dengan air suam.. bila muka fiyya mama sapu dengan tapak tangan mama.. fiyya menangis.. tak pernah fiyya nangis ketika mandi.. fiyya suka mandi.. mama jadi hairan.. mungkin sejuk.. tapi mama dah on water hitter untuk fiyya.. mama capai kain tuala dan bungkus fiyya.. keluar dari bilik air.. mama letak fiyya atas katil sambil berbungkus.. fiyya masih nangis.. mama masih tertanya2 kenapa fiyya nangis.. 

Perlahan-lahan mama lap muka fiyya dengan tuala sambil ribakan fiyya.. fiyya tetap menangis.. dan mama terpengang di pipi kiri fiyya.. hampir dengan telinga.. bengkak.. owh.. mungkin sebab tu fiyya menangis sebab mama terpegang bengkak fiyya.. mama terus menjerit panggil mr mama.. yang kami berdua decide nak pergi kerja.. langsung terbantut.. kami berdua bawa fiyya ke Klinik Kesihatan berhampiran.. kalau demam peringkat pertama bagi ubat.. kalau tak kebah juga baru mama bawa ke klinik.. tapi mama tak kira.. bawa ke klinik terus sbb bengkak di muka.. sampai klinik.. fiyya di rujuk ke doktor.. doktor kata bukan beguk.. sebab kalau beguk jadinya di leher.. bawah dagu.. tapi ini di pipi.. kawasan tulang pipi berdekatan telinga.. masyaallah.. penyakit apakah ini.. doktor pun terkejut sebab fiyya baru beberapa jam kena demam.. bukan sehari.. malah bukan 3 hari atau lebih.. doktor suggest suruh buat FBC. Full Blood Test.. 

Setelah lebih kurang 15 minit.. keluar result fiyya.. doktor suruh bawa fiyya ke hospital dengan segera.. sebab ada jangkitan kuman yang tinggi.. bacaan white blood cell fiyya mencecah 30.. iaitu 29.8 lebih tinggi dari bacaan normal yang tidak lebih dari 11. doktor suruh attendan bawa fiyya dengan ambulance.. tapi mama cakap.. mama bawa.. sebab mr mama pun ada.. lagi pun mama kena balik rumah utk bungkus baju dan barang2 fiyya.. 

Jam 12.30noon kami sampai ke Hospital Serdang.. fiyya kena admit.. doktor cakap jangkitan kuman fiyya agak tinggi.. dan perlu antibiotic untuk lawan.. mama redha.. tatkala doktor memberitahu mama.. mama hampir tidak dapat kawal.. air mata mama terus menitik2 laju.. sebab ini kali ke2 fiyya di masukkan ke hospital atas sebab yang sama.. dan doktor kata.. kalau ubat antibiotik ni boleh dan serasi utk fiyya.. dalam masa 2 hari fiyya akan ok.. fiyya asyik menangis .. mama kesian sebab fiyya kena cucuk.. demi kesihatan fiyya.. mama terpaksa redha.. lepas ni minta allah beri kan kesihatan yg baik untuk fiyya.. rasanya dia tak tertanggung kesakitan ini.. mama rela di jadikan penggantinya.. 





Fiyya masih asyik lena di pangkuan mr mama.. langkah demi langkah.. ambil darah dan x-ray semua di buat untuk fiyya.. 

Fiyya dah keluar hospital.. fiyya dah kembali sihat.. cuma fiyya masih cirit birit.. harap2 semua toksik dalam badan fiyya akan keluar sekali.. jangan ada bakteria2 jahat lagi.. 

Mama dan abah sayang fiyya.. 


Monday, October 13, 2014

9 ON GOING

Assalamualaikum...

Salam sejahtera ke pada semua sahabat2 blogger saya... 
Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat dan di lindungi ALLAH S.W.T..

Alhamdulllillah.. masih bernafas kita di muka bumi... terima kasih ALLAH...

Agak bizi sangat minggu lepas.. tak sempat nak update blog.. memandangkan raya pun telah berlalu pergi.. dengan ini tak dapat nak wish Selamat Hari Raya lagi...

Pagi tadi boss belum masuk ofis.. aku sempat godek2 pc ni.. intai cik nuffnang..
alhamdullillah.. syukur.. 9 CPUV tengah on going.. moga memberi aku sedikit rahmat dengan ini...
Terima kasih tak terhingga juga buat teman2 seperjuangan di sini.. yang tidak jemu datang melawat.. yang datang senyap2.. mahu pun yang memperkenalkan diri.. aku harga semua keikhlasan anda semua.. cewaahhh.. cam nak bagi speech apo ni kan.. serius je cam bunyi..

OK.. takde apa.. gambar di bawah saja aku tempek.. bukan tujuan menunjuk atau membanggakan diri.. tengok lah CTR pun masih dalam 0%.. nak tunjuk apa.. cuma nak share sebagai pengalaman peribadi.. :)